(1)
CERPEN
MELLISA
Petikan 1
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis….
Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu… (m.s.153)
i) Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid
memperkenalkan dirinya? [2m]
- perasaannya tergugah
- berasa malu / mukanya menjadi merah
- berasa gugup
ii) Pada
pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika
berada dalam sesuatu majlis? [3m]
- memberi salam / menyapa
- beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
- beramah mesra / berbual / bergaul
iii) Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan
dan satu latar masyarakat
daripada Keseluruhan
cerpen.
Latar masyarakat dalam petikan
- Masyarakat yang peramah.
Cth: Syahid menghulurkan tangan kepada Mellisa
sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
- Masyarakat penulis.
Cth: Syahid merupakan penulis rencana dalam
akhbar.
Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
- Masyarakat muda yang amat cinta akan negara.
Cth: Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi
setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada
zaman kanak-kanaknya dahulu.
- Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni.
Cth: Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk
sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa
berdarah 13 Mei berlaku.
-
Masyarakat
pelajar yang gigih.
Cth: Mellisa amat tekun
menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan
menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
Dia mulai suka dengan anak muda ini…. Dalam perjalanan
pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam….(m.s.155)
i)
Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai
Syahid? [2m]
- bersikap terbuka
- suka mendengar bicaranya.
- suka melihat mimik mukanya.
- suka melihat senyumannya.
- Syahid seperti
Hisyam
ii) Pada
pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada seseorang yang tidak kita kenali? [3m]
- memerlukan masa untuk mengenalinya
- sibuk dengan urusan yang lebih penting
- takut difitnah / pandangan serong masyarakat
- bimbang akan keselamatan diri
iii) Jelaskan
satu persoalan yang terdapat
dalam cerpen ini dan satu daripada keseluruhan cerpen. [4m]
Persoalan
daripada petikan
- Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain.
Cth: Mellisa berhati-hati dalam perkenalannya
dengan Syahid.
Persoalan daripada keseluruhan
- Persoalan pengorbanan diri untuk negara.
Cth: Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan
meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan
negara.
- Persoalan persengketaan
antara kaum.
Cth: Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum
pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari
rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.
Petikan 3
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini….
Sebelum dia mati,…(m.s.171)
i.
Mengapakah
Mellisa sayang akan negara ini? [3m]
-
kerana Mellisa warganegaranya
-
dia dibesarkan dan bersekolah di negara ini
-
Mellisa tidak dapat hidup di negara lain
walaupun negara lain lebih maju berbanding negaranya kerana cara hidup dan
budaya berfikir yang berbeza
ii.
Pada
pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera? [3m]
-
kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan
negara
-
dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei
yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan
nyawa lain terkorban.
iii.
Nyatakan
satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan tema yang diperoleh daripada
cerpen ini. [3m]
Dalam petikan:
-
perasaan cinta akan negara.
Cth:
Mellisa memilih menyertai angkatan tentera kerana mahu melihat negara dan
rakyat negara ini hidup aman damai
Tema: cinta antara dua budaya.
Cth:
Mellisa terpisah hubungan dengan kekasihnya Hisyam dalam tragedi 13 Mei 1969
dan peristiwa itu menyebabkan dia bersemangat kental untuk mengekalkan keamanan
negara.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan-soalan KBAT
1.
Adakah
anda bersetuju bahawa Syahid dalam petikan di atas ialah Hisyam? Berikan alasan
anda.
Ya,
saya setuju kerana:
- Syahid
mengatakan bahawa dia pernah berjumpa dengan gadis berkenaan
- wajah Syahid mirip Hisyam yang pernah akrab
dengan gadis itu
- walaupun
dahulu Hisyam agak berisi tubuhnya namun ada tanda-tanda dia akan tinggi
seperti bapanya.
2.
Mengapakah
Mellisa tidak dapat melupakan Hisyam?
