Monday, August 31, 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 19



SYAIR MAKNA RIAK

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana menusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu disangka ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambaian,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan berulitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.


Soalan berdasarkan petikan

(i)    Nyatakan kesan perbuatan riak sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas.  (2M)             
         Antara kesan perbuatan riak yang dijelaskan dalam Syair Makna Riak ialah amal ibadat orang yang riak tidak diterima oleh Allah. Selain itu, adakalanya mereka akan       menanggung dosa akibat daripada perbuatan mereka.

(ii)   Apakah maksud riak seperti yang dijelaskan oleh syair di atas? [2M]
Maksud riak ialah melakukan amal ibadat kerana manusia

(iii) Apakah akibat yang akan diterima oleh seseorang yang bersikap riak? [2M]
Akibat yang akan diterima:
-          riak mendatangkan bala
-          amalan kita akan ditolak
-          Allah tidak suka akan sifat riak

(iv) Mengapakah Tuhan benci akan sikap riak? [2M]
 Sikap riak dibenci Tuhan kerana sikap tersebut mendatangkan syirik.


Soalan berdasarkan pendapat

(i)  Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang dapat dilakukan untuk membendung perasaan riak yang terdapat dalam diri seseorang? (3M)
Pada pendapat saya, kita dapat membendung perasaan riak dengan cara beribadat kepada Tuhan dengan hati yang benar-benar ikhlas. Kita juga perlu sedar akan kesan dan dosa akibat daripada perbuatan tersebut. Selain itu, kita juga hendaklah sesalu mengikuti kelas-kelas agama untuk menyucikan jiwa kita.

(ii)   Pada pendapat anda, mengapakah segelintir masyarakat suka mengamalkan sikap riak dalam perlakuan mereka? [3M]
Segelintir masyarakat suka mengamalkan sikap riak kerana:
- mereka suka menunjuk-nunjuk perlakuan mereka
- mereka ingin dipuja oleh masyarakat
- mereka ingin dipandang tinggi atau dihormati

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menghindari sikap riak? [3M]
Cara menghindari sikap riak:
- tidak menunjuk-nunjuk
- sentiasa merendah diri
- sentiasa bersyukur
- sentiasa berbaik sangka
- menerima kelebihan orang lain

(iv) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan diterima oleh seseorang yang bersikap riak dalam pergaulannya dengan masyarakat? [3M]
Kesan yang akan diterima:
- akan dibenci oleh masyarakat
- akan dipulaukan oleh masyarakar
- akan dipandang hina


Soalan berdasarkan aspek KOMSAS:

(i)          Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. (4M)
-    Kita hendaklah menjauhi perbuatan  riak kerana perbutan ini tidak diterima oleh Allah - Riak ialah amal ibadat yang dibuat hanya untuk manusia dan perbuatan ini amat dibenci Tuhan kerana mensyirikkan-Nya
-    Kita haruslah bersederhana ketika melakukan ibadat supaya tidak menjejaskan kesihatan - Ada sesetengah manusia melaksanakan ibadat puasa dengan tujuan dipuji tentang kelebihannya dengan tidak mempedulikan kesihatan.
-    Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dengan tidak  mengharapkan ganjaran. – Orang yang riak suka dirinya dianggap cerdik ketika berbicara dan menerima ganjaran daripada orang.
-    Kita haruslah mengamalkan kehidupan yang sederhana dan tidak bersikap riak supaya amalan kita tidak ditolak oleh-Nya - Riak boleh mendatangkan bala dan amalan kita akan ditolak kerana Allah tidak suka dengan sifat riak.

(ii)      Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair di atas. [4M]
Nilai kemanusiaan:
- Kesyukuran – bersyukur dengan ilmu yang dimiliki
- Kesederhanaan – bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk

 (iii)    Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. [4M]
Persoalan:
- Persoalan sifat riak dibenci oleh Tuhan kerana r
iak ialah amal ibadat yang dibuat hanya untuk manusia dan perbuatan ini mensyirikkan-Nya
- Persoalan terdapat golongan yang suka menunjuk-nunjuk dengan sentiasa membaca al-Quran dan memberi ceramah tetapi mencampuradukkan perkara yang betul dan salah
        - Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak akan mendapat keberkatan kerana   
        orang yang riak akan menerima balasan daripada perbuatannya yang dibenci oleh Allah.

No comments:

Post a Comment