SOALAN
Berdasarkan dua
buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu situasi saspens yang
ditimbulkan oleh penulis dan cara penulis menyelesaikan situasi tersebut dalam
setiap novel. (8 markah)
JAWAPAN:
Berdasarkan dua
buah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latib bin Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah, terdapat satu
situasi saspens yang ditimbulkan oleh penulis dan cara penulis menyelesaikan
situasi tersebut.
Dalam novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa, situasi saspens yang ditimbulkan ialah situasi
kehadiran tentera Jepun di Sungai Ramal, Kajang untuk mencari keluarga Leftenan
Adnan sampai ke pengetahuan Pak Saidi. Pembaca tertanya-tanya akan nasib Pak
Saidi yang telah diarahkan untuk memasuki trak tentera Jepun. Penulis
menyelesaikan situasi saspens dengan menunjukkan keberanian Pak Saidi yang
sempat membunuh beberapa orang askar Jepun yang mengiringinya hanya dengan
menggunakan keris sebelum beliau ditembak mati. Pak Saidi juga telah
mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain.
Terima kasih kepada Cikgu atas Maklumat yang sangat terliti.
ReplyDeleteTerima kasik byk byk cikgu
ReplyDeleteTerima kasih wahai murabbi
ReplyDeleteKonten menarik.