Saturday, November 6, 2010

PECUTAN TERAKHIR KOMSAS SPM 2010 (PUISI TRADISIONAL)

1. SELOKA PAK KADUK
(Percubaan MELAKA, SARAWAK ZON C, YAYASAN ISLAM KELANTAN, WILAYAH PERSEKUTUAN, SELANGOR)

(a) Maksud rangkai kata:
- mudik menongkah surut bermaksud pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun
- bayu berpuput bermaksud angin bertiup

(b) Soalan berdasarkan petikan:
Tindakan-tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh Pak Kaduk:
- mempertaruhkan kampungnya sehingga menyebabkan kampungnya tergadai.
- mencurahkan /membuang nasi sehingga dia kebuluran
- mempunyai rumah tetapi dijadikan tempat persinggahan sahaja
- dia sanggup membunuh isterinya sehingga dia hampir tidak makan
- belayar ketika angin tidak bertiup / air surut

(c) Soalan KBKK:
(i) Cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh seseorang:
- perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas / mestilah rajin /gigih
- perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan
- mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain
- belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- mencontohi mereka yang telah berjaya
- belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu
- jangan banyak bersedih / jangan berputus asa / menyerahkan kalah
- berbincang dengan rakan atau keluarga
- bertindak dengan menggunakan akal yang rasional / waras
- mengelakkan tabiat yang bertentangan dengan hukum agama / undang-undang negara

(ii) Cara untuk membina kematangan fikiran:
- belajar /menuntut ilmu
- meningkatkan amalan membaca pelbagai bahan bacaan
- belajar daripada pergaulan dengan orang dewasa dan mengutip pengalaman mereka
- menyertai aktiviti-aktiviti lasak seperti berkayak, mengembara dan sebagainya.

(iii) Perbuatan menolak rezeki ini perlu dihindari kerana:
- supaya tidak dimurkai Tuhan
- sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan
- supaya tidak ditimpa kesusahan
- supaya rezeki akan semakin bertambah

(d) Soalan aspek KOMSAS:

Pengajaran / persoalan dalam seloka:
(I)
Pengajaran: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Persoalan: Sikap suka bertindak terburu-buru
Huraian: Sikap Pak Kaduk yang bertindak terburu-buru mendatangkan masalah kepadanya.

(II)
Pengajaran: Kita hendaklah menghindarkan tindakan yang berlawanan dengan kelaziman.
Persoalan: Tindakan yang berlawanan dengan kelaziman
Huraian: Pak Kaduk mendapat masalah kerana sering bertindak berlawanan dengan kelaziman seperti belayar ketika angin berhenti daripada bertiup / air surut.

(III)
Pengajaran: Kita hendaklah mengelakkan diri daripada berjudi / ditipu akibat terlalu percaya dengan orang lain.
Persoalan: Keburukan berjudi
Huraian: Pak Kaduk sering ditipu akibat terlalu percaya kepada orang lain/berjudi.

(IV)
Pengajaran: Kita hendaklah bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras/ rasional.
Persoalan: Kepentingan bertindak dengan akal yang waras
Huraian: Pak Kaduk yang tidak menggunakan akal yang rasional sering menjadi mangsa keadaan.

(V)
Pengajaran: Kita janganlah membunuh sesama manusia / hendaklah menyayangi sesama manusia.
Persoalan: Keburukan membunuh ahli keluarga / kepentingan sayang akan ahli keluarga Huraian: Sikap Pak Kaduk yang membunuh isteri sendiri menyebabkan dia hampir tidak makan.


2. SYAIR KELEBIHAN ILMU
(Percubaan KEDAH, KELANTAN, N.SEMBILAN, PERLIS, SABAH, SBP, P.PINANG)

(a) Soalan petikan:
Kelebihan ilmu:
- lebih berharga daripada harta dunia / tidak boleh dijual beli
- nilai ilmu terlalu tinggi
- berfaedah di mana-mana sahaja
- manusia berilmu mempunyai kelebihan
- ilmu dapat memberi hiburan
- ilmu dapat menerangkan sesuatu yang tidak jelas
- ilmu juga boleh memberi cahaya apabila kita berada di alam Barzakh menerusi amalan yang
kita lakukan

(b) Soalan KBKK:

(i) Usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu:
- memastikan semua rakyat mendapat pendidikan dengan memperbanyak sekolah di seluruh
negara terutama di kawasan pedalaman
- menggalakkan pendidikan seumur hidup
- melonggarkan syarat-syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan mengenakan
syarat-syarat yang minimum
- mengadakan kempen kesedaran kepentingan ilmu
- mengenakan tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan pendidikan anak-anak
- memberikan bantuan kewangan / biasiswa kepada pelajar yang miskin / tidak berkemampuan
- memupuk budaya ilmu dalam kalangan masyarakat
- menggalakkan penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang

