PROSA PELAYARAN PENUH PERISTIWA
PETIKAN 1
Mendengar
suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang
Sulung, “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu
kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama
sendiri.
“Ampun
Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,”
sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak
beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak
dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta
kepada Datuk Batin Alam”.
“Ampun
Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat
dengan rial batu dan emas”.
Mendengar
percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk,
“Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial
kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya.
Dia seorang pahlawan yang handal.
“Kalau
begitu,” kata Awang Sulung pula, “Memanglah benar kata adinda itu, kerana
kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas
kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang
pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.”
(i) Berikan
maksud rangkai kata sudah derhaka
kepada penghulu kita sendiri berdasarkan petikan di atas? [2M]
-
Telah khianat terhadap pemimpin kita
(ii) Apakah
alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan
baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh? [3M]
-
Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak
merampas baginda daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
-
Hutang baginda sudah berbayar
-
Piutang pun sudah diterima
(iii)
Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara
majoriti? [3M]
- ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua
merupakan orang yang paling layak diikuti nasihat atau arahannya.
- ketua orang yang paling mahir mentadbir organisasi dan selalunya
mereka orang yang berpengalaman.
- keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika
menentangnya bermakna tindakan kita bertentangan dengan budaya hidup
bermasyarakat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 2
Setelah
beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya
terpinga-pinga sambil bertanya-tanya dimanakah mereka berada sekarang, tetapi
jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam
seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan
Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun
Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan
Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”
Tuanku
Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya sungguh juga kata jurumudi ini,
kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata memeliharakan geliung ini ? [2M]
Maksud
rangkai kata - Menjaga keselamatan kapal tersebut
(ii)
Apakah yang
dilakukan oleh jurumudi setelah tersedar daripada pengsan? [3M]
-
mencabut keris
-
menikam seekor ayam
-
dengan keris berlumuran darah pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua
(iii) Sekiranya
anda Tuanku Nakhoda Tua, bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk membalas
perbuatan jurumudi? [3M]
Sekiranya
saya Tuanku Nakhoda Tua
Positif:
-
mengucapkan terima kasih
-
memberikan hadiah
-
mengiktiraf sebagai pahlawan atau wira
-
mengahwinkannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Negatif:
-
menyelidik pengakuan jurumudi
-
memeriksa keris dan kesan darah pada keris jurumudi
-
meminta untuk melihat musuh yang dibunuh
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 3
Setelah
beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada
sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya
lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah
dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
"Ampun
Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri
Dayang Nuramah kelmarin."
Tuanku
Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini,
kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
Tiga hari
tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung
bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata,
"Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan
puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya."
"Ampun
Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah
Jawa," sembah jurumudi.
"Sabarlah
wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada
bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini."
(i) Apakah
perkara yang dilakukan oleh jurumudi sebaik-baik sahaja dia tersedar daripada
pengsan? [2M]
Perkara yang dilakukan :
-
segera mencabut kerisnya.
-
lalu menikam seekor ayam
-
mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua
- memberitahu bahawa dia yang memelihara
geliung itu daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah
(ii) Mengapakah
Tuanku Nakhoda Tua enggan menerima pengakuan yang dibuat oleh jurumudi? [3M]
Enggan terima pengakuan :
-
perjalanan belum sampai ke destinasi /
masih dalam perjalanan
-
masih berhadapan / belum terlepas
bahaya besar
-
lautan yang akan ditempuhi dipenuhi
bajak laut
(iii)
Pada
pandangan anda, mengapakah jurumudi beria-ia hendak mengambil hati Tuanku
Nakhoda Tua? [3M]
Sebab beria-ia mengambil hati:
-
ingin mengahwini puteri
-
ingin membolot kekayaan / kekuasaan
-
ingin mengalahkan pesaing-pesaingnya
-
berpendapat tuanku Nakhoda Tua mudah
dipengaruhi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 4
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu
menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap
Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu
daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan
kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan
puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua,
masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, "Ya ayahanda, tua
orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan
makin tua makin busuk!"
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu
dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang
tua?"
"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak,
sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di
dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?"
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada
seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama
empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada
puterinya, "Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?"
"Dialah budak hitam yang meminta tOlcing bayarkan hutangnya kepada
ayahanda dulu,
tetapi telah ayahanda nyahkan dia."
