Wednesday, August 19, 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 7



CERPEN TANGGAR AMANAT

Petikan:
Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang meledak. Adam tidak pernah begitu…(m.s.178)

i)      Apakah dua perkara yang diperlukan untuk mempertahankan warisan nenek moyang? (2m)
-         keberanian
-         kekuatan

ii)      Sekiranya anda ialah Hawa, apakah pilihan anda, mengikut Adam pulang atau meneruskan usaha Ahmad Abdullah? Nyatakan empat alasan anda. (4m)
-         Mematuhi perintah suami dituntut oleh agama
-         Keputusan tinggal di situ mengancam nyawa
-         Dapat meneruskan usaha Ahmad Abdullah di tempat lain
-         Berdosa jika mengingkari kata-kata Adam.

 iii)    Nyataka satu perwatakan Hawa dalam petikan dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. (3m)
Perwatakan dalam petikan:
-     seorang yang keras hati
Cth:  enggan mengikut Adam pulang ke Malaysia

Pewatakan keseluruhan petikan:
-     seorang yang berani
Cth: Janin dalam kandungan Hawa berani berhadapan dengan risiko yang mungkin akan meragut nyawanya.

iv)            Pengajaran:
-     Kita hendaklah bijak dalam berhujah.
Cth: Si anak berjaya meyakinkan bondanya bahawa usaha perniagaan boleh dilakukan di tempat lain.
-     kita hendaklah sabar dengan kerenah ahli keluarga.
Cth: Adam tidak jemu-jemu memujuk Hawa yang enggan berpindah ke Malaysia.

v)       Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan kejadian luar biasa?
-        berfikiran rasional, sama ada hendak menerima atau tidak kejadian yang berlaku
-        kuatkan semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan
-        berdoa dan berserah kepada Tuhan.

vi)       Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika Hawa masih berdegil mahu tinggal di Yellowstone?
-         nyawanya terancam
-         dia akan kehilangan suaminya
-         usahanya untuk menyelamatkan warisan Ahmad Abdullah hanya sia-sia.

No comments:

Post a Comment