(ii) Cara-cara seseorang itu dapat meningkatkan pengetahuannya:
- melalui pembacaan – buku-buku, majalah dan akhbar
- belajar di sekolah / berguru / menuntut ilmu
- mendekati orang yang berilmu
- menghadiri majlis-majlis ilmiah – ceramah, seminar, kursus, kuliah dsbnya
- membuat kajian dan penyelidikan
- melalui pengalaman hidup – mengembara, melancong, melawat
- sentiasa menonton rancangan yang ilmiah di televisyen atau mencari maklumat yang
bermanfaat di internet
- berbincang dengan guru/rakan/ahli keluarga

(iii) Cara-cara seorang pelajar dapat memanfaatkan ilmu dalam kehidupan sehariannya:
- sentiasa berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain melalui perbincangan
- sentiasa membantu masalah yang dihadapi oleh rakan sebaya
- sentiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang merentas minda seperti perbahasan, forum perdana
dan sebagainya dan sekali gus dapat mengharumkan nama sekolah
- membantu adik-beradik yang lemah dalam pelajaran

(iv) Akibat jika seseorang itu tidak mementingkan ilmu:
- pencapaian dirinya lambat untuk meningkat
- mudah terpedaya oleh mereka yang mengambil kesempatan
- bertindak akan mengikut perasaan tanpa memikirkan baik buruknya
- akan menyebabkan kehidupan manusia tidak sejahtera
- manusia sentiasa ditimpa masalah
- manusia akan dipandang renda

(v) Kesan kepada negara jika remaja hari ini tidak berilmu:
- masa depan negara terjejas
- keselamatan negara tergugat
- pertumbuhan ekonomi negara terbantut
- negara akan mundur
- masalah kemiskinan gagal diatasi

(c) Soalan aspek KOMSAS:

(i) Bentuk puisi:
- bentuk terikat dengan rima a,a,a,a.
- mempunyai enam rangkap
- mempunyai empat baris dalam serangkap
- jumlah perkataan dalam baris adalah antara empat hingga lima patah perkataan
- jumlah suku kata antara 9 hingga 12 suku kata

(ii) Persoalan / nilai / pengajaran
(I)
Persoalan: rajin menuntut ilmu
Nilai: kerajinan
Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa mencari ilmu untuk kesejahteraan hidup.
Huraian: Amalan menuntut ilmu memerlukan kerajinan dan dijalankan sepanjang hayat.

(II)
Persoalan: kepentingan memanfaatkan ilmu
Nilai: bertanggungjawab
Pengajaran: Kita hendaklah memanfaatkan ilmu yang kita peroleh demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Huraian: Ilmu yang dimanfaatkan boleh memberi cahaya apabila kita berada di alam Barzakh menerusi amalan yang kita lakukan.

(III)
Persoalan: kebijaksaan orang yang berilmu
Nilai: kebijaksanaan
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa menimba ilmu supaya menjadi orang bijaksana.
Huraian: Semua orang memerlukan ilmu terutamanya orang yang bijaksana.

(IV)
Persoalan: ilmu pemberi keyakinan diri
Nilai: keyakinan
Pengajaran: Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan keyakinan diri.
Huraian: Orang yang berilmu sentiasa berasa yakin untuk menempuh segala cabaran dalam kehidupan.

(iii) Gaya bahasa:
- Metafora, contohnya gemala sakti
- Anafora, contohnya “Ia penerang jalan ke syurga”, “Ia tekak yang dahaga” (pengulangan ia pada awal baris)
- Imej, contohnya imej alam seperti “darat”, “rimba”, “sungai” dan “laut”


3. PANTUN 6 KERAT
(Percubaan PERAK)

(a) Maksud:
- keris lembing aku tak takut bermaksud penulis / saya tidak gentar menghadapi musuh dan cabaran hidup

(b) Soalan KBKK:
Kesan jika dapat mengawal emosi:
- dipercayai orang lain
- kerja menjadi sempurna
- akan dihormati orang lain
- bersikap adil
- keputusan yang diambil lebih matang / rasional

(c) Soalan aspek KOMSAS

(I)
Persoalan: berani bertindak untuk mencapai cita-cita
Nilai: keberanian
Pengajaran: Kita hendaklah memiliki keberanian dalam menghadapi cabaran dan musuh untuk mencapai impian kita.
Huraian: Penulis berani menghadapi cabaran dan musuh demi mencapai impiannya.

