SOALAN:
Jelaskan dua
persoalan kemasyarakatan berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. (7
markah)
JAWAPAN:
Berdasarkan sebuah
novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib, terdapat persoalan kemasyarakatan dalam novel tersebut.
Antara persoalan
kemasyarakatan yang terkandung dalam novel ini ialah semangat juang yang tinggi
dalam kalangan askar Melayu. Sebagai contohnya, ketika tentera Jepun
melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat kerana
banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan askar Melayu
yang masih bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan
tanah air mereka.
Selain itu, kerjasama
untuk mengukuhkan sistem pertahanan negara juga antara persoalan kemasyarakatan
yang ditonjolkan dalam novel ini. Ketika Leftenan Adnan diarahkan oleh pihak
Inggeris untuk bertugas di Bukit Candu, beliau mendapati tiada persiapan rapi
yang dibuat di sana. Leftenan Adnan telah mengadakan mesyuarat tergempar dan
meminta mereka bergotong-royong menggali parit dan kubu. Leftenan Adnan dan
orang-orang bawahannya turut menebas semak samun dan membaiki pagar duri.
PERSOALAN KEMASYARAKATAN NOVEL TIRANI
1. Kepentingan
menghargai budaya dan warisan negara – Waheeda memilih busana Gajoh Oleng yang
berkonsepkan pakaian tradisi Melayu Sarawak untuk dipakai pada malam
Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa. Selain itu, majlis perkahwinan
Zahid dan Waheeda dilangsungkan dengan penuh adat dan budaya Melayu Sarawak.
2. Sifat
baik hati terhadap orang lain – Bazilah membenarkan Waheeda menetap di rumahnya
di Yishun Street sepanjang tempoh Waheeda menjalani rawatan muka dan hidungnya
di Silicon Medical Center, Singapura.
No comments:
Post a Comment