GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
Hendak
pandai menghargai masa,
Jangan
dinanti esok lusa.
Ketekunan
akan membawa kejayaan,
Kegigihan
bekerja dengan keupayaan.
Wajah ceria
keseronokan bekerja,
Usah berduka
bermuram durja.
Hidup dalam
kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak
dengan penuh kebijaksanaan.
Ketinggian
peribadi jadi amalan,
Ketelusan
hati jadi bekalan.
Kekuatan
sifat baik hati,
Bertimbang
rasa dan bersimpati.
Pengaruh
kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk
jadikan sempadan.
Menjadi
kewajipan menjalan tugas,
Walaupun
sederhana tetapi tegas.
Kebijaksanaan
berhemat perlu diutama,
Tidak
membazir teliti saksama.
Keutamaan
kesabaran fikiran tenang,
Perkara
susah menjadi senang.
Peningkatan
bakat diberi sokongan,
Tunjukkan
kebolehan jadikan dorongan.
Nikmat
mencipta budaya kreatif,
Kembangkan
bakat semoga aktif.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi, seseorang perlulah
memiliki dan mengamalkan beberapa sifat baik. Berdasarkan gurindam nyatakan
sifat-sifat tersebut. [3M]
Sifat baik
seorang pekerja :
-
menghargai masa
-
tekun dan gigih bekerja
-
tidak membazir
-
teliti / adil dan saksama
-
sabar / tenang
-
tunjukkan kebolehan ikut kemampuan
(ii)
Apakah
nasihat penyair kepada mereka yang berbakat? [3M]
-
memberikan tunjuk ajar kepada orang lain
-
meningkatkan bakat yang ada supaya lebih maju
-
jangan bersikap sombong dengan bakat yang ada
(iii) Berdasarkan
gurindam tersebut, nyatakan tiga ciri penting untuk melahirkan pekerja
cemerlang. [3M]
-
bijak menghargai masa
-
gigih ketika menjalankan tugas yang diamanahkan
-
mempunyai perasaan gembira ketika bekerja
(iv)
Apakah
kebaikan nilai kesabaran dalam gurindam tersebut? [2M]
-
fikiran menjadi tenang
-
pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah
-
keputusan yang dibuat tidak mengikut perasaan
Soalan berdasarkan maksud
(i)
Berikan maksud
‘perkara susah menjadi senang’. [2M]
-
sesuatu hal/ masalah / kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah
(ii)
Berikan maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas”. [2M]
Maksud rangkap pertama - masa yang ada
hendaklah digunakan dengan sebaik-
baiknya dan jangan membazirkan masa
(iii) Berikan maksud rangkai kata 'baik buruk dijadikan sempadan'. [2M]
-
perkara yang elok atau tidak menyenangkan perlu dijadikan panduan hidup.
(iv) Berikan maksud ‘Pengaruh kepimpinan melalui teladan, baik buruk jadikan sempadan’.
[2M]
Maksud - Seseorang
pemimpin menjadi teladan kepada orang lain, setiap kejadian dapat dijadikan panduan
hidup
(v)
Apakah
maksud baris ‘jangan dinanti esok lusa’?. [2M]
Maksud - usah
/ tidak bertangguh
(vi)
Apakah
maksud ‘ketelusan hati jadi bekalan’?
[2M]
Maksud - kejujuran
sebagai amalan hidup
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)
(i) Pada pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pekerja
untuk mendapat nikmat keseronokan bekerja? [3M]
Cara-cara
untuk mendapat nikmat keseronokan bekerja:
-
menanam minat kepada kerja / tugas
-
menganggap kerja sebagai ibadat
-
bergaul dengan semua orang / tidak sombong
-
sentiasa jujur dan ikhlas
(ii) Pada
pendapat anda, mengapakah kita dilarang menangguh-nangguhkan pekerjaan yang
telah diamanahkan kepada kita? [3M]
-
untuk mengelakkan berlakunya kerugian
-
agar kerja yang dilakukan tidak bertimbun / tidak menjadi beban / dapat
diselesaikan dengan segera
-
agar tidak membazirkan masa
-
kita tidak tahu apakah yang berlaku pada masa hadapan yang menghalang
kita untuk bekerja.
-
untuk menghindari sifat tidak bertanggung jawab / tidak
berdisiplin dalam pekerjaan / tidak mematuhi waktu bekerja @ peraturan kerja
-
untuk menghindari sifat pemalas
- untuk mengelakkan bekerja pada saat akhir yang akan menjejaskan kualiti
kerja / produktiviti
(iii)
Sekiranya
anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap
dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3M]
Ciri-ciri
kepimpinan yang dapat diteladani oleh rakyat:
-
bersikap amanah dalam menjalankan tugas
-
cekap dalam menjalankan tugas
-
berilmu tinggi
-
berakhlak baik/ mulia
-
mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas
-
memimpin ke arah kebaikan sejagat
-
berintegriti dan berlaku adil
-
tidak mementingkan diri sendiri
-
bertanggungjawab kepada orang yang dipimpin
-
tidak egois dan sombong
-
bertimbangrasa
(iv)
Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai masa?
