SYAIR SITI SIANAH
Setengahnya perempuan
terlalu janggalnya,
Roma di muka
pula dicukurnya,
Seperti taji
berandam di keningnya,
Kemudian memakai
dengan selengkapnya.
Mengagak mengilai
terlalu suka,
Melihat laki-laki
ditampakkan muka,
Supaya laki-laki
boleh menyangka,
Ianya elok
tiada terhingga.
Sesetengah perempuan
sangat pesolek,
Berhias berdandan
berpakai molek,
Di dalam
cermin muka ditelek,
kanan dan
kiri dibelek-belek.
Meskipun tiada
berapa eloknya,
Ada yang setengah
kembang hidungnya,
Serta pula kepik
batangnya,
Seperti buaya
besar mulutnya.
Setengah perempuan
perangainya cela,
Habis dipenuh
rambut kepala,
Rambut yang sikit
disiputnya pula,
Memakai cemara
berjela-jela.
Terkandang muka
dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan,
lengan dan jari,
Jadilah rupanya
putih berseri,
Pekerjaan tipu
sangat digemari.
Sesetengah perempuan
yang makan angkat,
Memakai
gelang bertingkat-tingkat,
Memandang
laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan
suka berdekat.
Kaki dan
tangan dinaikkan pula,
Pura-pura
dikatakan ubat segala,
Hakikatnya
diketahui Allah Taala,
Supaya
laki-laki berhati gila.
Berlindunglah
kita kepada Allah,
Daripada perbuatan
yang amat salah,
Mudah-mudahan
dilepaskanlah,
Jangan
menjadi betina sempolah.
Sesetengahnya
suka bermain judi.
Inilah
perangai banyak terjadi,
Habis
tergadai intan serudi,
Kerana perangai
sudah membadi.
Laki-laki
perempuan bertindih lutut,
Banyaklah
kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat
sudahlah bantut,
Kerana
svaitan duduk dibuntut.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Berikan gambaran wanita
yang terdapat dalam syair di atas. [3M]
- Mencukur
bulu kening sehingga tajam
- Ketawa
mengilai-gilai
-
Menunjuk-nunjuk rupa paras kepada lelaki
- Suka
bersolek/berdandan/berhias
(ii) Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti
Sianah. [2M]
Antara sifat negatif wanita berdasarkan
Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di
muka dan di kening. Selain itu,
terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan
berhias dengan tujuan memikat lelaki.
(iii) Berikan dua gambaran wanita yang terdapat dalam syair ini. [2M]
- wanita yang berperangai janggal kerana mencukur bulu roma di muka
dan kening sehingga tajam
-
wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan menunjuk-nunjukkan mukanya
kepada lelaki
-
wanita yang suka bersolek, berdandan, atau berhias
(iv) Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan
itu bersolek?
[2M]
-
Supaya mereka kelihatan cantik pada pandangan lelaki.
(v)
Berikan
maksud ‘jangan menjadi betina sempolah’.
[2M]
-
wanita dilarang agar tidak menjadi sampah masyarakat / tidak
berguna.
(vi)
Berikan
maksud cemara. [2M]
-
rambut palsu
(vii) Berikan maksud ‘memakai cemara berjela-jela’ dalam syair ini. [2M]
-
memakai rambut palsu yang terlalu panjang
************************************************************************************
Soalan berdasarkan pendapat
(i) Dalam rangkap akhir syair ini ada dinyatakan tentang gejala
sosial yang berlaku. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang dapat
dilakukan bagi mengatasi gejala tersebut? [3M]
-
Taat akan suruhan agama
-
Program keagamaan perlu lebih banyak/kerap
-
Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak
-
Peranan guru, PIBG dan sebagainya dalam memberi kesedaran
-
Kecaknaan masyarakat terlibat
dalam pencegahan
-
Peranan media dalam melaksanakan kempen bahaya gejala sosial
-
Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam mengenakan tindakan
(ii) Golongan lelaki wajar bertanggungjawab terhadap golongan
wanita. Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab tersebut? Nyatakan tiga bentuk
tanggungjawab itu. [3M]
-
tidak menindas atau mengeksploitasi golongan wanita
-
membimbing golongan wanita ke jalan yang benar
-
menjaga kehormatan seseorang wanita
(iii) Sebagai
rakan yang prihatin, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya rakan
perempuan di sekolah anda berperangai buruk? Nyatakan tiga tindakan
tersebut. [3M]
-
menasihatinya agar meninggalkan perangai buruknya
-
memberitahu ibu bapanya supaya mereka dapat
-
membimbingnya dan mendoakannya agar diberikan petunjuk
(iv) Pada
pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong sesetengah remaja bergaul
secara bebas? Berikan tiga punca. [3M]
-
terpengaruh oleh rakan sebaya
-
terpengaruh oleh media massa
-
suka mencuba sesuatu yang baharu
-
gagal membezakan yang baik dengan yang buruk
(v) Mengapakah
seseorang perempuan itu dilarang berhias secara keterlaluan? Berikan tiga
pendapat anda tentang perkara tersebut. [3M]
-
menimbulkan tarikan kepada lelaki untuk berbuat jahat
-
menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita
-
dilarang oleh agama
-
merosakkan sistem atau norma masyarakat
(vi) Dalam
rangkap kesebelas syair ini, dinyatakan perlakuan antara lelaki dan perempuan
yang tidak patut dilakukan. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk
mengelakkan gejala ini daripada menular dalam kalangan anak-anak? (3M)
Pada
pendapat saya, cara terbaik untuk mengelakkan gejala ini daripada menular adalah
dengan mendidik anak-anak sedari kecil tentang kesopanan diri. Selain itu,
anak-anak mesti diberitahu tentang keburukan dan akibat yang mungkin berlaku
daripada perlakuan seperti itu. Akhirnya, ibu bapa hendaklah sentiasa berusaha
memberi perhatian dan mengawasi pergaulan anak-anak dan mengambil sikap menegur
jika berlaku gejala ini.