(i)
Berikan maksud rangkai kata tidak tahu dek untung. [2M]
-
tidak menghargai / tidak bersyukur
dengan kelebihan yang dimiliki
(ii)
Apakah kata-kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menyebabkan ayahandanya
begitu marah? [3M]
-
Tuan Puteri menyatakan bahawa
ayahandanya tidak seperti orang lain yang semakin tua semakin berakal.
-
Tuan Puteri menyatakan bahawa
ayahandanya ibarat cendawan, semakin tua semakin tidak berguna
-
Tuan Puteri menyatakan bahawa
penglihatan ayahandanya kabur dan pendengarannya tidak jelas.
(iii)
Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya bernikah
dengan jurumudi? [3M]
Wajar kerana:
-
jurumudi dianggap lelaki yang hebat
kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu.
-
Tuanku Nakhoda Tua percaya akan
jurumudi apabila melihat bukti keris jurumudi yang berlumuran darah.
-
Jurumudi ialah orang pertama yang
menemuinya dan mengaku menyelamatkan geliung itu.
-
Anak sepatutnya mengikut perintah
ayahnya
-
Tuanku Nakhoda Tua perlu mengotakan
janjinya.
TIDAK WAJAR kerana:
-
Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan
tanpa usul periksa kebenaran kata-kata jurumudi
-
Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak
menanyakan pendapat orang lain / puterinya sebelum membuat keputusan
-
Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai
jurumudi hanya dengan bukti keris yang berlumuran darah
-
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak
menyukai jurumudi
-
Jurumudi seorang yang pengecut dan
gemar mengambil kesempatan atas susah payah orang lain.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 5
Dayang
Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk
mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan
geliung tidak dapat rapat ke tepi.
Awang
Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu
mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika
kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu
berlabuh dengan eloknya.
Setelah
beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar.
Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada
sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya
lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah
dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun
Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ni daripada amuk Tuan Puteri
Dayang Nuramah kelmarin.”
Tuanku
Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris
jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini,
kerana waktu mabuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2M]
-
menjaga / melindungi kapal layar
(ii)
Apakah
tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu
besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau? [3M]
Tindakan
Awang Sulung:
-
Awang Sulung segera ke petak jubungnya
-
mengambil bungkusan tulang pelanduk putih
-
mengikat bungkusan pada benang pancar warna
-
mencampakkan bungkusan tersebut ke laut
(iii) Pada
pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata
jurumudi itu. [3M]
Tidak
wajar kerana:
- Tuanku Nakhoda Tua tidak melihat sendiri jurumudi
menghadapi amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah
-
Jurumudi tidak jujur / mempunyai muslihat
-
Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat berfikir dengan baik /
waras pada waktu itu
Wajar kerana:
-
Jurumudi telah menunjukkan keris yang berdarah sebagai
bukti
-
Jurumudi telah lama berkhidmat dengan Nakhoda Tua
-
Geliung tidak lagi dalam keadaan bahaya /
terancam
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 6
“Beta tidak
beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak
dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta
pada kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun
Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat
dengan rial batu dan emas.”
Mendengar
percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk,
“Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial
kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya.
Dia seorang pahlawan yang handal.”
“Kalau
begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda, kerana kakanda
telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda
daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun
sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”
(i)
Siapakah
“adinda” dalam petikan tersebut? (2M)
“Adinda”
dalam petikan tersebut ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
(ii)
Nyatakan
tiga alasan Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih. (3M)
Awang Sulung
ingin kembali ke Bandar Mengkalih kerana dia telah berjaya menewaskan
lanun-lanun yang menyerang geliung yang dinaikinya. Selain itu, hutangnya
sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga kepada Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa telah dilangsaikan oleh lanun-lanun apabila lanun-lanun
tersebut mengisikan rial batu dan emas ke dalam geliung. Awang Sulung juga telah
berjaya menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah, oleh itu hutangnya dianggap
sudah berbayar.
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mentaati sultan? (3M)
Pada
pendapat saya, rakyat perlu mentaati sultan kerana sebagai pemerintah negeri,
sultan mempunyai darjat yang tinggi. Selain itu, rakyat perlu mentaati sultan
supaya tidak dianggap penderhaka kerana penderhaka akan dihukum. Sultan juga
dipercayai mempunyai daulat.
No comments:
Post a Comment