SOALAN 1
Berdasarkan sebuah novel yang telah
anda pelajari, jelaskan satu watak sampingan lelaki dan perwatakannya. (7
markah)
JAWAPAN 1 :
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu
novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib, terdapat satu
watak sampingan lelaki. Watak sampingan tersebut ialah Pak Saidi.
Pak Saidi mempunyai seorang isteri
yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad
dan Amarullah. Pak Saidi tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai
pesawah.
Perwatakan Pak Saidi adalah seorang
ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Sebagai contoh, Pak Saidi
tidak mahukan anak-anaknya ketinggalan dalam arus pendidikan semasa. Beliau
mahu masa depan menjadi lebih baik. Oleh itu, Pak Saidi menghantar anak mereka ke sekolah aliran Inggeris walaupun
beberapa orang penduduk kampung membantah perbuatannya.
JAWAPAN LAIN:
1. Seorang ketua keluarga yang pandangan jauh.
Contohnya, Pak Saidi berpandangan bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya
setakat sekolah rendah sahaja. Sekiranya bersekolah aliran Inggeris,
anak-anaknya berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan ke sekolah
tinggi. Mereka berpeluang menjawat jawatan yang tinggi. Bagi Pak Saidi,
anak-anak perlu dilengkapi ilmu pengetahuan kerana mereka bakal mentadbir
negara ini pada masa akan datang.
2. Seorang ayah yang penyayang. Contohnya, Pak
Saidi mengajarkan anak-anaknya seni mempertahankan diri untuk anaknya
melindungi diri sendiri daripada sebarang ancaman dan bahaya. Pak Saidi juga
tidak lupa mendoakan anak-anaknya supaya mereka berbakti kepada agama
dan bangsa.
3. Seorang yang berani. Sebagai contoh, kematian
Leftenan Adnan masih belum memuaskan Jeneral Yamashita. Oleh itu, dia mengarahkan
Leftenan Renya Mutugachi untuk menjejaki keluarga Leftenan Adnan. Kehadiran
tentera Jepun ke kampungnya telah diketahui oleh Pak Saidi. Pak Saidi sempat
membunuh askar Jepun dengan kerisnya sebelum beliau ditembak mati. Keberanian
Pak Saidi yang luar biasa dapat kepujian daripada penduduk Sungai Ramal.
NOVEL TIRANI – RAIDAH
-
Isteri kepada Fadhil dan ibu kepada dua orang
anaknya, iaitu Ghazi dan Waheeda Nurlyana – seorang yang berbangsa Melayu
Sarawak - seorang ibu yang penyayang. Contohnya, Raidah berusaha dan sanggup pergi ke
Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan
mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Selain itu, Raidah
sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas
penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.
No comments:
Post a Comment