(1)
CERPEN
IDOLA
Petikan 1
“Apakan daya aku hanya si penjaga
panggung,… “Setiap malam aku menyusun mimpi….(m.s.147)
(a)
Berikan maksud ‘menampilkan
kejantanan’. [2m]
- Mempamerkan sifat-sifat kelelakian
(b) Pada
pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan
hidupnya? [3m]
- Melakukan kerja sampingan
- Belajar
lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik
- Meningkatkan kemahiran diri dalam
bidang yang diminati seperti lakonan
(c) Huraikan
satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen. [4 m]
Nilai
dalam petikan:
-
Amanah:
Cth: Si penjaga panggung mengemas
panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja persembahan tamat pada setiap malam.
Nilai
dalam keseluruhan cerpen:
-
Bertanggungjawab
Cth: Si penjaga panggung
bertanggungjawab menjaga panggung
-
Merendah
diri
Cth:
Hero tidak sombong walaupun sering dipuji oleh penonton
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
Pada suatu petang,…. “Tapi … tapi saudara
memang benar-benar hebat….(m.s.149)
(a) Apakah
tujuan si penjaga panggung datang ke panggung walaupun dia tidak bertugas waktu
itu? [2 m]
- Untuk bertemu dengan si hero
(b) Pada
pendapat anda, mengapakah seseorang hero sering dikagumi oleh para
penonton? [4 m]
- Hero itu seorang yang gagah
- Hero itu seorang yang baik hati
- Hero itu seorang yang tampan
- Hero sering berjaya menumpaskan
kejahatan
(c) Huraikan
satu perwatakan si hero yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan si hero
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 m]
Perwatakan
yang terdapat dalam petikan:
- Seorang
yang merendah diri:
Cth: Hero menganggap lakonannya
tidak seberapa dan tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung
Perwatakan
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:
-
Seorang
yang berbakat
Cth: Hero berbakat besar dalam
lakonan sehingga dikagumi para penonton
- Seorang
yang amanah
Cth: Si hero menjaga mutu lakonannya
kerana sedar pengarah memberi kepercayaan kepadanya
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 3
"Misalkan saja saudara minat
memancing…. Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.
(m.s.151)
i.
Apakah maksud terkesima?
(2 m)
- tercengang / termangu-mangu /
hilang akal
ii. Mengapakah si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji
dirinya? (3m)
Sebab si
hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya ialah dia menjadi hero
atas tuntutan lakonan, bukannya kerana minat. Selain itu, hero juga mengatakan
supaya penjaga panggung tidak terkesima akan sesuatu yang lahirnya tampak
cemerlang dan cerlang sinarnya.
iii. Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi golongan
pelakon dan penyanyi mengikut pandangan anda (4 m)
Masyarakat
mengagumi pelakon dan penyanyi kerana penampilan mereka yang bergaya dari segi
bakat dan persembahan yang ditampilkan semasa beraksi. Selain itu, masyarakat
menganggap kehidupan pelakon dan penyanyi yang sentiasa mendapat liputan media
untuk tatapan peminat yang mahu mengikuti perkembangan karier dan kisah hidup
di luar bidang persembahan mereka.
iv.
Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran
daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas. (4 m)
Pengajaran daripada petikan ialah kita tidak
sehajarnya memuji seseorang artis secara keterlaluan. Hero bangsawan telah menasihati penjaga panggung supaya memuji diri
sendiri, iaitu memberi fokus terhadap kenyataan hidup diri sendiri. Pengajaran daripada
cerpen ialah kita hendaklah sentiasa amanah dalam tugas. Si penjaga panggung
seharusnya terus membuat kerja seperti biasa, dan tidak bertindak membalingkan
kerusi ke dinding panggung semata-mata menurutkan kata hatinya yang ingin berubah.
No comments:
Post a Comment