Kita perlu
menghargai masa kerana masa yang lepas tidak akan berulang lagi. Kita perlu
menghargai masa agar kita tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan. Dengan
menghargai masa, kita dapat menyiapkan kerja kita dengan lebih sempurna.
(v)
Sekiranya
anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap
dapat diteladani oleh rakyat bawahan?
-
bersikap amanah dalam menjalankan tugas;
-
bertindak adil dalam mengambil sesuatu tindakan;
-
cekap dalam menjalankan tugas.
(vi)
Mengapakah
bakat yang ada harus dikembangkan?
-
agar kebolehan diri dapat dikenal pasti;
-
dapat menjadi haluan kepada kerjaya masa hadapan;
-
untuk menunjukkan potensi diri agar dapat dinilai oleh orang lain.
(v)
Berikan
pandangan anda tentang cara-cara untuk menjadi insan yang cemerlang.
-
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan;
-
sentiasa berfikiran positif;
-
bijak dalam mengambil sesuatu tindakan.
(vi)
Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu bergembira semasa bekerja?
-
agar tidak mengalami tekanan perasaan atau stres;
-
supaya waktu bekerja berlalu dengan cepat;
-
dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.
(vii) Sikap berjimat cermat perlu ada pada seseorang pekerja. Jelaskan.
-
untuk mengelakkan berlakunya amalan membazir;
-
barangan yang dibeli haruslah mengikut keperluan;
-
wang yang dijimatkan dapat digunakan pada masa depan;
-
dapat memaksimumkan keuntungan syarikat atau jabatan.
(viii)
Pada
pendapat anda, apakah kesan buruk amalan suka menangguhkan kerja?
-
akan hilang kepercayaan orang ramai atau pelanggan;
-
kerja tidak dapat disiapkan mengikut jadual;
-
akan menimbulkan masalah kepada orang ramai.
(ix)
Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap sabar dalam menjalankan tugas?
[3M]
Sebab-sebab:
- hasil kerja lebih berkualiti
- hasil kerja lebih berkualiti
- tidak
melakukan sebarang kesilapan
- tidak
membazir masa / tenaga
(x)
Pada pendapat
anda, mengapakah seseorang itu perlu mempunyai keperibadian mulia dalam kehidupan.
Berikan tiga sebab. [3M]
Sebab-sebab:
- sentiasa mengamalkan nilai baik
- sentiasa mengamalkan nilai baik
- dihormati
/ dipandang mulia
- jujur /
amanah dalam menjalankan tugas
- mendapat
keberkatan hidup
(xi)
Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh
orang bawahannya. [3M]
Ciri-ciri:
- tidak sombong
- tidak sombong
- sedia
mendengar pendapat orang lain / berfikiran terbuka
- bekerja
bersama-sama pegawai bawahan
- menjaga/
mengambil berat kebajikan pekerja
- bijak
menyelesaikan masalah
Soalan berdasarkan aspek KOMSAS
(i) Nyatakan
tiga pengajaran yang boleh diambil daripada Gurindam Tonggak Dua Belas. [3M]
Pengajaran
daripada gurindam:
- Kita hendaklah bijak menguruskan masa. Contoh: tidak bersikap suka menangguhkan kerja
- Kita hendaklah tekun dan gigih melaksanakan tugas. Contoh: melakukan kerja yang diamanahkan
dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
-
Kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan. Contoh: tidak terburu-buru dalam tindakan
dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat.
(ii) Huraikan dua nilai murni dalam gurindam. [4M]
-
Kesederhanaan – mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan
-
Kebijaksanaan – bertindak dengan bijaksana
-
Ketelusan – peribadi yang baik dijadikan amalan
-
Baik hati – sentiasa bertimbang rasa dan bersimpati
(iii) Nyatakan bentuk gurindam di atas. [4M]
Bentuk
gurindam:
-
Puisi terikat/ tidak bebas
-
Mempunyai 12 rangkap
-
Setiap rangkap mengandungi 2 baris
-
Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
-
Suku kata antara 9 hingga 15 suku kata. Contohnya: Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa iaitu 9 suku kata dan Ke/bi/jak/sa/na/an
ber/he/mat per/lu di/u/ta/ma iaitu 15 suku kata sebaris
-
Rima akhir aa. Contohnya :
Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif
(iv) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam
puisi tersebut. [4M]
Persoalan;
- persoalan menghargai / menepati masa dalam menjalankan tugas - Contoh:
tidak bersikap suka menangguhkan kerja
- persoalan kegigihan bekerja demi
mencapai kejayaan - Contoh: melakukan
kerja yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- persoalan kebijaksanaan dalam
membuat keputusan - Contoh: tidak
terburu-buru dalam tindakan dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat.
i love you madam:)
ReplyDeleteGood stuff
ReplyDeletecikgu, boleh cikgu tolong memberikan karangan contoh tentang 'kepentingan semangat berjiran'? terima kasih banyak banyak...
ReplyDeletecikgu, boleh cikgu tolong memberikan karangan contoh tentang 'kepentingan semangat berjiran'? terima kasih banyak banyak...
ReplyDeleteTerima Kasih Cikgu!
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU. HANYA ALLAH YANG AKAN MENGGANJARKANNYA.
ReplyDeleteCikgu, boleh cikgu tolong memberikan contoh ringkasan tentang kebaikan berpeluh.
ReplyDelete