Saturday, September 3, 2016

REVISI PRAPERCUBAAN SPM - NOVEL 5



SOALAN
Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. (8 markah)

JAWAPAN :

     Selepas membaca novel Leftnan  Adnan Wira Bangsa, terdapat beberapa latar masyarakat yang saya dapati daripada novel ini.

    Antara latar masyarakat ialah masyarakat kampung yang pemurah. Pak Saidi selalu mempelawa penduduk kampung makan buah-buahan di dusunnya. Dia juga selalu memberikan hasil dusun buah-buahannya kepada jiran-jirannya.

      Seterusnya, masyarakat yang mementingkan ilmu juga terdapat dalm novel ini. Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran. Sekolah itu mengajar banyak mata pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Pak Saidi sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah.

      Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berani mempertahankan tanah air. Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. Walaupun Leftenan Adnan telah cedera parah, dia telah melawan tentera Jepun secara berdepan dengan menggunakan bayonet dan menewaskan banyak tentera Jepun.

NOVEL TIRANI

1.   Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan kesluarga – Fadhil membawa anaknya, Waheeda yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara diserang monyet Belanda ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
2.  Masyarakat yang tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga – Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh Zahid.
3.   Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan – Waheeda sabar menangani sifat cemburu buta dan panas  
      baran Zahid yang menuduhnya menggadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

No comments:

Post a Comment