HIKAYAT SIAK
PETIKAN 1
Dan
sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, “Tuan kita
sudah datang!” Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda.
Maka kata orang Johor, “Jikalau betul asal tuan kami, minta tawarkan air yang
masin.” Dan titah baginda, “Baiklah.” Dan lalu diambil rotan, dilingkar,
dimasukkan ke dalam air. Maka baginda beryang-yang, “Jikalau betul asal dari
raja Johor, hendaklah Allah Taala tawarkan air yang masin, menjadi tawarlah.”
Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera diambilnya air itu.
Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi sejuk rasanya. Maka
segala orang Johor pun bersoraklah, “Ialah, tuanku patik, Tuanku Yang Maha
Mulia ini!” Dan banyaklah yang mengikut baginda. Dan baginda pun bertitah
kepada segala rakyat, “Hendaklah kamu mengatakan ‘daulat’.”
Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka dibedil orang dari kubu Johor. Maka segala meriam pun keluar air kepada mulut meriam. Satu pun tiada berbunyi. Maka baginda pun mudik, didayungkan oleh segala rakyat, sambil bertimang, berakung, lalu ke Pangkalan Rama, di jambatan dalam. Maka baginda pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan yang bernama Sepurejab, telah terhunus dari sarungnya.
(i)
Berikan
maksud ‘beryang-yang’. [2M]
Maksud – membaca
mantera / memuja sesuatu
(ii)
Nyatakan
cara baginda menukarkan air masin menjadi tawar. [3M]
Cara:
-
mengambil rotan, dilingkar
-
baginda beryang-yang
-
dimasukkan lingkaran rotan ke dalam air
(iii) Pada
pendapat anda, apakah bukti rakyat menunjukkan taat setia kepada pemerintah? [3M]
Bukti:
-
sentiasa mematuhi arahan /
perintah
-
menjaga keamanan negara
-
bekerja keras memajukan
negara
-
menghormati pemerintah
-
mematuhi peraturan dan
undang-undang
PETIKAN 2
Hatta, pada waktu itu Raja Bugis pun datang ke Mengkalis, Daeng Parani, dan Daeng Celak, dan Raja Tuha. Lalu ia mendapatkan baginda, kerana sudah berkenalan dengan baginda, tatkala di Bangkah Kota; baginda duduk dengan Sultan Palembang. Dan serta bertemu dengan baginda, lalu berbicara, hendak melanggar Johor. Daeng Parani pun meminta perjanjian, jikalau dapat Johor, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda. Sudah putus muafakat , dan Daeng Parani minta hendak pergi ke Langat, dan mengambil segala Bugis yang ada di sana. Dan barang bila esok, hendak pergi menyuruh membawa surat ke Johor kepada Yang Dipertuan Johor mengatakan, paduka anakanda hendak menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang. Dan jikalau kota yang buruk, suruh baiki kota; yang parit tohor, suruh dalamkan.
Dan serta sampai surat itu ke Johor, maka Yang Dipertuan Johor pun mengampungkan segala orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur khabar itu, mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala rakyat pun datang, dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu dengan Yang Dipertuan di Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor. Dan segala Minangkabau mengatakan tuan dia, datang dari Minangkabau.
Hatta, lalu berkelahi. Maka titah baginda, “Janganlah engkau berkelahi, sama-sama bekerjalah.” Dan baginda pun menyiapkan perahu, kecil besar. Setelah sudah, sampailah ketika yang sempurna, maka baginda pun berangkat ke Johor. Dan segala rakyat Selat, dan segala yang di lahut, semuanya mengiringkan baginda.
(i)
Berikan
maksud ‘mengampungkan segala orang
besar-besar’. [2M]
Maksud –
mengumpulkan semua pegawai
(ii)
Apakah perjanjian
yang dibuat antara baginda dengan Daeng Parani? [2M]
Perjanjian :
Jika Johor
berjaya ditawan, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daeng Parani menjadi
Yang Dipertuan Muda
(iii)
Berikan
kebaikan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan? [4M]
Sebab:
-
kerja yang susah akan menjadi mudah
-
kerja dapat disempurnakan dalam masa yang singkat
-
dapat mengeratkan tali silaturahim
-
memupuk semangat bertolak ansur
-
menjamin keharmonian
-
wujud masyarakat yang bersatu padu
-
hasil yang diperoleh dapat dinikmati bersama-sama
-
dapat berkongsi idea
PETIKAN 3
Syahadan,
akan Yamtuan Muda pun mengamuk. Anak bininya habislah mati dibunuhnya. Tinggal
seorang anaknya, perempuan. Niat hatinya, sudah habis mati anak bininya, hendak
mengamuk ke dalam kota. Serta sudah ia membunuh anak isterinya, datanglah takut
hatinya, lalu ia terjun, lari ke hutan kayu onak. Ia bersembunyi. Akan Yang
Dipertuan Besar, “Tiada aku mahu lari, kerana besar sangat dosaku membunuh
ayahanda baginda. Dan baiklah aku serahkan nyawaku, mana dengan perintah Yang
Dipertuan.” Maka ia pun datang, dengan tiada berbulang dan tiada berkeris,
persembahkan nyawa. Maka titah baginda kepada hulubalang baginda, “Tiada patut,
orang sudah menyerahkan nyawanya kepada kita, tiada patut kita bunuh.” Dan
tiada dibunuh baginda.
Maka orang pun datang membawa khabar, mengatakan Yamtuan Muda sudah membunuh anak isterinya. Maka titah baginda kepada Bendahara, “Akan sekarang bagaimana bicara ayah, mahukah mengikut bicara sahaya? Maka sembah Bendahara, “Mana titah patik junjung.” Titah Raja Kecil, “Dan kepada fikir sahaya, ayah hendak sahaya jadikan ayah kembali, jadi Bendahara.” Akan Yamtuan Muda, disuruh bunuh oleh Bendahara, sebab derhaka membunuh anak isterinya, tiada dengan izin baginda. Dan akan bonda baginda, Encik Apung, kembali ke rahmatullah taala, tiada sempat berpandangan dengan baginda.
(i) Berikan maksud ‘kembali ke rahmatullah taala’. [2M]
Maksud –
meninggal dunia
(ii) Mengapa baginda tidak membunuh Yang Dipertuan
Besar? [3M]
Sebab
- Yang Dipertuan Besar telah sedar akan dosanya membunuh ayahanda baginda
- Yang Dipertuan Besar telah sedar akan dosanya membunuh ayahanda baginda
- Yang
Dipertuan Besar telah datang menyerahkan nyawanya
- Yang
Dipertuan Besar datang tiada berbulang dan tiada berkeris
- Yang
Dipertuan Besar akan menurut perintah baginda
(iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan pemerintah
bersikap adil terhadap rakyatnya? [3M]
Kebaikan
- supaya rakyat berpuas hati
- supaya rakyat berpuas hati
- supaya
rakyat percaya akan kewibawaan ketua
- menjalin
hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat
- rakyat akan menyanjungi pemerintah
terima kasih atas usaha cikgu muat naik soalan2 ulang kaji... Amat berguna dan amat saya hargai!
ReplyDeleteSama-sama. Semoga kamu beroleh manfaat daripada usaha saya ini. Diharapkan juga agar kamu berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.
DeleteTerima kasih..
ReplyDeleteTerima kasih..
ReplyDelete