HIKAYAT KHOJA MAIMUN
PETIKAN
1
Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimun
berkata-kata kepada unggas kedua akan perihal ehwal manfaat perniagaan di laut
itu. Maka Khoja Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak pergi belayar. Maka
ia pun pergilah mendapatkan isterinya seraya berkata," Hai kekasihku, ketahuilah
olehmu bahawa segala manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikan
manfaatnya pun kuranglah, kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan. Akan
sekarang hamba dengar perniagaan laut itu terlalu sangat besar labanya daripada perniagaan yang di darat ini. Akan
sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku pergi belayar." Maka sahut isterinya,"
Sebenarnya benar kata tuan hamba itu, tetapi sungguhpun perniagaan itu sangat besar
labanya, dan balanya pun amat besarnya dan banyak dugaan dalam dunia ini.
Sehari berapa upahnya tuan pergi dari kerana harta
dunia ini banyak yang mahal dan cemar di dalamnya dirham itu, sayang sekali kalau
orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama air yang manis, makin diminum mungkin
bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun kuning seperti muka orang durjana. Jikalau
tuan hamba hendak pergi belayar, akan sebaik-baiknya tuan hamba bawa juga hamba
kerana hamba perempuan dan kita adalah seperti gusi dengan gigi adanya. Jikalau
tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlah adanya."
i.
Apakah maksud rangkai kata ‘sangat besar labanya’?
[2m]
Maksud rangkai kata sangat besar labanya -
Terlalu/amat/banyak untungnya
bersama-sama dalam pelayarannya. [3m]
Sebab-sebab isteri Khoja Maimun ingin suaminya
membawa dia bersama-sama dalam pelayarannya
kerana:
-
Kerana membawa
dirinya bersama-sama ialah satu tindakan terbaik
-
Kerana dia seorang
perempuan
-
dan dia mengumpamakan
dirinya dengan suaminya saling memerlukan seperti
gusi dengan gigi
-
kerana dirinya dan
suami tidak boleh berpisah, ibarat kalau tiada gusi, gigi pun
binasalah
iii. Sekiranya anda Khoja Maimun, adakah anda akan
membawa isteri anda bersama-sama dalam pelayaran? Nyatakan tiga alasan anda.
[3m]
Ya
kerana:
- Bimbang
keselamatan isteri jika ditinggalkan
- Ingin isteri sama-sama mengikut pelayarannya
- Tidak sampai hati untuk menolak dengan permintaan
isterinya
Tidak
kerana:
- Pelayaran yang penuh bahaya, tidak sesuai membawa
perempuan
- Terlalu sayang akan isteri, tidak mahu isteri
menempuh bahaya dalam pelayaran.
- Isteri tidak perlu dibawa kerana tugas seorang
isteri adalah menguruskan rumah tangga
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN
2
Setelah Bayan mendengar kata Khoja Maimun itu
lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya.
“Jikalau tiada kuturutkan
kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian,
baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku
perlalaikan juga akan dikau!” Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya, “Hai
Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera
mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan
kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh
bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun
adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan
tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki!
Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan
tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan
yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba
anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah
ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini
melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik
kepada martabat raja atau anak raja itu dengan tetapi dengan ikhtiar juga maka
sempurna adanya. Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan
ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang
dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikian adanya!”
i. Berikan maksud rangkai kata ‘aku perlalaikan juga akan dikau’. [2M]
·
saya akan melekakan kamu
ii.
Apakah helah yang dilakukan oleh burung Bayan agar dia tidak menerima nasib
seperti burung tiung? [3M]
·
menyuruh isteri Khoja Maimun segera menemui anak
raja
· berjanji akan menyimpan rahsia pertemuan isteri
Khoja Maimun dengan anak raja daripada pengetahuan Khoja Maimun
· mempengaruhi isteri Khoja Maimun dengan
mengumpamakan dirinya seperti kisah seekor bayan yang dicabut bulunya oleh
isteri saudagar
iii.
