SOALAN:
‘Bangsa
Membaca Bangsa Berjaya’
Huraikan
kepentingan amalan membaca.
Kehendak soalan
·
Calon perlu menghuraikan kepentingan
amalan membaca
Nasi lemak
buah bidara,
sayang selasih
hamba turutkan;
amalan
membaca banyak faedahnya,
untuk
kegunaan masa hadapan.
Masyarakat
Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan
perasaan yang telah terpahat dalam atma dan sukma mereka.
Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan
seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa
hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat
dengan muatan
cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga
dapat mencetus
kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan
cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman
dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan
keagungan sesebuah bangsa. Sejarah
telah mencatatkan bahawa bangsa yang berjaya antara lain dicirikan oleh
masyarakatnya yang memiliki budaya literasi. Begitu juga sebaliknya. Sesuatu
bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh
mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang mantap. Rakyat Malaysia yang
tidak mengetahui kepentingan amalan
membaca perlulah membudayakan
amalan yang mulia ini yang mengandungi seribu satu kemuliaan yang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Persoalannya, apakah kepentingan amalan membaca?
Sesungguhnya amalan
membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca
dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan
untuk bersaing dalam era globalisasi ini. “Setiap seseorang
daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing,” demikian
mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad
Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun
2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu,
membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah
andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya
daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh
direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea
bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara
formal di sekolah, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi
amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa,
Kosmik dan sebagainya. Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai
jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat
menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan
membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk
kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di
jagatraya ini.
Seterusnya,
mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat
meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja
yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat
mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang
berpengetahuan. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca
merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan
gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Buktinya
kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung
hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang
lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran. Oleh
sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran
dan berkepakaran tinggi. Apabila negara
kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu yang
mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu
bergantung kepada kepakaran luar lagi. Jelaslah bahawa amalan membaca dapat
membekalkan tenaga pakar atau mahir kepada sesebuah negara itu.
Jika
dilihat dari aspek yang lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk berjaya
dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin
malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya, para pelajar tidak mempunyai
kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan sedangkan amalan membaca
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan horizon pemikiran para pelajar.
Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai bibit-bibit minat membaca dalam
diri kerana membaca merupakan wasilah utama kejayaan seseorang pelajar. Sebagi
contoh, adik Nik Nor Madihah telah berjaya memperoleh 20A dalam SPM dengan
membudayakan amalan membaca dalam diari kehidupannya sebagai seorang pelajar.
Meyedari kepentingan membaca dalam kalangan pelajar, pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak sekolah bagi memperkasakan minat membaca dalam kalangan
pelajar seperti mengadakan minggu membaca dan program NILAM. Melalui program NILAM ini jugalah
lahirlah tokoh-tokoh pelajar yang berjaya. Selain berjaya dalam akademik, para
pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam
kehidupan seharian. Ringkasnya,
jelaslah bahawa amalan membaca dapat memberikan pelbagai kemaslahatan
kepada para pelajar untuk berjaya. Sesungguhnya,
menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.
Dengan
membudayakan amalan membaca juga, rakyat yang berpengetahuan luas dalam
sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas
dalam memacu proses
pembangunan negara dapat dilahirkan. Hal ini dikatakan dmeikian
kerana membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang
seiring dengan negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti
Jepun. Di Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka
mampu mencipta teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti
mesin layan diri yang dapat memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam
hidup, telur ayam segar, sayur-sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas.
Kelebihan mesin layan diri ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam
sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu
bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana mesin layan diri ini
juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat
memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan
negara mereka. Jelaslah bahawa amalan merupakan ramuan yang efektif untuk membentuk
masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan
aspirasi negara untuk bertambah maju.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTy cg, smoga semua urusan cg dipermudahkn.
ReplyDeleteTy cg, smoga semua urusan cg dipermudahkn.
ReplyDeletecikgu, kalau panjang perenggan tak sama, sebagai contoh , perenggan isi 10 baris, perenggan penutup 5 baris sahaja, adakah ia akan menjejaskan markah karangan ?
ReplyDeleteCg sy kata ibarat kepala besar kaki kecikk...
DeleteCg sy kata ibarat kepala besar kaki kecikk...
DeleteSelamat sejahtera cikgu.Saya seorang pelajar pt3.Bolehkah cikgu menanda dan menyemak karangan yang saya tulis?
ReplyDeleteCikgu, bolehkan saya minta emel cikgu untuk pertanyaan soalan tentang karangan? email address saya ialah w8229@yahoo.com. terima kasih
ReplyDeleteCikgu sya pelajar tingkatan2 sya kurang idea untuk membuat pidato bertajuk TEKUN MEMBACA MASYARAKAT JAYA
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih atas perkongsian mualamat anda.Melalui karangan ini,beribu-ribu para pelajar merangsang seribu satu kemaslahatan.Perkataan yang digunakan oleh pengarang ini lebih kreatif dan domestik daripada penulis-penulis yang lain di seantero Malaysia.Realitinya,karangan ini memanifestasikan modal insan yang berinteligensia dan berintelektual dalam menulis esei yang gramatis dan relevan.Terima kasih atas perkongsian ilmu.sangat berguna demi kefalahan kita sebagai pengarang kelak.
ReplyDeletesaya suka karangan ini ty
ReplyDelete