Tuesday, September 8, 2009
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita
Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu
Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasa kita.
Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai semangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.
Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilah memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke seantero dunia.
Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem Melayu juga.
Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.
Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU
Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu. Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “sudah terhantuk baru tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.
Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani fenomena jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada prinsip “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan. Melalui langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha menangani masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi penentu sahsiah generasi muda.
Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat diringankan.
Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak membakar sampah sarap secara terbuka. Hal ini kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat, masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelum nasi menjadi bubur.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah
tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya
berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.
Monday, September 7, 2009
KESAN JEREBU
Sunday, September 6, 2009
USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.
Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.
Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.
PERBANDAINGAN WATAK UTAMA
Watak ini mempunyai beberapa persamaan. Othman Yusof dan Hilmi merupakan seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Othman Yusuf meyayanyi isterinya, Limah. Buktinya, Othman menghantar isterinya balik ke kampungnya di Kg. Keladi, Kulim Kedah lantaran ancaman komunis yang semakin mengganas. Hilmi juga menyayangi isterinya. Buktinya, Hilmi menggubah sebuah lagu yang bertajuk `Balada Kasih` walaupun Azizah telah meninggalkannya.
Mereka juga menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Sebagai contoh, Otman menghormati ketuanya, Sarjan Jamil manakala Hilmi menghormati Datuk Johari dan Datin Salmah, walaupun kedua-duanya memandang hina terhadapnya.
Selain itu, kedua-dua watak ini mempunyai beberapa perbezaan. Dari segi kerjaya, Hilmi meceburi bidang muzik dan berjaya menjadi seniman terkenal, manakala Othman pula menganggotai pasukan keselamatan, iaitu polis.
KELUARGA IMPIAN SAYA
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?
Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.
KESAN PEMANASAN GLOBAL
Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun.
Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.
Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.
Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan penuh kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering dilihat menjadi mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut.
Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.
Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan segai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.
Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung.
Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.
Fokus Soalan Novel SPM 2009
2. Perbandingan antara watak utama
3. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama
4. Peranan watak
5. Binaan Plot-5P
6. Teknik Plot
7. Jenis watak
8. Keistimewaan watak
9. Unsur suspens
10. Cara pengarang menggambarkan watak
11. Cara pengarang menggarap nilai
12. Persoalan tentang kasih sayang dan tangungjawab yang terdapat dalam novel.
13. Faedah mempelajari novel
Fokus Soalan Tatabahasa SPM 2009
3(b) Soalan tentang cakap ajuk/pindah/ ayat aktif/pasif/susunan ayat
3(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
3(d) Kesalahan Kata/istilah dan Kesalahan Tatabahasa
3(e) Mengemukakan peribahasa yang sama maksud / bina ayat
KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH
Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.
PEMAHAMAN ANNYSS SOPHILLEA
Setelah menembak Strenn, Akmal tumbang. Perkara tersebut berlaku kerana di Alstonia orang yang membunuh akan mati bersama-sama orang yang dibunuh.
2. Pada pendapat anda, mengapakah Akmal bertindak menembak Strenn?
Pada pendapat saya, Akmal bertindak menembak Strenn kerana Akmal bimbang Eyrique akan tewas. Akmal berusaha untuk menyelamatkan nyawa Eyrique dan sanggup berkorban demi persahabatannya dengan Annyss. Akmal juga bertindak menembak Strenn kerana dia merupakn seorang yang jahat/kejam/sombong.
3. Huraikan dua nilai kemanusiaan berdasarkan petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam cerpen tersebut.
Nilai kemanusiaan dalam petikan ialah tolong menolong. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Akmal membantu Eyrique . Nilai kedua dalam petikan ialah nilai keberanian. Nilai ini ditunjukkan melalui tindakan Akmal berani menembak Strenn. Nilai kemanusiaan dalam cerpen ialah nilai kegigihan. Hal ini dibuktikan oleh Annyss yang tabah dalam usaha mencari Eyrique. Nilai kedua dalam cerpen ialah nilai keberanian. Nilai ini digambarkan melalui tindakan Annyss yang berani menggembara ke bumi seorang diri. Nilai kemanusiaan seterusnya ialah amanah. Hal ini ditunjukkan melalui Annyss yang berusaha menunaikan wasiat ayahanda dan bondanya.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan di atas?
Maksud meremangkan bulu tengkuknya berdasarkan petikan ialah Annyss berasa seram/takut.