Sekiranya seorang rakan anda terjebak dalam kegiatan maksiat, apakah tindakan
anda untuk menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut? [3M]
·
menasihatinya supaya tidak melakukan kesalahan
tersebut lagi
·
mengajaknya untuk melakukan perkara lain yang
berfaedah
· membawanya bertemu dengan guru atau kaunselor
untuk memberikan nasihat kepadanya
·
memberitahu kesalahannya kepada keluarganya
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN
3
Hatta
berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas
hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama
peninggalan Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi
Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap
mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada
ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda
hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun
memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan
Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun
memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa
matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala
maka anak raja itu pun berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab
itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu.
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, “Hai ibuku, pergi sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!” Setelah didengar oleh orang tua itu maka segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun.
i. Apakah maksud ‘tersangkutlah hatinya’? [2m]
·
jatuh cinta
ii. Tuliskan peristiwa pertemuan pertama
Bibi Zainab dengan anak raja. [3M]
·
Bini Zainab kesunyian lalu duduk di tepi
tingkap, memerhatikan keadaan keliling sambil berangan-angan
·
Seorang anak raja sedang menunggang kuda lalu di
hadapan mahligai Bibi Zainab
·
Bibi Zainab dan anak raja berpandangan lalu
mereka tersenyum
iii. Sekiranya anda Bibi Zainab, apakah yang anda lakukan untuk menghilangkan kesunyian? [3M]
·
mengaji al-Quran supaya dapat mententeramkan
hati dan mendoakan suami selamat
·
Melakukan aktiviti riadah seperti berkelah,
bersukan, dan lain-lain
·
Membuat kerja-kerja kebajikan seperti berkhidmat
di rumah orang tua-tua supaya tidak berasa sunyi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 4
Syahadan
telah hari malam waktu pun sunyi orang tidur, maka isteri Khoja Maimun pun
memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harumnya. Maka
ia pun datanglah kepada Bayan. Kata Bayan, “Tuan hamba ini tahu akan dirinya
orang yang duduk bertafakur, wahai Bibi Zainab!” Maka ia pun datang kepada
Bayan seraya katanya,”Hai unggas yang bijaksana lagi budiman, beri apalah aku
ini jalan supaya aku pergi mendapat habibiku itu!” Maka sahut Bayan, “Belumkah
tuan hamba bertemu laki-laki itu?” “Belum!” kata Bibi Zainab, “Pada malam
inilah!” Maka kata Bayan, “Terlalu sangat bebalnya tuan ini maka tiada mahu
bertemu dengan anak raja itu. Pada bicara hamba baik juga tuan segera pergi.
Janganlah tuan takut, tiada akan tuan ini beroleh malu, insya-Allah hamba
bicarakan dia. Janganlah syak hati. Tiadakah tuan mendengar hikayat seorang
perempuan bijaksana, tetapi suaminya terlalu amat cemburuan, daripada sangat
arifnya serta tahu ia memikirkan dirinya itu berapa-berapa harta orang
diperdaya olehnya?” Maka kata Bibi Zainab, “Betapa hikayatnya itu ceterakanlah
olehmu ini supaya aku dengar?” Maka sahut Bayan,”Tiadalah hamba mahu berhikayat
akan dia, seolah-olah hamba menangguhkan tuan dengan hikayat ini menjadi
durjanalah hamba kepada tuan”. Maka kata isteri Khoja Maimun, “Hai handaiku
Bayan, tiadakah engkau kasihkan aku?” Setelah Bayan mendengar kata isteri Khoja
Maimun ia pun berhikayatlah.
i. Apakah tujuan Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan? [2m]
·
Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja
ii.
Nyatakan dua sebab Bayan enggan bercerita tentang hikayat perempuan bijaksana
kepada Bibi Zainab. [2M]
·
tidak mahu seolah-olah menangguhkan Bibi Zainab
untuk bertemu dengan anak raja
·
bimbang tindakannya itu akan menyusahkan Bibi
Zainab
iii.
