Wednesday, August 19, 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 6



(1)            CERPEN PENANGGUNGAN

Petikan 1
Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak............Malangnya masing-masing ada dengan penyakitnya." (m.s.163)

i.        Mengapakan isteri Kapten Mamat menyangka bahawa Masnah dirasuk polong? [2m]
- Muka Masnah terlalu pucat
- Mata Masnah liar

ii.   Sekiranya anda ialah Kapten Mamat, apakah bantuan yang yang akan anda berikan  kepada Masnah dan anak-anaknya? Berikan tiga contoh bantuan tersebut.
- bantuan kewangan untuk meringankan beban Masnah
- bantuan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah anak-anaknya
- bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian.

i.      Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Nilai murni dalam petikan;
-          Baik Hati
Cth: Kapten Mamat berjanji akan memastikan Masnah dan anak-anaknya tidak akan disia-siakan.

Nilai dalam keseluruhan cerpen;
-          Prihatin
Cth: Kapten Mamat begitu prihatin akan nasib isteri dan anak-anak
pekerja yang ditimpah kemalangan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
“Abang Mat lupa…. “Engkau dan anak-anak akan dibayar pampasan.” (m.s.160)

i.          Apakah kata-kata semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk          menyedarkan Mas tentang kematian suaminya? [2m]
Kata-kata semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk menyedarkan Mas tentang kematian suaminya ialah:
-          Kematian Baharum adalah suatu pengorbanan
-          Kecintaan Baharum terhadap negara amat tinggi
-          Bahrum sanggup berkhidmat untuk bangsa dan negara

ii.                 Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh          pekerja yang berkhidmat di dalam kapal? [3m]
Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja yang berkhidmat di dalam kapal ialah:
-          Berada di laut dalam tempoh masa yang lama
-          Terpaksa meninggalkan/ berjauhan daripada keluarga
-          Sentiasa berhadapan dengan bahaya/ risiko
-          Persekitaran kerja yang kurang selesa
                                                                                                                             
iii.         Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen ialah:
-          Kita hendaklah sedar bahawa hidup mati seseorang telah ditentukan oleh Allah.
Contohnya, Kapten Mamat menjelaskan kepada Masnah bahawa ajal Baharum telah ditetapkan oleh Allah.

Pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah:
         -     Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Kapten  
               Mamat berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masnah.

2 comments:

  1. Terima kasih cikgu...:-D
    Doakan kami batch 98 dapat result SPM meletup

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu...:-D
    Doakan kami batch 98 dapat result SPM meletup

    ReplyDelete