Kenal pasti kata penyambung ayat dan nyatakan jenisnya.
1. Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas
menjadi mercu tanda negara kita.
menjadi mercu tanda negara kita.
2. Banyak perokok yang menyedari bahaya merokok tetapi
mereka masih meneruskan amalan yang buruk ini.
mereka masih meneruskan amalan yang buruk ini.
3. Tujuan kami menyertai ekspedisi ini ialah kami ingin melihat
keindahan alam sambil menguji ketahanan fizikal dan mental.
keindahan alam sambil menguji ketahanan fizikal dan mental.
4. Kami ke Putrajaya lalu singgah sebentar di Muzium Negara.
5. Perlawanan bola sepak Liga Perdana itu ditangguhkan kerana
hujan lebat.
hujan lebat.
6. Pihak Kementerian Pelajaran menegaskan bahawa tindakan
tegas akan diambil kepada pelajar yang ponteng sekolah.
tegas akan diambil kepada pelajar yang ponteng sekolah.
LATIHAN 2
Lengkapkan tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah
dengan kata tugas
yang sesuai.
Bidang pertanian mampu memberikan pulangan ___(1)___ lumayan ___(2)___ diusahakan secara bersungguh-sungguh. Remaja hari ini lebih berminat menceburi bidang perindustrian berbanding dengan bidang pertanian ___(3)___ beranggapan ___(4)___ bidang pertanian tidak memberikan apa-apa keuntungan. ___(5)___ bidang pertanian mampu menandingi bidang-bidang lain ___(6)___ dilakukan secara komersial. ___(7)___ para belia masih tidak sedar akan hal ini? Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha ___(8)___ bidang ini diceburi oleh semua orang ___(9)___ mahasiswa yang menganggur ___(10)___ mereka menunggu pekerjaan lain yang lebih sesuai.
LATIHAN 3
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan berikut.
Sesuatu yang amat menarik dibincangkan apabila tiba sesuatu perayaan ialah sikap sesetengah pengusaha gedung perniagaan yang mengadakan pelbagai jualan murah. Banyak pembeli akan mengunjungi gedung-gedung ini agar tidak ketinggalan. Bermacam-macam barang dibeli untuk menyambut perayaan tersebut. Seperkara lagi adalah tentang rumah terbuka. Banyak tetamu yang hadir bagi meraikan rakan-rakan mereka. Sambutan ini pastinya sungguh meriah dengan berbagai-bagai hidangan yang disajikan.
Berdasarkan petikan di atas, berikan contoh-contoh kata
berikut:
(a) 4 contoh kata bilangan
(b) 4 contoh kata sendi nama
(c) 2 contoh kata penguat
(d) 2 contoh kata pemeri