(vii) Jelaskan tiga kesan pergaulan bebas antara lelaki dengan
perempuan. [3M]
-
pergauian bebas dilaknati oleh Tuhan / menyalahi nilai moral
-
mendorong kepada perlakuan zina
-
wanita mengandung anak luar nikah
-
bayi yang tidak berdosa dibuang di merata-rata tempat
**************************************************************************************
Soalan berdasarkan
aspek KOMSAS
(i) Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [3M]
Pengajaran:
-
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri
-
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan
santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai.
-
Golongan wanita sepatutnya tidak
keterlaluan dalam menghiaskan diri.
-
Golongan wanita seharusnya bersyukur
atas kejadian Tuhan terhadap dirinya.
- Golongan wanita perlu bersikap jujur
dan tidak seharusnya berniat untuk tidak memperdayakan orang lain.
-
Golongan wanita tidak harus berkawan
dengan orang yang rendah akhlaknya.
-
Setiap wanita hendaklah menjaga
perilaku mereka.
- Kita haruslah sentiasa berdoa kepada
Tuhan supaya dilindungi daripada pengaruh negatif.
- Setiap wanita mestilah bertindak dan
berfikir secara rasional dengan menjauhkan diri daripada amalan berjudi.
-
Setiap orang hendaklah mentaati
ketetapan agama.
(Pilih 3 pengajaran sahaja)
(ii) Berikan dua persoalan
yang terdapat dalam Syair Siti Sianah. [2M]
Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti
Sianah ialah persoalan sikap wanita yang suka
berhias hingga melanggar hukum syarak.
Selain itu, terdapat juga persoalan ketaaatan
kepada Allah.
(iii) Jelaskan empat bentuk syair tersebut. [4M]
-
terdiri daripada sebelas rangkap
-
setiap rangkap terdiri daripada empat baris
-
mempunyai tiga hingga lima patah kata dalam setiap baris
-
rima akhirnya aaaa
(iv)
Bincangkan
tiga latar masyarakat yang terdapat dalam syair di atas.
- masyarakat yang terlalu mementingkan kecantikan diri : Terdapat wanita yang gemar bersolek, memasang badan
dengan pakaian yang cantik, dan kerjanya hanya menghadap cermin untuk menghias
wajah begitu lama.
- masyarakat gila judi : Tabiat
berjudi juga lekat kepada segelintir wanita sehinggakan mereka sanggup
menggadaikan harta kerana kegilaan itu.
-
masyarakat yang lalai akan perintah Allah dan ajaran agama - Mereka telah dilalaikan oleh syaitan
daripada mendirikan solat atau daripada mengerjakan ibadat lain.
(v)
Huraikan dua
nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair tersebut. [4M]
-
memelihara maruah diri : tidak
melakukan perkara yang tidak bermoral
- kesyukuran : berterima kasih
kepada Tuhan atas apa-apa yang telah dikurniakan kepada kita
(vi)
Huraikan dua
persoalan yang terdapat dalam syair tersebut. [4M]
- Sikap wanita yang suka berhias : Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti
mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening.
- Wanita yang tidak sopan dan ingin
menarik perhatian lelaki : Ada wanita
yang sengaja cuba memancing perhatian lelaki dengan gelak ketawa yang
berlebih-lebihan.
-
Golongan wanita yang sangat
menitikberatkan kecantikan : Terdapat wanita yang gemar bersolek, memasang badan dengan pakaian yang
cantik, dan kerjanya hanya menghadap cermin untuk menghias wajah begitu lama.
- Memohon perlindungan daripada Tuhan : Kaum wanita hendaklah berdoa supaya tidak
terjebak ke dalam kancah sampah masyarakat atau tidak berguna.
No comments:
Post a Comment