PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)
Terang
bulan terang dipaya,
Anak
kambing memakan rumput;
Jika
tak kenang kepada saya,
Nama
yang baik tidak disebut.
Anak
merak mati tersangkut,
Mati
dipanah Seri Rama;
Resam
di dunia juga disebut,
Orang
yang mati meninggalkan nama.
Anak
itik terenang-renang,
Air
pasang tenang-tenangan;
Budi
sedikit bila kan hilang,
Itu
menjadi kenang-kenangan.
Anak
ikan berlima-lima,
mati
ditimpa punggur berdaun;
Kasih
tuan saya terima,
Sebagai
hutang seribu tahun.
Soalan berdasarkan maksud:
(i) Nyatakan maksud rangkap kedua dalam pantun di
atas? [2M]
- Maksud rangkap kedua dalam pantun di atas ialah mengikut adat di dunia mereka yang berbudi akan sentiasa di kenang walaupun telah meninggal dunia
(ii) Berikan maksud ‘nama yang baik tidak tersebut’. [2M]
- Maksud: Seseorang yang melakukan kebaikan/kebajikan tidak akan dilupakan/akan dikenang/disebut-sebut/diingati
(iii) Berikan maksud ‘resam di
dunia’.
- Maksud ‘resam di dunia’ ialah adat kehidupan.
******************************************************************************
Soalan berdasarkan
petikan
(i)
Nyatakan dua kelebihan orang yang berbudi dalam pantun di atas. [2M]
Dua
kelebihan:
* Namanya disebut-sebut/dikenang
* Meninggalkan nama yang baik setelah
meninggal dunia
* Namanya disanjung walaupun budinya
sedikit
* Orang yang makan budi akan terasa
seperti berhutang sepanjang hidup
(ii) Nyatakan tiga kepentingan budi
yang baik terhadap seseorang. [3M]
Kepentingan
budi yang baik:
* menjadi kenangan orang lain
* disebut hingga ke mati
* dianggap sebagai hutang oleh si penerima
budi
*****************************************************************************
Soalan berdasarkan
pendapat
(i) Pada
pendapat anda, mengapakah masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas?
Berikan 3 sebab. [3M]
Pada
pendapat saya, masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas adalah kerana
ada segelintir daripada mereka bersifat materialistik, iaitu mereka
mengharapkan ganjaran setelah menabur budi. Selain itu, ada juga antara
masyarakat kini yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh sehingga hilang
nilai keikhlasan hati. Sebab lain ialah ada ibu bapa yang tidak menerapkan
nilai-nilai keikhlasan hati dalam diri anak sejak kecil lantaran kesibukan
kerja menyebabkan masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas.
(ii) Pada pendapat anda, apakah
kebaikan berbudi akan sentiasa disanjung
tinggi? [3M]
Pendapat:
* Dipandang mulia dalam budaya masyarakat
Malaysia
* Dapat
membantu menyelesaikan pelbagai masalah
* Mendapat pahala
* Mengeratkan hubungan sesama manusia
* Disukai orang lain
(iii)
Pada pendapat anda, apakah bentuk sumbangan yang dapat kita hulurkan kepada masyarakat? [3M]
Pendapat:
* Tidak mengganggu ketenteraman orang lain
/ masyarakat sekitar
*
Sentisa memberikan kerjasama dalam
kerja-kerja amal di kawasan tempat tinggal
* Menghulurkan bantuan sama ada tenaga atau material kepada
mangsa-mangsa musibah / bencana alam
*
Mencurahkan ilmu kepada masyarakat
sekitar
* Menderma
*
Menyumbangkan tenaga / menjadi jurulatih
dalam kegiatan sukan
(iv) Pada pendapat anda, mengapakah
masyarakat sekarang tidak mementingkan amalan berbudi? [3M]
Pendapat:
* Mereka mampu menyediakan semua keperluan untuk diri dan
keluarga
*
Mereka mendapatkan pertolongan daaripada
sesuatu pihak dengan cara membayar
upah
* Mereka lebih memikirkankan status /
taraf untuk memohon pertolongan / budi daripada orang lain
* Mereka lebih bersikap keakuan / mementingkan
diri sendiri
(v)
Jelaskan
dua cara anda membalas budi baik seseorang. [4M]
Salah
satu cara saya membalas budi baik seseorang ialah saya akan mengucapkan
terima
kasih supaya dia berasa dihargai. Selain itu, saya akan berdoa agar orang
berkenaan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
******************************************************************************
Soalan berdasarkan
aspek komsas
(i) Nyatakan persoalan berdasarkan pantun di
atas. [4M]
Persoalan
berdasarkan pantun:
* Persoalan orang yang berbudi akan
sentiasa dikenang
*
Persoalan mereka yang berbudi akan
meninggalkan nama walaupun telah meninggal dunia
* Persoalan budi yang ditabur tetap
menjadi kenangan walaupun sedikit
* Persoalan budi yang ditabur tidak
terbalas walaupun seribu tahun
(Tidak perlu dihuraikan kerana kata
kunci soalan ‘Nyatakan’. Bilangan isi berdasarkan markah)
(ii) Huraikan dua pengajaran yang
terdapat dalam pantun ini. [4M]
Pengajaran:
* Kita haruslah mengenang budi kepada orang yang berbudi kepada kita. Nama orang yang berbuat baik akan disebut-sebut orang.
*
Kita haruslah senantiasa berbuat baik
supaya dapat meninggalkan nama baik. Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia,
orang yang berbuat baik akan meninggalkan nama baik selepas meninggal dunia.
* Kita hendaklah mengenang budi orang yang menabur budi
kepada kita walaupun budi yang
ditaburkan itu sedikit. Walaupun budi
yang ditabur hanya sedikit namun tetap akan dikenang.
* Kita
wajar berbudi untuk membentuk
masyarakat yang berkasih sayang. Berbudi
dapat menerapkan kasih sayang yang berpanjangan.
(iii) Huraikan dua persoalan yang
terdapat dalam pantun ini. [4M]
Persoalan:
* Kelebihan berbuat baik kepada seseorang - Nama orang yang berbuat baik akan
disebut-sebut orang walaupun sudah meninggal dunia.
* Budi yang sedikit tetap dikenang - Walaupun budi yang ditabur hanya sedikit
namun tetap akan dikenang
* Budi sangat berharga dalam masyarakat - Berbudi
dapat melahirkan masyarakat yang penyayang
(iv) Huraikan dua nilai murni yang
terdapat dalam pantun ini. [4M]
Nilai-nilai
murni:
* Baik hati – Seseorang yang baik hati akan sudi menghulurkan pertolongan terutama
kepada orang yang memerlukannya.
*
Keikhlasan – Seseorang yang membantu / memberi pertolongan tanpa memikirkan balasan.
* Mengenang budi – Seseorang yang sentiasa mengingati budi yang ditaburkan dan cuba membalasnya.
No comments:
Post a Comment