(II)
Persoalan: kepentingan menjaga maruah diri
Nilai: berhemah tinggi
Pengajaran: Golongan wanita hendaklah menjaga maruah diri.
Huraian: Wanita yang tidak menjaga maruah diri akan dipandang hina oleh masyarakat.

(III)
Persoalan: gigih memajukan diri
Nilai: Kegigighan
Pengajaran: Kita hendaklah berusaha gigih memajukan diri dengan menimba ilmu pengetahuan
Huraian: Alam terbentang dapat dijadikan sumber seseorang itu untuk menimba ilmu.

(IV)
Persoalan: kesedihan hilang tempat bergantung / hala tuju
Nilai: Berdikari / keyakinan
Pengajaran: Kita haruslah berdikari / mempunyai keyakinan yang tinggi selepas hilang tempat bergantung / hala tuju hidup.
Huraian: Seseorang yang hilang tempat bergantung akan menghadapi kesedihan dan memerlukan keyakinan yang tinggi untuk menjamin masa depannya.


4. SYAIR JONG PECAH

(a) Soalan petikan:
Ciri-ciri rakyat yang dapat menjamin kesejahteraan negara:
- sikap mementingkan perpaduan
- mementingkan ilmu pengetahuan
- memiliki sikap sanggup berkorban demi mempertahankan negara

(b) Soalan KBKK:
Faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah negara terdedah kepada penjajahan pihak luar:
- sikap berpecah-belah
- tidak ada semangat cinta akan negara
- keadaan kemiskinan atau kemunduran rakyatnya

(c) Soalan aspek KOMSAS:

(I)
Persoalan: Sikap bersatu padu membawa kesejahteraan
Nilai: Bersatu padu
Pengajaran: Sebagai rakyat, kita perlulah bersatu padu dalam memastikan kesejahteraan negara terjamin.
Huraian: Sikap bersatu padu akan menghalang pihak luar daripada mengambil kesempatan terhadap negara.

(II)
Persoalan: berani menuntut kemerdekaan negara
Nilai: Keberanian
Pengajaran: Kita hendaklah berani dalam menentang kezaliman penjajah.
Huraian: Keberanian rakyat akan menyebabkan pihak penjajah berasa gentar untuk terus berada di sesebuah negara yang dijajah.

(III)
Persoalan: belajar daripada kesalahan yang telah dilakukan
Nilai: Keinsafan
Pengajaran: Kita haruslah merenungi kesalahan yang telah dilakukan agar tidak ditimpa musibah lagi.
Huraian: Penyair menyeru agar rakyat belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan supaya negara ini terus teguh apabila rakyat sentiasa bersatu padu.

(IV)
Persoalan: kepentingan memastikan kemerdekaan sentiasa terpelihara
Nilai: Patriotisme / bekerjasama
Pengajaran: Rakyat perlulah memiliki sikap bekerjasama dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Huraian: Sikap bekerjasama akan memastikan kemerdekaan yang dicapai akan terus berkekalan.
Peringatan kepada semua calon SPM agar menulis jawaban anda dengan ayat yang lengkap.

Monday, November 1, 2010

TAJUK-TAJUK POPULAR BM SPM 2010

TAJUK-TAJUK POPULAR KARANGAN

Soalan 1: Remaja / Diri sendiri
1. Kepentingan disiplin kepada pelajar
2. Gejala Sosial / Lumba Haram / Remaja Lari dari Rumah (Langkah)
3. Makanan ringan / Makanan segera (Punca & Langkah)

Soalan 2 : Keluarga
1. Gaya Hidup Sihat (Peranan ibu bapa)
2. Disiplin (Peranan ibu bapa)
3. Hubungan Kasih Sayang (Peranan ibu bapa)
4. Rancangan Televisyen Realiti (Usaha ibu bapa dalam pengekangan)
5. Keluarga Bahagia (Punca kegagalan & Kepentingan)
6. Teknologi maklumat / Internet (Peranan ibu bapa)

Soalan 3 : Masyarakat / Negara
1. Semangat Kejiranan (Langkah)
2. Riadah dan Rekreasi (Kebaikan)
3. Kehilangan / Keselamatan Kanak-kanak (Langkah mengatasi)
4. Jenayah Negara (Peranan masyarakat)
5. Polisi Sekolah Selamat (Usaha pihak sekolah)
6. Tabungan (Faedah & Usaha)
7. Pelancongan (Kebaikan)
8. Pengangkutan Awam (Langkah memperkasakan / kepentingan)
9. Membaca (Cara menggalakkan)
10. Perpaduan Kaum (Peranan)
11. Alam Sekitar – Program Pembangunan Mesra Alam / Melestarikan hutan (Langkah)
12. Bahasa Inggeris / Bahasa Asing (Kepentingan / Langkah)
13. Rasuah (Kesan / Langkah)

