SOALAN
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang digunakan
oleh pengarang dalam novel tersebut. (7
markah)
JAWAPAN
Berdasarkan
novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh
pengarang dalam novel tersebut.
Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik
pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus
keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak
seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari
kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu
Selain
itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan
menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi
askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
TEKNIK
PLOT NOVEL TIRANI
- Teknik pemerian – pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan.
Tajau Emas belajar menganyam kelongsong ketupat lepas daripada ibunya ketika dia membaca e-mel
yang dihantar oleh Fatimah.
Nice lah..tq sngat mmbantu
ReplyDeleteTq. Sangat senang buat latihan novel dgn bimbingan puan 👍
ReplyDelete