Saturday, September 3, 2016

REVISI PRAPERCUBAAN SPM - NOVEL 7



SOALAN:

Jelaskan dua perwatakan watak utama yang dapat memberikan teladan kepada pembaca berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. (7 markah)

JAWAPAN:

     Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Adnan Wira Bangsa, hasil karya Abdul Latip bin Talib, Leftenan Adnan yang merupakan watak utama telah memaparkan beberapa perwatakan yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

      Antara perwatakan Leftenan Adnan yang dapat diteladani oleh pembaca ialah beliau merupakan seorang anak yang rajin membantu keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan memungut buah durian di dusun duriannya. Di sekolah pula, Adnan terkenal sebagai seorang pelajar yang rajin dan pintar. Beliau telah menjuarai pertandingan pidato dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolahnya. Sikap kerajinan Adnan juga amat dikagumi oleh teman-teman dan guru-gurunya.

     Selain itu, sebagai seorang tentera, beliau memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak jawatan guru pelatih dan memohon jawatan askar. Semasa menjalani latihan ketenteraan, beliau bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota tentera untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebaik-baik mungkin. Ini membuktikan bahawa Adnan merupakan seorang yang bersemangat patriotik.

PERWATAKAN WATAK UTAMA NOVEL TIRANI

1.      Seorang yang cekal dan tabah – cekal dan tabah menghadapi dugaan dan masalah yang berlaku dalam dirinya, kerjayanya serta rumah tangganya yang dibina bersama-sama dengan Zahid.

2.    Seorang yang bijaksana – bijak mengurus masa dengan baik dan berkualiti, iaitu masa untuk menguruskan 
       kerja-kerja Chalet Tajau Emas dan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya, terutama dengan  
       Izzati iaitu anak perempuannya.

No comments:

Post a Comment