5. Mengapakah Akmal pergi ke planet Alstonia?
Akmal pergi ke planet Alstonia kerana pada setiap malam dia bermimpi akan Annyss menyebabkan dia berasa seolah-olah terdengar suara Annyss yang memerlukannnya. Akmal juga pergi ke sana kerana sudah seminggu dia dan Annyss tidak berjumpa dan hal ini menyebabkannya berasa canggung kerana ketiadaan Annyss.
6. Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?
Pada pendapat saya, wajar bagi Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana dia ingin bertemu Annyss bagi melepaskan rasa rindu dan menguatkan lagi ikatan persahabatan antara mereka. Akmal juga ingin membuktikan kesetiaan dalam persahabatan dengan cara membantu Annyss.
ATAU
Pada pendapat saya tidak wajar Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia kerana Alstonia merupakan negara asing bagi Akmal. Saya berpendapat bahawa Akmal mungkin mengalami pelbagai cabaran di Alstonia di samping terpaksa meninggalkan keluarga di bumi
PEMAHAMAN VIRUS ZEL UNTUK ABAH
1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa ‘Ada keringat dingin’? [2 markah]
Frasa 'ada keringat dingin' bermaksud terdapat peluh sejuk.
2. Pada pandangan anda, mengapakah perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang mendatangkan kesan buruk terhadap manusia? [3 markah]
Pada pandangan saya, perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang mendatangkan kesan buruk terhadap manusia kerana kemungkinan teknologi disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Selain itu, ada kemungkinan berlaku pencerobohan maklumat orang lain, dan pengaksesan bahan-bahan yang berunsur negatif dapat mendatangkan pengaruh negatif terhadap minda golongan remaja.
3. Huraikan tema dan persoalan-persoalan cerpen di atas? [4 markah]
Cerpen ini bertemakan kekeluargaan, iaitu tekanan perasaan seorang remaja akibat perpecahan keluarga. Contohnya, Zel menghadapi tekanan perasaan akibat penceraian ibu bapanya sehinggakan dia mempunyai perasaan dendam kepada bapanya. Persoalan-persoalannya pula ialah persoalan tentang perbezaan status antara suami dengan isteri mencetuskan konflik, iaitu bapa Zel bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah kerana memiliki kelulusan yang lebih rendah berbanding dengan ibunya, seorang usahawan. Persoalan lain ialah tanggungjawab seorang ibu tunggal. Ibu Zel berjaya membesarkan Zel tanpa kehadiaran seorang suami di sisinya. Akhirnya ialah persoalan tentang penyalahgunaan teknologi untuk membalas dendam. Zel berhasrat untuk menceroboh sistem komputer bapanya bagi memusnahkan data di dalamnya.
4. Jika anda ialah Zel, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan perasaan akibat perceraian ibu bapa?
(a) Mendekatkan diri kepada Tuhan - banyak berwirid, mengaji, mendalami ilmu agama
(b) Mencari teman untuk berkongsi masalah - kaunselor/ ustaz/ rakan sebaya
(c) Melakukan aktiviti berfaedah - sukan dan rekreasi/ melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan/kerja amal
(d) Bersikap positif terhadap ujian yang menimpanya - reda kepada ketentuan Ilahi/ kuatkan semangat
5. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan untuk membantu golongan ibu tunggal ?
(a) Mencadangkan mereka menubuhkan persatuan bagi membela nasib ibu tunggal
(b) Memberi bantuan elaun khas bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ibu tunggal
(c) Membuka peluang perniagaan yang lebih banyak kepada golongan ini
(d) Menghantar mereka menjalani kursus untuk meningkatkan "nilai tambah" kepada diri.
6. Pada pendapat anda, mengapakah bidang ICT sangat penting pada masa kini?
(a) Menyimpan data berkaitan perniagaan dengan cara sistematik dan selamat
(b) Mempromosi perniagaan dengan cara efisien melalui laman web, blog
(c) Memperoleh maklumat yang cepat dan berguna untuk menggerakkan perniagaan
(d) Mereka bentuk dan membuat inovasi produk melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang bersumberkan perisian dan perkakasan komputer
7. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dicadangkan untuk merapatkan semula hubungan antara Zel dengan mama dan papanya?
(a) Saling menghubungi melalui kecanggihan ICT - telefon bimbit, e-mel, sidang video
(b) Merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama - contoh : melancong
(c) Bersikap positif dan berprasangka baik antara satu sama lain - elakkan pergaduhan, guna kata-kata kesat
(d) Saling bertukar hadiah dan ucapan pada hari-hari yang bernostalgia seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan
TAJUK-TAJUK SPOT KOMSAS 2009
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Virus Zel Untuk Abah
DRAMA
1. Serunai Malam
2. Kerusi
PROSA KLASIK
1. Sabor
2. Pertarungan Tuah dengan Jebat
SAJAK
1. Duhai Pentafsir
2. Di Ruang Gemanya
3. Anak Lau
t4. Derita Pertama
5. Jalan jalan raya kotaku
PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
3. Pantun Enam Kerat
4. Syair Kelebihan Ilmu
ANALISIS SOALAN PERIBAHASA 2004-2008
- Tiada rotanakar pun berguna
- Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
- Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Tahun 2008 (N)
- Bagai menatang minyak yang penuh
- Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
- Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.