Pada pendapat anda, mengapakah Bayan seolah-olah menggalakkan Bibi Zainab pergi
menemui anak raja? [4M]
·
Bayan tahu bahawa Bibi Zainab ingin sangat
bersua dengan anak raja itu, jadi dia tidak akan berjaya menghalangnya
·
Bayan menggalakkan Bibi Zainab bertemu dengan
anak raja itu sebagai helah sahaja
·
di samping menggalakkan Bibi Zainab pergi, Bayan
mengemukakan tajuk cerita dan Bibi Zainab tidak jadi pergi kerana gemar
mendengar cerita
·
supaya Bibi Zainab tidak mengesyaki tujuannya
bercerita
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 5
Alkisah
peri menyatakan cetera ketiga mengenai seorang suami yang sangat cemburu, maka
kata Bayan, “Adalah kononnya suatu cetera mengenai seorang perempuan terlalu
baik parasnya. Maka nikahlah ia dengan seorang laki-laki terlalu sangat
cemburuannya. Selama ia duduk dengan isterinya itu, jangankan ia pergi
berniaga, berjalan-jalan pun tidak ia, kerana tiada mahu meninggalkan isterinya
itu.”
Hatta berapa lamanya maka harta yang dibawanya itu pun habis dimakannya. Maka kata si isteri kepada suaminya, “Hai tuan hamba,betapa hal kita ini?” Maka sahut lakinya, “Tiadalah aku mahu bercerai dengan tuan hamba kerana aku tiada percaya akan dikau, kalau-kalau peninggalan aku, engkau berbuat jahat!”
Setelah
isterinya mendengar kata suaminya itu, maka perempuan itu pun tersenyum seraya
katanya, “Patutlah maka tuan hamba tiada mahu belayar mencari makan. Tidakkah
tuan mendengar suatu hikayat?” Maka kata suaminya, “Betapakah hikayat itu,
ceterakan olehmu supaya aku dengar.” Maka kata isterinya, “Ada seorang
laki-laki berbagai-bagai ia diperbuat oleh isterinya tiada juga ia marah, dan
perempuan itu pun hairanlah melihatkan hal suaminya itu.”
Syahadan adalah pada suatu hari maka fikirlah perempuan itu, “Bahawa banyak benci juga rupanya suami aku ini akan aku, maka demikian ini lakunya, tetapi baik juga aku cuba juga dahului.” Setelah sudah ia berfikir itu maka dipanggilnya seorang perempuan, daripada kejahatannya, maka diberinya memakai cara laki-laki, lalu dibawanya naik ke rumahnya, lalu di hadapan suaminya, itu pun tiada juga ia berkata-kata akan isterinya.
i. Apakah maksud rangkai kata diberinya memakai
cara laki-laki? [2M]
·
iaitu berpakaian seperti lelaki
ii. Mengapakah lelaki itu tidak mahu berpisah dengan isterinya? [3M]
·
dia tidak percaya akan isterinya
·
dia bimbang sepanjang peninggalannya, isterinya
akan berbuat jahat
·
dia terlalu sayang akan isterinya
iii.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mewujudkan keharmonian dalam hidup
pasangan suami isteri? [3M]
·
pasangan suami isteri mesti saling mempercayai
antara satu sama lain
·
pasangan suami isteri juga mesti saling
menghormati antara satu sama lain
·
pasangan suami isteri seharusnya menghadapi
susah senang bersama
·
pasangan suami isteri mesti bertolak ansur
antara satu sama lain.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 6
Setelah
didengar oleh saudagar itu, maka ia pun naik ke rumahnya. Maka dilihatnya bulu
Bayan itu, berlambak di tanah. Maka kata saudagar, “Tiada Bayanku ini dimakan
oleh kucing! Engkau juga membunuh dia, tidak juga dibunuh oleh orang, ini adalah
hasil perbuatanmu yang jahat, maka Bayanku engkau bunuh! Hai bedebah, nyahlah
engkau dari rumahku ini, tiada aku mahu memandang muka orang durjana ini!” Maka
isteri saudagar itu pun turulah dari rumahnya, lalu ia pergi kepada kubur Tuan
Syeikh. Maka di sanalah ia diamnya pada kubur itu. Sehari-hari minta doa hendak
pulang kepada suaminya juga.
Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjanglah bulunya dan dapatlah ia terbang kepada kubur Tuan Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu pun datanglah menyapu kubur itu. Maka perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. “Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini!” Maka kata Bayan, “Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?” Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan itu suara dari dalam kubur inilah. Maka kata perempuan itu, “Ya Tuhanku hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku!” Maka kata bayan itu, “Bahawa pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari.” Maka kata perempuan itu, “Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu.” Maka kata Bayan itu, “Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu,” Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu.
Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjanglah bulunya dan dapatlah ia terbang kepada kubur Tuan Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu pun datanglah menyapu kubur itu. Maka perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. “Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini!” Maka kata Bayan, “Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?” Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan itu suara dari dalam kubur inilah. Maka kata perempuan itu, “Ya Tuhanku hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku!” Maka kata bayan itu, “Bahawa pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari.” Maka kata perempuan itu, “Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu.” Maka kata Bayan itu, “Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu,” Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu.
i. Apakah maksud rangkai kata ‘dikerjakan oeh perempuan itu’? [2M]
·
perempuan itu mengikut arahan
ii.
Bagaimanakah reaksi saudagar apabila melihat bulu Bayan bertaburan di tanah? [3M]
·
dia mengatakan bahawa Bayannya bukan dimakan
kucing
·
dia mengatakan isterinya yang membunuh Bayan
·
dia menghalau isterinya keluar dari rumahnya
iii.
Pada pendapat anda, mengapakah Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut
dan bulu keningnya? [3M]
·
ingin membalas dendam terhadap isteri saudagar
·
supaya isteri saudagar kelihatan bodoh
·
supaya isteri saudagar berasa malu
·
supaya saudagar terus membenci isterinya.
PETIKAN 7
Setelah
sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, “Hai ibuku, pergilah
sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku
berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud
aku ini!” Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada
isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu
pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis
mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi
dikatakannya.
Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun terikatlah akan anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya itu. Maka Bibi Zainab pun berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya, “Hai ibuku, baiklah katakan kepada anak raja itu hamba punya sembah maka ampun banyak-banyak pada anak raja itu! Sekarang malam hamba mendapatkan anak raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia ini. Bukan sebarang ini, mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati!” Setelah orang tua itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu…
i. Apakah
maksud kata-kata anak raja katakan ‘aku berkehendakkan dia dengan barang-barang
tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini? [2m]
· Dia mahu perempuan tua menyampaikan hasrat
hatinya kepada Bibi Zainab bahawa dia suka akannya. Anak raja mahu perempuan itu
menggunakan pelbagai muslihat supaya hasratnya tercapai.
ii. Nyatakan perwatakan Bibi Zainab
berdasarkan petikan? [3m]
·
seorang isteri yang menduakan suaminya
·
seorang wanita yang mudah tergoda dengan godaan
·
seorang wanita yang cantik
iii. Pada pendapat anda, mengapakah Bibi Zainab bersikap demikian? [3M]
·
terlalu rindu akan belaian suaminya
·
telah jatuh cinta akan anak raja yang sangat
kacak
·
tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 8
Maka
kata Bayan itu, “Adalah seorang saudagar di negeri Istanbul, maka ia pun pergi
belayar. Hatta berapa lamanya selepas peninggalan saudagar itu, maka isteri
saudagar itu bermukah dengan seorang kalandar. Sebermula adapun saudagar itu
ada menaruh seekor Bayan. Hatta berapa lamanya maka saudagar itu pun datanglah
daripada belayar itu. Maka tiadalah baik hatinya saudagar itu akan isterinya
itu. Sebaik-baik ia berbantah, maka isteri saudagar itu berfikir di dalam
hatinya, “Tiada siapa lagi yang memberitahu kepada suamiku ini melainkan Bayan
juga, maka ia tahu akan perbuatan aku ini.” Maka isteri saudagar itu pun
marahlah kepada Bayan itu.
