GURINDAM 12
FASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.
Soalan
berdasarkan maksud
(i) Berikan maksud ‘Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat’.
[2M]
-
Carilah sahabat yang baik agar dapat membantu kita semasa
kesusahan
Soalan
berdasarkan petikan
(i)
Apakah
saranan pengarang dalam rangkap pertama gurindam di atas? (2M)
Saranan pengarang dalam rangkap pertama
gurindam di atas ialah mencari teman yang dapat membantu kita ketika susah dan
senang.
Soalan
berdasarkan pendapat (KBAT)
(i) Dalam gurindam di atas, pengarang ada menyentuh persoalan
pemilihan sahabat setiawan. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan
sahabat dalam kehidupan? (3M)
Pada
pendapat saya, kita memerlukan sahabat dalam kehidupan untuk menjadi pendengar
dan tempat kita meluahkan masalah serta tempat kita meminta pertolongan ketika
susah. Kita memerlukan sahabat juga kerana sahabat boleh menjadi tempat kita
berkongsi pengalaman hidup.
(ii) Dalam gurindam
tersebut, penyair ada menyuruh kita mencari kawan. Pada pendapat anda apakah ciri-ciri
kawan yang baik?
Ciri-ciri kawan yang baik:
•
sedia memberi bantuan ketika kita ditimpa musibah
•
sentiasa bersama sewaktu susah dan senang
•
sentiasa menjaga maruah kitaltidak mengaibkan kita
•
sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan
(iii) Rangkap
pertama gurindam memberi nasihat cara mencari sahabat. Jika anda ingin mencari
sahabat, apakah ciri-ciri sahabat sejati yang menjadi pilihan anda? [3M]
-
Akhlak terpuji
-
Rajin menuntut ilmu
-
Membantu ketika dalam kesusahan
-
Menghormati orang tua
-
Mendorong mencapai kejayaan duni dan akhirat
(iv) Pada
pendapat anda, mengapakah kita disarankan supaya memilih kawan yang baik. Berikan
tiga sebab. [3M]
Tiga sebab kita disarankan supaya memilih
kawan yang baik:
•
membantu ketika susah dan senang.
•
menunjukkan teladan yang baik
•
mengelakkan diri terlibat dengan kegiatan yang negatif/ tidak
bermoral.
•
kawan yang baik sentiasa mengajak ke arah kebaikan
•
bersedia mendengar masalah
•
membantu dalam pelajaran.
Soalan
berdasarkan aspek KOMSAS
(i) Huraikan
dua persoalan yang terdapat dalam gurindam di atas. (4M)
Dua
persoalan yang terdapat dalam petikan gurindam ialah kepentingan memilih
sahabat yang sejati. Sahabat yang sejati
akan sentiasa membantu kita ketika menghadapi kesusahan. Persoalan kedua
ialah kebijaksanaan memilih isteri sebagai teman hidup. Seseorang isteri yang baik ialah isteri yang taat akan suami dan
sentiasa di sisi suami ketika senang dan susah.
(ii) Kemukakan
dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4M]
Dua pengajaran :
* Kita mestilah mencari sahabat yang baik agar dapat membantu kita
semasa kita berada dalam kesusahan - Sahabat
yang sejati akan sentiasa membantu kita ketika menghadapi kesusahan
* Kita hendaklah mencari guru yang baik agar kita dapat membezakan antara
yang baik
dengan yang buruk – Guru yang
baik ialah guru yang benar-benar berilmu dan dapat
menyelesaikan setiap
kemusykilan
* Seseorang lelaki hendaklah mencari isteri yang dapat berbakti
dengan ikhlas demi
kebahagiaan rumah tangga - Seseorang isteri yang baik ialah isteri yang taat akan suami dan
sentiasa di sisi suami ketika senang dan susah.
* Kita hendaklah mencari kawan yang jujur dan setia supaya aib kita sentiasa
terpelihara –
Kawan yang baik ialah kawan
yang mementingkan semangat setiakawan
(iii)
Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam ini. [4M]
Dua nilai murni:
* Nilai kebijaksanaan – kebijaksanaan seseorang memilih sahabat,
guru dan isteri akan memberi
manfaat kepadanya.
manfaat kepadanya.
* Nilai ketaatan/kesetiaan – seorang isteri perlu taat dan setia
kepada suaminya.
* Nilai keikhlasan – seseorang sahabat perlu ikhlas dalam
menjalinkan perhubungan.
* Nilai setiakawan – seseorang
itu perlu memilih kawan yang setia
No comments:
Post a Comment