Tahun 2008 (J)
- Mendapat durian runtuh
- Berani kerana benar, takut kerana salah
- Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Tahun 2007 (N)
- Bahasa Jiwa Bangsa
- Bagai dakwat dengan kertas
- Seperti air di dalam kolam
Tahun 2007 (J)
- Bagai kacang lupakan kulit
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Tahun 2006(N)
- Bahasa jiwa bangsa
- Nak seribu daya, tak nak seribu dalih
- Mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Tahun 2006 (J)
- Seperti ular kena palu
- Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Tahun 2005 (N)
- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
- Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
- Ukur baju di badan sendiri
Tahun 2005 (J)
- Seperti ikan pulang ke lubuk
- Muafakat Membawa Berkat
- Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Tahun 2004 (N)
- Bersatu teguh bercerai roboh
- Bagai tanduk diberkas
- Kalah jadi abu, menang jadi arang.
RELAKS KEJAP
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
FAKTOR JEREBU
Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.
Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
(Karangan ini dipetik dan diubah suai daripada karangan yang dihasilkan oleh Tay Kit Huat, Valerie, Jonathan Tam, Charissa Yaw & Choong Sheue Li)
Thursday, September 3, 2009
PECUTAN NOVEL TERAKHIR
1. Imbas Kembali
BK – Sarjan Jamil Mohd. Shah teringat kembali akan peristiwa kedatangan Tucksai dan Ahmeng ke balai polis. Dia teringat cerita mereka berdua dan pandangan Lans Koperal Jidin Omar akan kebenaran cerita itu. Pada masa yang sama, dia teringat akan isteri dan anak-anaknya di Batu Pahat.
KT- Datuk Johari teringat akan perbuatan kejamnya terhadap isteri pertamanya pada malam perkahwinan mereka ketika Pak Karim membongkar identiti sebenar Hilmi. Hilmi merupakan anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari sempat menjalinkan hubungan dengan isterinya walaupun dia tahu bahawa dia akan meninggalkan isterinya itu.
2) Saspens
BK – Peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong oleh 200 orang pengganas komunis pada 23 Februari 1950 menimbulkan saspens dan tanda tanya sama ada pihak komunis berjaya atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk pihak komunis menewaskan 18 orang anggota polis kerana pertempuran ini memakan masa selama 4 jam. Pertanyaan pembaca terjawab apabila anggota polis kita tewas dengan penuh maruah bangsa.
KT – Hilmi telah merosakkan piano Hayati ketika memainkan lagu “Anak Ikan” semasa Hayati sekeluarga tiada di rumah. Akibat kerosakan itu, Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Situasi tegang ini menimbulkan tanda tanya tentang hukuman yang bakal diterima oleh Hilmi. Akhirnya, gaji Hilmi dipotong oleh Datuk Johari sebagai bayaran ganti rugi.
3) Kejutan
BK – Berita kematian Othman yang disampaikan oleh salah seorang anggota polis kepada keluarga Otman telah menimbulkan kejutan kepada keluarga Otman, terutamanya Limah yang sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka. Akibat tekanan itu, Limah meroyan lalu menjadi gila. Pembaca juga terkejut apabila Limah menjadi gila sedangkan Limah seorang yang kuat pegangan agamanya.
KT – Kematian Hilmi memberi kejutan besar kepada Datuk Johari. Akhirnya, Datuk Johari turut meninggal dunia di rumahnya selepas mendapat panggilan dari hospital untuk memaklumkan berita kematian Hilmi sejurus mereka meninggalkan Hospital Kuala Lumpur.
UNSUR SASPENS
BK
Ketika Othman berasa gelisah apabila mendapati isterinya belum pulang dari membeli-belah di pekan Muar, pembaca ingin tahu tentang nasib Limah dan rakan-rakannya. Akhirnya, Othman mengetahui semua barang penumpang diambil oleh komunis dan kemudiannya bas itu dibakar.
