PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDlRAN)
Apa guna
berkain batik,
Kalau tidak
memakai capal;
Apalah guna
beristeri cantik,
Kalau tak
pandai menumbuk sambal.
Darl Kelang
lalu ke Jawa,
Naik sigai
ke atas atap;
Ikan kering
lagi ketawa,
Mendengar
tupai membaca kitab.
Ambil
segulung rotan saga,
Suruh
diambil marl diurut;
Duduk termenung
harimau tua,
Melihat
kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu
terbang melintang,
Hinggap
menghisap bunga layu;
Hati di
dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan
memanjat kayu.
Lebat
sungguh padi di paya,
Kayu tumbang
tepi pangkalan;
Hairan
sekali hati saya,
Burung
terbang disambar ikan.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Nyatakan dua perkara
ganjil yang terdapat dalam pantun ini. [2M]
Dua perkara ganjil:
- Ikan
kering lagi ketawa
- Tupal membaca kitab
- Duduk
termenung harimau tua
- Kambing mencabut janggut
- Ikan memanjat kayu
- Burung terbang disambar ikan
(ii) Berikan maksud rangkap
pertama pantun di atas. [2M]
- Maksud: seseorang yang berwajah rupawan/jelita sahaja tidak
memadai jika tidak pandai memasak
*******************************************************************************************
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)
(i) Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu memilih
isteri berdasarkan
kecantikan
semata-mata? [3M]
Pendapat:
-
kebahaglaan rumahtangga tldak kekal lama
-
urusan rumahtangga akan terabai
-
asuhan anak-anak tidak sempurna
-
suami diabaikan kerana asyik menjaga kecantikan sahaja
*******************************************************************************************
Soalan berdasarkan aspek komsas
(i) Jelaskan dua nilai yang
terdapat dalam pantun ini.
Nilai:
-
Kerajinan : Isteri yang
rajin menguruskan rumah tangga lebih sempurna daripada isteri yang asyik menjaga
kecantikan sahaja.
-
Kebijaksanaan : Kebijaksanaan penting dalam menilai sesuatu perkara yang aneh
berlaku di sekelilingnya.
-
Nasihat-menasihati : Golongan
wanita dinasihatkan supaya pandai memasak.
-
Merendah diri : Orang yang tidak
mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang dinasihatkan supaya merujuk
kepada orang yang lebih arif.
- Bertanggungjawab : Seseorang
isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
-
Kegigihan : Orang bawahan
gigih berusaha untuk mencapai matlamatnya.
- Rasional : Seseorang yang tidak
rasional dalam melakukan sesuatu perkara akan ditertawakan oleh orang lain.
(ii) Jelaskan dua persoalan
yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
Persoalan:
-
Kepentingan membuat kerja-kerja dapur
bagi kaum wanita - Isteri yang cantik dianggap
tidak sempurna jika dia tidak tahu membuat kerja-kerja di dapur
- Manusia memang lazim berhadapan
dengan peristiwa luar biasa - Sesuatu
pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan mendapat cemuhan
serta ditertawakan orang sahaja
- Kuasa manusia tidak kekal selama-lamanya
- Orang gagah dan kuat akan kehilangan
kuasanya juga
- Kebimbangan terhadap keupayaan orang
lain - Orang atasan berasa bimbang akan
keupayaan orang bawahannya
-
Keupayaan orang lemah melakukan perkara
yang mengagumkan - Perkara pelik apabila
orang bawahan berupaya menjatuhkan orang atasan untuk mendapatkan kuasa
(iii) Jelaskan dua pengajaran
yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
Pengajaran:
- Kaum wanita
hendaklah menguasai pelbagai ilmu dalam menguruskan rumahtangga : Isteri yang cantik dianggap tidak
sempurna jika dia tidak tahu membuat kerja-kerja di dapur
- Kita
hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang jika ingin
menunjukkan kepandaian agar tidak mendapat malu / dipandang rendah : Sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan
mendapat cemuhan serta ditertawakan orang sahaja
- Kita hendaklah menjauhi sikap suka memandang rendah terhadap orang yang lemah kerana mungkin
suatu hari mereka akan mengatasi kita : Orang atasan berasa bimbang akan keupayaan orang bawahannya
- Kita hendaklah menghormati
pihak lain walaupun mereka golongan rendah/ golongan bawahan : Perkara pelik apabila orang bawahan berupaya menjatuhkan orang
atasan untuk mendapatkan kuasa
No comments:
Post a Comment