SOALAN
Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persoalan kasih sayang
yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
JAWAPAN
Berdasarkan
dua buah novel yang telah saya pelajari, iaitu
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib dan novel Tirani karya
Beb Sabariah, terdapat persoalan kasih sayang.
Dalam
novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, persoalan kasih sayang yang dipamerkan ialah
bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya. Misalnya, Pak Saidi sanggup
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana sekolah itu mengajarkan banyak mata
pelajaran kepada para pelajarnya. Oleh itu, Pak Samad sanggup berbasikal pada
awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah. Walaupun tindakan Pak Samad
ditentang oleh penduduk kampung, dia
tetap menghantar anaknya ke sekolah Inggeris untuk memastikan anaknya mendapat
pekerjaan yang lebih baik.
Dalam novel Tirani pula, persoalan kasih sayang
yang dipaparkan ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya.
Contohnya, apabila Raidah iaitu ibu Waheeda dimaklumkan bahawa Waheeda akan
menjalani sesi pembedahan mata dan hidungnya di Silicon Medical Centre (SMC),
dia membuat keputusan untuk pergi ke Singapura untuk menemani anaknya pada hari
pembedahan itu. Selain itu, Waheeda membesarkan anak kandungnya, Izzati tanpa
bantuan seorang suami kerana suaminya, Zahid telah menceraikannya dengan talak
satu.
No comments:
Post a Comment