Soalan 4 : Global
1. Jenayah Antarabangsa (Kerjasama antara negara)
2. Penyakit berjangkit (Bentuk kerjasama)
3. Pelaburan Asing (kebaikan)
4. Kerjasama antara Negara (bentuk)
5. Keamanan serantau (langkah)
6. Kemelesetan Ekonomi (Kesan & Usaha)

Soalan 5 : Warisan / Nilai-nilai Murni / KOMSAS
1. Bangunan Bersejarah (Kepentingan & Langkah)
2. Puisi Tradisional (Usaha / Kepentingan)
3. Membaca Karya Sasatera (Sebab kurang diminati & Langkah)



TAJUK-TAJUK POPULAR KOMSAS

Cerpen / Drama Anak Laut:
1. Lambaian Malar Hijau (Persoalan / Nilai )
2. Annyss Sophillea (Nilai)
3. Menatap Wajah
4. Pusaran

Cerpen / Drama Kerusi:
1. Jangan Bunuh Rama-rama (Nilai)
2. Mariah (Nilai)
3. Sebutir Pasir di Kaki
4. Aku, Kris dan Kristal
5. Puteri Li Po

Prosa Tradisional Anak Laut:
1. Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya
2. Pertarungan Tuah dengan Jebat

Prosa Tradisional Kerusi:
1. Sabor
2. Kezaliman Membawa Padah

Puisi Anak Laut:
1. Seloka Pak Kaduk (Pengajaran, Persoalan)
2. Jalan-jalan Raya Kotaku (Pengajaran)

Puisi Kerusi:
1. Syair Kelebihan Ilmu (Bentuk, Persoalan, Gaya Bahasa, Nilai)
2. Pantun Enam Kerat
3. Sajak Di Ruang Gemanya (Persoalan)
4. Sajak Duhai Pentafsir



TAJUK-TAJUK POPULAR TATABAHASA
1. Cakap Ajuk – Cakap Pindah
2. Ayat Majmuk – Ayat Tunggal
3. Ayat Aktif – Ayat Pasif
4. Ayat Susunan Biasa – Ayat Susunan Songsang
5. Jenis-jenis Ayat
6. Jenis-jenis Kata Kerja
7. Jenis Ayat Majmuk



PERIBAHASA POPULAR
1. alang-alang berdakwat biar basah
2. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
3. bagai aur dengan tebing
4. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
5. bagai gunting makan di hujung
6. bagai kaca terhempas ke batu
7. bagai menatang minyak yang penuh
8. bagai pahat dengan penukul
9. bagaikan tikus membaiki labu
10. belakang parang kalau diasah lagikan tajam
11. biduk lalu kiambang bertaut
12. buah tangan
13. buang yang keruh ambil yang jernih
14. bumi mana tak ditimpa hujan
15. cacing kepanasan
16. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
17. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
18. ditelan mati emak, diluah mati bapak
19. genggam bara api biar sampai jadi arang
20. buta huruf
21. hangat-hangat tahi ayam
22. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
23. ikut rasa binasa, ikut hati mati
24. indah khabar daripada rupa
25. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
26. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
27. melentur buluh biarlah dari rebungnya
28. muafakat membawa berkat
29. pelanduk dua serupa
30. Quran buruk
31. sambil menyelam minum air
32. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain / sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
33. sehelai sepinggang
34. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
35. seperti rusa masuk kampung
36. sudah jatuh ditimpa tangga
37. sudah terhantuk baru tengadah
38. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
39. tulang belakang
40. umpama duduk di atas daun / seperti duduk dalam duri
41. untung sabut timbul, untung batu tenggelam
42. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang



TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL
1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)
2. Perwatakan watak sampingan
3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)
4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)
5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)
6. Pengajaran
7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial
8. Peristiwa Menarik / Teladan
9. Latar Tempat (Perbandingan)
10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)
11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan



USAHA TANGGA KEJAYAAN

Doa kami (guru-guru) sentiasa mengiringi kejayaan anda. Semoga anda mendapat A+ untuk BM dalam SPM 2010 kelak

Thomas Edison – “Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup.”

Alexander of Macedon – “Kita terhutang budi kepada ibu bapa yang membesarkan kita tetapi kita tidak dapat membalas budi guru yang menjadikan hidup kita sempurna.”

James Michener – “Jangan katakan esok apabila hari ini dapat anda lakukan kerana apabila hari ini anda berdalih, anda juga akan berdalih esok.”

Aristotle – “Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.”

Thomas Edison – “Kecerdikan ialah satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras.”

