SOALAN
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam
novel tersebut. (7 markah)
JAWAPAN
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Tirani karya
Beb Sabariah, terdapat beberapa latar tempat dalam novel tersebut.
Antara latar tempat yang terkandung dalam novel tersebut
ialah rumah Bazilah di Yishun Street. Waheeda telah menumpang tinggal di rumah
Bazilah semasa dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di
Singapura. Dia menjalani pembedahan ini selepas diserang oleh seekor monyet
Belanda di Chalet Tajau Emas secara tiba-tiba.
Selain itu, terdapat juga latar tempat di Silicon Medical
Center (SMC) yang terletak di Singapura. Waheeda telah menjalani pembedahan
mata dan hidungnya di hospital ini oleh Dr Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata
dan Dr. Averroes iaitu pakar bedah hidung. Pembedahan ini dijalankan selepas
Waheeda diserang oleh seekor monyet Belanda.
LATAR
TEMPAT NOVEL LEFTENAN ADNAN
1.
Warung Pak Samad – Penduduk kampung
sering bertukar-tukar maklumat dan cerita di warung ini. Warung ini juga
menjadi tempat untuk Nordin bermain dam bersama-sama dengan rakan-rakannya.
2. Sekolah Inggeris – Adnan belajar di sekolah ini. Ketika dia belajar di sini, Adnan menunjukkan disiplin
yang baik dan sering mendapat pujian terutamanya daripada Cikgu Anderson.
No comments:
Post a Comment