Ketika Othman dan beberapa orang rakannya meronda di kawasan kampung, mereka telah menemukan beberapa perkara aneh. Pembaca ingin mengetahui sebab-sebab galah buluh dipancang di beberapa tempat dan sebatang cangkul ditanam. Othman melupakan sahaja kejadian aneh itu tetapi pembaca sudah membayangkan sesuatu kemungkinan buruk akan berlaku.Tucksai dan Ahmeng memperdayakan Sarjan Jamil dengan mengatakan kematian anak Ahmeng yang terjatuh ke dalam perigi. Pembaca berasa saspens akan kemunculan Tucksai dan Ahmeng pada malam itu dan bimbang jika Sarjan Jamil mengikuti rancangan dua lelaki tersebut yang ingin memerangkap dan membunuh Sarjan Jamil.
KT
Hilmi tinggal di rumah Datin Salmah dan Datuk Johari yang mementingkan status. Pembaca ingin mengetahui usaha yang bakal dilakukan oleh Datin Salmah untuk menyingkir Hilmi dari rumah tersebut.
Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung menimbulkan tanda tanya akan tindakan Hilmi itu.
Ketidakmunculan Hilmi pada malam persembahannya di Dewan Tunku Canselor menimbulkan pertanyaan kepada pembaca tentang keadaan Hilmi yang sebenarnya. Hilmi telah jatuh sakit dan pengsan semasa hendak keluar dari rumah. Pembaca juga tertanya-tanya tentang kesudahan persembahan tersebut dengan ketiadaan Hilmi.
KRITIKAN PENULIS TERHADAP KEPINCANGAN YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT
BK
Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai pasukan keselamatan kerana takut akan berlaku perkara yang tidak diingini. Mak Piah, ibu Othman menentang hasrat Othman untuk menjadi polis pada peringkat awalnya.
Anggota masyarakat yg tidak bertanggungjawab kepada negara. Lektuan dan pengganas komunis yang lain mengganggu ketenteraman hidup penduduk di Bukit Kepong.
Segelintir masyarakat yg mudah dipujuk untuk melakukan pembelotan terhadap negara dengan cara menyokong perjuangan pihak tertentu. Sikap Madera yang sanggup bersekongkol dengan pihak musuh membawa kepincangan dalam masyarakat.
KT
Masyarakat Melayu yg mementingkan status sehingga sanggup menghina orang lain – Datin Salmah menghina Hilmi yg merupakan anak saudaranya semata-mata kerana Hilmi miskin.
Masyarakat sibuk sehinggakan mengabaikan keluarga – Datin Salmah sentiasa sibuk dengan tugas sosial dengan kawan-kawannya sehinggakan tiada masa untuk menguruskan hal rumah tangganya.
Masyarakat yg jahil tentang agama – Datuk Johari dan Datin Salmah tidak pernah menunaikan solat dan terdapat bar mini di rumahnya.
Masyarakat yg mementingkan kemewahan dan kebebasan hidup – Azizah bertindak meninggalkan Hilmi akibat berasa terkongkong oleh tugas suri rumah.
NILAI MURNI
1. Keberanian
BK – Sebanyak 18 orang anggota polis berani menentang pengganas komunis sebanyak 200 orang.
KT – Hilmi berani dalam membuat keputusannya untuk meninggalkan rumah Datuk Johari tanpa mengetahui hala tujunya selepas itu.
2. Kerjasama
BK – Penghulu Ali dan pasukan AP bekerjasama dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong
KT – Mamat sentiasa memberi kerjasama kepada Hilmi apabila Hilmi memerlukan pertolongan – memperkenalkan Hilmi kepada Encik Bakar dan mempertemukan Hilmi dengan Hayati sebelum Hayati mengikuti suaminya, Mohsin ke London.
3. Berdikari
BK – Othman yang berusia 19 tahun telah memohon untuk memasuki pasukan polis kerana tidak mahu bergantung hidup dengan ibu bapanya.
KT – Hilmi berdikari dengan mencari pekerjaan di bandar dan sanggup meninggalkan keluarganya di kampung. Akhirnya, Hilmi bekerja sebagai seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.
4. Hormat-menghormati
BK – Othman menghormati keputusan ibu bapanya yang ingin mengahwinkannya dengan gadis pilihan mereka, Limah
KT – Hayati menghormati keputusan ibunya yang ingin menjadikan Mohsin sebagai suaminya
SEBAB KONFLIK DITIMBULKAN
1. menjadikan jalan cerita lebih menarik
BK – konflik antara anggota polis dengan pengganas komunis
KT – konflik antara Datin Salmah dengan Hilmi tentang hubungan Hilmi dengan Hayati
2. memanjangkan cerita
BK – konflik semasa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong yang memakan masa hamper 4 jam menjadikan jalan cerita menjadi panjang
KT – konflik Hilmi dengan Datin Salmah dan Datuj Johari berakhir apabila mengetahui bahawa Hilmi anak kandung Datuk Johari.