SEMOGA BERJAYA daripada Guru-guru BM WMSKL 2010

Saturday, October 30, 2010

NOVEL (Percubaan Johor)

Soalan (a) : Perselisihan pendapat antara watak (7m)

Rangka jawaban:
1. Perselisihan pendapat antara ibu dengan anak

Bukit Kepong – Mak Piah tidak bersetuju dengan pendapat anaknya, Othman yang ingin menjadi anggota polis kerana dia bimbang akan keselamatan anaknya dan dia bersifat antipenjajah. Othman, seorang yang berpendirian tegas dalam membuat keputusan untuk menjadi seorang anggota polis telah memujuk ibunya. Akhirnya, Mak Piah merestui cita-cita Othman ingin menjadi anggota polis.

Konserto Terakhir – Hayati tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang suka menghina dan menghukum Hilmi. Apabila Hilmi dihukum oleh Datin Salmah dengan tidak memberikan Hilmi makan malam, Hayati telah menyuruh Mak Minah menghantar makan malam kepada Hilmi di bilik Hilmi. Hayati telah memujuk Hilmi supaya makan demi kesihatan Hilmi.

2. Perselisihan pendapat antara suami isteri

Bukit Kepong – Isteri Mohammad Jaafar iaitu Mariam Ibrahim telah memintanya supaya membalas serangan komunis dari berek mereka sahaja kerana mereka berada dalam ketakutan. Namun begitu, Mohammad Jaafar telah meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya untuk bersama-sama dengan anggota polis yang lain dalam mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong. Akhirnya, dia mati selepas kompleks polis ditawan polis.

Konserto Terakhir – Azizah berselisih pendapat dengan Hilmi tentang tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Azizah telah bosan menjadi seorang suri rumah tangga dan menganggap pekerjaan itu sebagai seorang kuli. Hilmi pula mengatakan bahawa Azizah perlu menjaga semua urusan rumah tangga dan anak mereka sementara dia pula keluar mencari rezeki. Akibat perbezaan pendapat ini, Azizah telah meninggalkan Hilmi dan kembali ke rumah bapanya, Encik Bakar.

Soalan (b) : Pengorbanan satu watak bagi setiap novel (8 markah)
Rangka jawaban:
1. Pengorbanan Othman dalam Bukit Kepong – Othman bersama-sama dengan 17 orang anggota polis yang lain berjuang hingga titisan darah terakhir dalam mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong apabila diserang oleh 180 orang pengganas komunis pada 23 Februari 1953. Dia enggan menyerah kalah apabila disuruh berbuat demikian oleh komunis. Akhirnya, kaki kirinya tercedera akibat terkena tembakan.

2. Pengorbanan Pak Karim – Datuk Johari telah meninggalkan isteri pertamanya pada malam pertama perkahwinannya dengan gadis kampung pilihan keluarganya. Hal ini disebabkan dia telah mempunyai pilihan hati sendiri di kota. Demi menjaga maruah keluarga Datuk Johari di kampung dan mengelakkan pergaduhan antara keluarga Datuk Johari dengan bekas isteri Datuk Johari, Pak Karim iaitu abang sepupu Datuk Johari telah bersetuju untuk mengahwini bekas isteri Datuk Johari dan menjaga anak Datuk Johari, Hilmi seperti anak kandungnya.

Disediakan oleh: Liew Tzi-Qing (5KL Set 2)

NOVEL (Percubaan Kelantan)

Soalan 1: Dua peristiwa yang menunjukkan semangat tolong-menolong (7m)

Rangka jawaban:
Bukit Kepong:

1. Susulan daripada peristiwa penahanan bas - Selepas bas yang dinaiki oleh Limah dan penumpang lain dibakar oleh pengganas komunis yang diketuai oleh Lektuan, Wak Karjo yang mengetuai semua penumpang tersebut pergi ke Kampung Raja untuk mendapatkan bantuan. Mereka tidak berpakaian kerana pakaian mereka telah dibakar. Semua penduduk Kampung Raja memberikan pertolongan kepada semua penumpang bas tersebut sementara menunggu anggota polis tiba.
2. Selepas serangan Rumah Pasung Bukit Kepong – Semua penduduk kampung tanpa mengira kaum tampil memberikan bantuan makanan, pakaian dan tenaga bagi meringankan penderitaan keluarga polis yang masih hidup. Pasukan penyelamat OCPD memberikan rawatan kepada anggota polis yang cedera dan memadamkan api dan mencari anggota polis yang tertimbus serta terbakar. Semua mangsa yang mengalami kecederaan termasuk Othman yang mengalami kecederaan pada kaki kiri telah dihantar ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa lain yang terkorban telah disemadikan di dalam 23 liang lahad di pekarangan Masjid Bukit Kepong pada 24 Februari 1953.
Konserto Terakhir:

1. Encik Bakar sudi mengajar Hilmi untuk bermain alat-alat muzik dan membaca not-not muzik secara percuma. Beliau tidak meminta sebarang upah. Menurut beliau, sebagai seorang seniman, kejayaan Hilmi merupakan ganjaran untuknya. Akhirnya, Hilmi menjadi seorang seniman yang terkenal dengan lagu-lagu gubahannya seperti Sebuah Intermeso, Detik-detik Perpisahan, Seniman dan Balada Kasih berkat dengan pertolongan Encik Bakar.
2. Hayati mengambil alih tempat Hilmi pada malam Pertunjukan Orkes Perdana di Dewan Tunku Canselor yang sepatutnya dipimpin oleh Hilmi. Malangnya, Hilmi tidak dapat menghadiri pertunjukan tersebut kerana dia terjatuh di hadapan rumahnya dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Hayati berjaya memimpin “Hilmi Potpouri” dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh daripada semua penonton termasuklah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong serta Perdana Menteri.

Soalan 2: Huraikan satu kegiatan ekonomi masyarakat dalam setiap novel. (8m)

Rangka jawaban:

Bukit Kepong – penoreh getah. Sebelum menjadi anggota polis, Othman merupakan seorang penoreh getah. Ibu bapanya iaitu Mak Piah dan Pak Yusof menyara kehidupan keluarganya dengan menorah getah. Selepas Othman bersara, Othman kembali menyara kehidupannya sekeluarga dengan menorah getah.

Konserto Terakhir – bermain muzik secara profesional atau seniman. Encik Bakar dan Hilmi menyara kehidupan keluarga mereka dengan bermain alat-alat muzik. Mereka telah berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal. Hilmi telah memenangi hadiah dalam pesta muzik tahunan anjuran RTM selama tiga tahun berturut-turut. Hilmi juga memenangi hadiah dalam Festival Muzik di Tokyo.

Disediakan oleh: Sin Jen-Li (5MC Set1)

NOVEL (Percubaan SBP)

Soalan (a): Nyatakan dua teguran yang dibuat oleh pengarang. (7m)

Rangka jawaban:

Bukit Kepong

1. Pengarang menegur sikap golongan ibu yang menghalang cita-cita anaknya untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Contoh: Mak Piah tidak bersetuju Othman untuk menjadi seorang anggota polis pada awalnya. Hal ini disebabkan dia risau akan keselamatan anaknya, Othman dan dia juga mempunyai perasaan antipenjajah yang mendalam. Namun begitu, setelah dipujuk oleh Othman, akhirnya dia akur juga dengan keputusan anaknya itu untuk menjadi seorang anggota polis untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
2. Pengarang menegur sikap penduduk kampung yang menjadi pengkhianat negara.
Contoh:
Madera, Tucksai dan Kandar merupakan tali barut pengganas komunis. Mereka turut terlibat dalam perancangan serangan Rumah Pasung Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Ahlam pula sanggup membekalkan ubat-ubatan dan makanan kepada pengganas komunis.

Konserto Terakhir:

1. Pengarang menegur sikap masyarakat kota yang melupakan ajaran agama
Contoh: Pergaulan Hayati dan Mohsin terlalu bebas walaupun mereka hanya bertunang. Keluarga Datuk Johari pula tidak bersembahyang dan memiliki sebuah bar mini di dalam rumah mereka. Selain itu, Datin Salmah mulai risau apabila mengetahui anaknya, Hayati telah mula bersembahyang dan membaca kitab-kitab agama selepas pemergian Hilmi dari rumahnya.

2. Pengarang menegur sikap masyarakat yang suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contoh:
Datin Salmah memandang rendah kepada Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung dan bersekolah setakat darjah empat Sekolah Melayu. Oleh itu, dia malu untuk mengaku Hilmi sebagai anak saudaranya dan memanggil Hilmi sebagai tukang kebun apabila berhadapan dengan jirannya dan kawan-kawannya.

Disediakan oleh : Chong Mac Wai (5MC Set 1)

NOVEL (Percubaan N.Sembilan)

Soalan (b) : Perbandingan perwatakan satu watak sampingan dalam dua novel (8m)

Jawaban:

Berdasarkan novel Bukit Kepong, karya Ismail Johari dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain yang telah saya kaji, terdapat satu watak sampingan dalam kedua-dua buah novel yang dapat dibandingkan dari sudut perwatakan mereka. Watak sampingan dalam novel Bukit Kepong ialah Limah manakala watak sampingan dalam novel Konserto Terakhir pula ialah Hayati. Limah ialah isteri Othman manakala Hayati ialah anak Datuk Johari dan isteri Mohsin.