Maka
ada pada suatu hari maka saudagar itu pun tiada di rumahnya pergi ke kedainya.
Setelah dilihat oleh isteri saudagar suaminya pergi berjalan maka Bayan itu pun
dipanggilnya lalu ditangkapnya,dicabutkannya bulunya Bayan itu seraya katanya,
“Si celaka inilah memberitahu kepada suamiku maka ia tahu!” Setelah habislah bulu
Bayan itu dicabut oleh isteri saudagar, baharu dilepaskannya. Maka Bayan itu
pun larilah bersembunyi masuk ke dalam saluran tempat orang membuang air beras.
Maka Bayan itu pun diamlah di sana. Pada sangkaan isteri saudagar Bayan itu
sudah mati. Maka saudagar pun kembalilah ke rumahnya. Apabila isteri saudagar
itu melihat suaminya pulang, ia pun pura-pura berteriak-teriak seraya katanya,“Sayangnya
Bayan aku dimakan oleh kucing!”
i. Apakah
maksud frasa ‘saudagar itu pun datanglah
daripada belayar itu’? [2M]
·
saudagar itu baru pulang daripada pelayaran.
ii. Berdasarkan
petikan, mengapakah isteri saudagar mencabut bulu Bayan? [3M]
·
menyangka Bayanlah yang memberitahu suaminya
tentang kecurangan yang dilakukan
·
Dia juga berbuat demikian dengan harapan Bayan
akan mati
·
Perbuatan tersebut dilakukan untuk mendapat
simpati daripada suaminya
iii.
Pada pendapat anda, bagaimanakah saudagar mengetahui kecurangan isterinya? [3M]
· dengan cara gerak hati seorang suami. Suami
sememangnya dianugerahkan keistimewaan untuk memahami sikap isterinya yang
berubah
·
Saudagar juga mungkin mengetahui berita buruk
itu melalui rakan-rakannya
· Bayan yang dapat bercakap itu juga boleh menjadi
sumber berita tentang kecurangan isterinya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 9
Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka
kata orang itu, “Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.” Maka tersenyum Khoja
Maimun, katanya “Adakah orang yang mahu membeli burung yang segenggam ini
seribu dinar? Layaknya unggas ini makanan kucing juga.”
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”
i. Berikan maksud rangkai kata ‘kampungkanlah sanbal dalam negeri ini’. [2m]
·
membeli kesemua narwastu / wangi-wangian yang
terdapat dalam negeri tersebut
ii. Apakah kelebihan-kelebihan yang dinyatakan
oleh Bayan tentang dirinya? Kemukakan tiga kelebihan tersebut. [3M]
·
sekalian alam di bawah tilikan Bayan
·
sentiasa memuji-muji Allah Azzawajalla
·
mengetahui sesuatu yang akan berlaku sepuluh
hari akan datang
iii. Sekiranya anda ialah Khoja Maimun, adakah
anda akan membeli Bayan dengan harga seribu dinar? Berikan tiga alasan anda. [3M]
·
akan membelinya kerana:
* Bayan
banyak mempunyai kelebihan
* Bayan
dapat meramal kejadian masa hadapan
* Bayan
petah berkata-kata
·
tidak akan membelinya kerana:
* tidak
sepadan dengan nilai Bayan
* belum
tahu kata-kata Bayan itu betul
* Bayan
bersifat tinggi diri
No comments:
Post a Comment