-
cintanya yang sebenar kerana cinta pandang
pertama
-
Hisyam pandai memujuk ketika dia sedang merajuk
-
Hisyam selalu memuji dia pandai memasak
3.
Pada
pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera?
-
kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan
negara
- dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei
yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan
nyawa lain terkorban.
4.
Farid
memperkenalkan Syahid kepada Mellisa. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya
untuk mellisa memilih sahabat yang baik?
-
Kita perlulah mengetahui latar belakang sahabat
itu menerusi rakan-rakannya
-
sahabat yang dipilih perlulah mempunyai akhlak
yang mulia
-
kita perlulah mempunyai keserasian agar mudah
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit.
5.
Pada
pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan sistem devide et empera ataupun “pecah dan
perintah” terhadap penduduk Tanah Melayu?
-
kerana Inggeris tidak mahu rakyat Tanah Melayu
bersatu hati.
-
Sekiranya perpaduan wujud, sudah tentu
lama-kelamaan mereka akan memberontak dan menentang penjajah Inggeris
-
Apabila pengenalan kaum dilakukan, mudahlah
untuk Inggeris melaksanakan apa-apa sahaja yang hendak dilakukan kerana setiap
kaum mempunyai pendirian dan pendapat masing-masing
6.
Rusuhan
kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara. Nyatakan
tiga masalah.
-
menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat
-
membantutkan usaha kerajaan untuk membagunkan
negara
-
imej negara juga akan terjejas
7.
Sekiranya
anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa
bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.
-
saya tidak akan mencari perempuan lain kerana
Mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian
-
Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk
kepentingan negara
-
saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang
mementingkan diri
8.
Mellisa
teringatkan jasa Hisyam terhadapnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya
agar rakan kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama tidak berjumpa?
-
kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam
kata-kata, mahupun tindakan
-
kita perlu berani berterus-terang, sama ada
sikap rakan kita itu baik atau sebaliknya agar kelakuan yang buruk dapat
diperbetulkan
-
kita jangan sekali-kali mementingkan diri
sendiri, sebaliknya mementingkan kebajikan rakan lebih utama berbanding
keperluan diri sendiri
-
tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap
besar, menjerit atau suka menghina.
9.
Pada
pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan masalah
perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan?
-
semua kanak-kanak dihantar ke sekolah kebangsaan
-
para pemimpin jangan sekali-kali menimbulkan isu
sensitif yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum
-
setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian
kaum amat penting untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.
-
mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat
-
tidak menimbulkan apa-apa perkara yang
melibatkan sensitiviti kaum
-
menghormati adat, budaya, agama, dan kepercayaan
kaum-kaum lain
-
pemimpin dan pihak keselamatan sentiasa menjaga
keamanan negara ini.
-
dengan sentiasa mematuhi undang-undang negara
-
menghormati para pemimpin negara
-
belajar dengan tekun untuk memajukan negara pada
masa akan datang
-
memohon bantuan pihak keselamatan
-
berlindung di balai polis atau di kem tentera
-
berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana
segera aman
-
kaum wanita telah mendapat pendidikan yang sama
dengan kaum lelaki
- kaum wanita juga mencari rezeki dan memikul
tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki dalam keluarga
- pemimpin negara telah menggubal akta untuk
membela nasib kaum wanita yang teraniaya.
-
kempen kesedaran
-
pembelajaran mata pelajaran sejarah
-
didikan ibu bapa
-
penglibatan dalam PLKN
-
kerana memahami sejarah negara yang pernah
dijajah dan khuatir jika negara dijajah sekali lagi
-
disebabkan semangat patriotik yang mendalam
tertanam dalam diri mereka
-
mereka juga membuat keputusan sedemikian
disebabkan latar belakang pendidikan yang diterima daripada ibu bapa yang
mementingkan nusa dan bangsa
-
melalui sistem pendidikan yang sama
-
kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan
kepentingan perpaduan
- melalui
sambutan perayaan secara bersama
No comments:
Post a Comment