Antara persamaan perwatakan watak sampingan tersebut ialah mereka taat kepada suami. Dalam novel Bukit Kepong, Limah meminta izin daripada suaminya, Othman ketika dia hendak pergi membeli belah di pekan Muar bersama dengan dua orang isteri anggota polis yang lain iaitu, Mek Mah dan Kak Esah. Othman mengizinkan Limah yang sedang hamil pergi ke Muar manakala Hayati pula telah meminta izin daripada suaminya iaitu Mohsin untuk berjumpa dengan Hilmi sebelum mereka berangkat ke London. Akhirnya, Hayati dan Hilmi bertemu di sebuah taman bunga dengan bantuan Mamat dalam novel Konserto Terakhir.

Persamaan yang seterusnya ialah mereka merupakan wanita yang penyayang. Hal ini dapat dilihat apabila Limah menjadi gila apabila mendapat khabar angin yang mengatakan bahawa Othman telah terkorban dalam pertempuran Rumah Pasung Bukit Kepong dengan pengganas komunis. Pada masa itu, Limah baru sahaja melahirkan anak sulungnya dan masih dalam keadaan berpantang. Oleh sebab terlalu sayang akan suaminya, Limah menjadi gila manakala Hayati pula menyayangi Hilmi. Hayati telah berubah sikap selepas Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari. Hayati sering meratapi pemergian Hilmi dan dia sering berada di pekarangan rumah untuk melihat sisa tanaman Hilmi hingga lewat Maghriba Akhirnya, Hayati telah bertemu dengan Hilmi untuk meluahkan perasaannya kepada Hilmi.

Perbezaan perwatakan yang terdapat antara dua watak sampingan ini pula ialah pebezaan ketaatan mereka kepada ajaran agama. Limah seorang kuat pegangan agamanya. Dia mengajar anak-anak polis di Rumah Pasung Pagoh mengajar mengaji al-Quran dan muqaddam manakala Hayati pula tidak bersembahyang pada peringkat awal cerita. Kehidupannya agak sosial dan kebaratan berbanding dengan Limah yang lebih kekampungan. Hayati juga bebas bergaul dengan Mohsin.

Disediakan oleh: Daryl (5KL Set 2)

Wednesday, October 27, 2010

NOVEL (Contoh Jawaban Percubaan Terengganu)

Soalan 1 : Huraikan bagaimanakah watak utama berjaya menimbulkan kesedaran dalam kalangan pembaca? (7m)

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Dalam novel ini, watak utama iaitu Hilmi berjaya meninggalkan kesedaran dalam kalangan pembaca.

Antara kesedaran yang ditimbulkan oleh watak utama adalah melalui kegigihan dan kerajinan watak utama untuk meneruskan kehidupan. Hilmi merupakan seorang pemuda kampung yang tidak berpendidikan tinggi dan hanya berkelulusan darjah empat sehinggakan Datuk Johari gagal mencarikan pekerjaan untuknya. Namun begitu, dia bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari dengan yang rajin dan bertanggungjawab. Dia mengusahakan tanah terbiar di halaman rumah Datuk Johari dengan menanam sayur-sayuran dan menternak ayam. Selain itu, Hilmi juga gigih berusaha untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar. Akhirnya, dia menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya sikap gigih dan rajin untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, watak utama juga berjaya menyedarkan pembaca melalui konflik yang dihadapinya. Semasa bekerja di rumah Datin Salmah, Hilmi sentiasa dihina dan dilayan buruk oleh Datin Salmah kerana Hilmi berstatus rendah. Hilmi sering dimarahi dan dianggap sebagai tukang kebun oleh Datin Salmah walaupun Hilmi merupakan anak saudara Datin Salmah. Namun begitu, Hilmi tidak pernah marah dan berdendam dengan Datin Salmah. Begitu juga dengan isterinya, Azizah yang lari dari rumahnya selepas setahun kelahiran anak pertama mereka iaitu Hakim. Azizah menganggap bahawa tugas suri rumah membebankan dan Hilmi dikatakan masih mempunyai hubungan dengan Hayati. Azizah turut mengajar anak lelaki mereka memanggil Hilmi sebagai bapa jahat apabila Hilmi mengunjungi anaknya di rumah Encik Bakar. Namun begitu, Hilmi tidak pernah memarahi Azizah. Hal ini menyedarkan pembaca agar kita sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan jangan menyimpan perasaan dendam.


Soalan 2: Huraikan teknik imbas kembali dan monolog dalaman yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. (8m)

Novel yang saya kaji ialah novel Bukit Kepong karya Ismail Johari dan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.

