(1)
CERPEN
PENANGGUNGAN
Petikan
1
Beberapa minit kemudian, mereka terpegun
melihat Masnah mengerang. Dia bergerak............Malangnya masing-masing ada
dengan penyakitnya." (m.s.163)
i.
Mengapakan
isteri Kapten Mamat menyangka bahawa Masnah dirasuk polong? [2m]
-
Muka Masnah terlalu pucat
-
Mata Masnah liar
ii. Sekiranya anda ialah Kapten Mamat, apakah
bantuan yang yang akan anda berikan kepada Masnah dan anak-anaknya? Berikan
tiga contoh bantuan tersebut.
-
bantuan kewangan untuk meringankan beban Masnah
-
bantuan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah anak-anaknya
-
bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian.
i.
Huraikan
satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Nilai murni dalam petikan;
-
Baik Hati
Cth:
Kapten Mamat berjanji akan memastikan Masnah dan anak-anaknya tidak akan disia-siakan.
Nilai
dalam keseluruhan cerpen;
-
Prihatin
Cth: Kapten Mamat begitu prihatin akan nasib
isteri dan anak-anak
pekerja yang ditimpah kemalangan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
“Abang Mat lupa…. “Engkau dan anak-anak
akan dibayar pampasan.” (m.s.160)
i. Apakah
kata-kata semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk menyedarkan Mas
tentang kematian suaminya? [2m]
Kata-kata
semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk menyedarkan Mas tentang
kematian suaminya ialah:
-
Kematian Baharum adalah suatu pengorbanan
-
Kecintaan Baharum terhadap negara amat tinggi
-
Bahrum sanggup berkhidmat untuk bangsa dan
negara
ii.
Pada
pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja yang
berkhidmat di dalam kapal? [3m]
Antara
cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja yang berkhidmat di dalam kapal
ialah:
-
Berada di laut dalam tempoh masa yang lama
-
Terpaksa meninggalkan/ berjauhan daripada
keluarga
-
Sentiasa berhadapan dengan bahaya/ risiko
-
Persekitaran kerja yang kurang selesa
iii. Berikan
satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Pengajaran yang terdapat dalam
petikan cerpen ialah:
-
Kita hendaklah sedar bahawa hidup mati seseorang
telah ditentukan oleh Allah.
Contohnya,
Kapten Mamat menjelaskan kepada Masnah bahawa ajal Baharum telah ditetapkan
oleh Allah.
Pengajaran yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen ialah:
- Kita
hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Kapten Mamat berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masnah.
Terima kasih cikgu...:-D
ReplyDeleteDoakan kami batch 98 dapat result SPM meletup
Terima kasih cikgu...:-D
ReplyDeleteDoakan kami batch 98 dapat result SPM meletup