3. menyebabkan plot berjalan lancar
BK – Konflik yang dihadapi oleh Othman berlarutan sehingga akhir cerita yang berakhir dengan ketidakwarasan isterinya dan kaki kirinya terpaksa dipotong.
KT – Konflik Hilmi dengan Datin Salmah dan konflik Hilmi dengan Azizah
4. menguji perwatakan watak utama
BK – Othman menghadapi konflik dengan berani dan tabah
KT – Hilmi berjaya menghadapi konflik dengan tabah dan akhirnya menjadi seorang pemuzik terkenal
KEGIGIHAN WATAK UTAMA
BK
1. gigih menghadapi tentangan daripada ibu yang tidak membenarkan anak menjadi anggota polis – Othman bertegas untuk menghadiri temu duga tanpa memberitahu ibu bapanya
2. gigih menyelesaikan masalah apabila dilarang membawa isteri bertugas di tempat lain – Othman memujuk isterinya yg sedang sarat mengandung agar pulang ke Kulim sebelum dihantar bertugas di BK
3. gigih mencari isterinya yang tidak pulang – Othman mencari isterinya dengan menyusur hutan Pagoh
KT
1. gigih mencari pekerjaan walaupun tidak memiliki pendidikan yang tinggi – Walaupun sekadar bersekolah Melayu darjah empat, Hilmi tidak takut untuk berhijrah ke bandar untuk mengubah hidupnya
2. gigih dalam melakukan kerja – Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari dengan gigih walaupun sering dihina oleh Datin Salmah
3. gigih mengembangkan bakat – Hilmi gigih belajar muzik daripada Encik Bakar untuk mengembangkan bakatnya sebagai ahli muzik
4. gigih mengekalkan kejuaraan – Hilmi berjaya mengekalkan kejuaraannya di Pesta Muzik selama tiga tahun berturut-turut walaupun menghadapi masalah rumah tangganya dan kematian bapa mentuanya yang juga merupakan guru muziknya.
GAYA BAHASA
BK
Istilah kepolisan – “EPC”, “jungle squad” dan “combat”
simpulan bahasa – “…dua orang rakan pengganas komunis itu membuka langkah seribu…”
hiperbola – “…isteri muda itu cuba menepis setiap kali hujung laras senjata itu dibenamkan ke dadanya,,,”
KT
peribahasa – “hangat-hangat tahi ayam” dan “biang keladi”
ayat yang pendek – “Dia tergamam” dan Hilmi kecewa.
metafora – “warna perlindungan” dan “tasik matanya”
PERISTIWA TELADAN
BK
Kejadian penahanan bas yang dinaiki oleh Limah dan rakan-rakannya dari Muar ke Pagoh – menunjukkan betapa pentingnya kita menghargai keamanan yang memudahkan kita bergerak ke mana-mana dengan selamat
Serangan Rumah Pasung Bukit Kepong – kegigihan dan semangat kerjasama memungkinkan kita memperoleh kejayaan
Kehidupan Othman yang melarat selepas berhenti dari pasukan polis – kita perlu berhemat ketika memperoleh wang untuk bekalan masa depan dan kerajaan pula wajar mengenang jasa pahlawan negara.
KT
Kesukaran Hilmi mendapatkan pekerjaan kerana berkelulusan rendah – pentingnya kelulusan yg tinggi untuk memperoleh pekerjaan yang baik
Pujian terhadap tanaman Hilmi yang subur – kita perlu bekerja dengan bersungguh-sungguh supaya orang menghargai jasa kita
Kemunculan Hayati untuk membantu dalam memimpin Orkes Perdana di Dewan Tunku Cansaelor sebagai pengganti Hilmi – kita perlu saling menolong antara satu sama lain.
Tuesday, September 1, 2009
PERIBAHASA DALAM KARANGAN
2. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.
3. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
4. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.
5. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak.
6. Maka, di mana ada gula, di situ ada semut.
7. Cendekiawan berpendapat bahawa, konsep “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” gagal diaplikasikan dalam kalangan
8. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
9. Dengan itu, tepuk dada, tanya selera.
10. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
11. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur di hujung tanduk.
11. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
12. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.
13. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.
KESALAHAN TATABAHASA DALAM KARANGAN
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)
3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.
4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……
6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…
7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Sepatutnya : ….. mempunyai pilihan yang banyak…/ banyak mempunyai pilihan
9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.
13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……
15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…
18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.
21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.
Kesimpulannya:Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.