Penulis telah menyisipkan teknik imbas kembali dalam novel Bukit Kepong. Teknik ini dapat dilihat apabila Sarjan Jamil Mohd. Shah teringat kembali akan peristiwa kedatangan Tucksai dan Ahmeng ke Rumah Pasung Bukit Kepong sebelum serangan rumah pasung itu dilancarkan oleh Chanfei dan pengikutnya. Dia teringat cerita mereka berdua dan pandangan Lans Koperal Jidin Omar akan kebenaran cerita tersebut. Pada masa yang sama, dia teringat akan isteri dan anak-anaknya di Batu Pahat.

Penulis juga menggunakan teknik monolog dalaman dalam novel Bukit Kepong apabila Fatimah Lawa berazam untuk menebus kematian suaminya, Hassan Osman yang terkorban dalam serangan Rumah Pasung Bukit Kepong oleh komunis pada 23 Februari 1950. Dia berbisik-bisik dalam hati tentang keazamannya untuk membalas dendam atas kematian suaminya. Dia telah menggunakan senapang suaminya dan melawan komunis dengan berani.

Peristiwa imbas kembali yang terkandung dalam novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari teringat kembali tindakan Datuk Johari meninggalkan kampungnya di Kedah pada malam perkahwinannya kerana bapanya memaksanya berkahwin dengan seorang gadis daripada kaum keluarga mereka sebaik dia tamat School Certificate. Pada malam perkahwinannya, Datuk Johari meninggalkan kampungnya dan meninggalkan surat cerai kepada isterinya. Sejak itu, dia tidak pernah balik ke kampungnya kecuali pada hari kematiang bapanya kira-kira 17 tahun yang lalu.

Selain itu, penulis juga menggunakan teknik monolog dalaman dalam novel Konserto Terakhir apabila Hilmi sedang menggembur tanah di sekeliling rumpun bunga raya di hadapan biliknya. Pada ketika itu, Mohsin menghantar Hayati dengan motokar Volvo sportsnya. Hilmi belum mengetahui nama pemuda yang begitu rapat dengan Hayati. Oleh itu, dia bertanya sendirian tentang nama pemuda yang menghantar Hayati itu.

Jawaban disediakan oleh Gan Kai Ting (5WP Set1)

Tuesday, October 26, 2010

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

(AT) Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. (AA)Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

(AI1) Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. (AH) Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. (AC) Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. (AKI) Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

(AI2) Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. (AH)Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. (AC) Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. (AHC) Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. (AKI) Tuntasnya, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

(AI3) Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. (AH) Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan kehebatan bangunan yang moden seperti Menara Berkembar Petronas. (AC) Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. (AC) Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. (AHC) Usaha seperti ini dapat menarik pelancong dari seluruh dunia dengan lebih banyak dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. (AKI) Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

(AI4) Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. (AH) Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. (AC) Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah dapat memahamkan pelajar tentang peri pentingnya semangat cinta akan tanah air kerana tak kenal maka tak cinta melalui apabila para. (AKI) Sesungguhnya, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

(AI5) Pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan bersejarah itu dapat membuktikan bahawa generasi kini tidak pernah melupakan jerih payah perjuangan masyarakat silam. (AH) Selain menikmati kesenangan dan keselesaan hasil titik peluh warga terdahulu, masyarakat hari ini dapat mencurahkan rasa syukur dan kasih sayang mereka terhadap golongan yang berjaya menyediakan tapak yang kukuh untuk mewujudkan sebuah tamadun. (AC) Buktinya, jutaan ringgit diperuntukkan untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di seluruh tanah aiar terutamanya di kawasan-kawasan bersejarah seperti di Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. (AKI) Jadi, usaha memelihara dan memulihara bangunan yang dibina oleh masyarakat silam dan menjadikannya sebagai monumen bersejarah merupakan usaha untuk menghargai jasa mereka kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan usaha ini sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

(AR) Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. (ACd) Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang. (AHrp) Cintailah sejarah ibu pertiwi kita demi kematangan perjuangan rakyat kita kerana nilai sejarah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

FOKUS KARANGAN SPM

TEMA : SEMANGAT KEJIRANAN
ARAHAN: LANGKAH PEMUPUKAN


PENDAHULUAN:
AT:
- Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah sama ada di sebelah, di hadapan atau di belakang rumah.
- dianggap sebagai sahabat pada waktu kesusahan – jiran sepakat membawa berkat
- semangat kejiranan ialah semangat membantu masyarakat di sekeliling
- semangat kejiranan semakin luntur kerana sikap masyarakat yang terlalu sibuk bekerja dari pagi hingga malam lalu tiada masa untuk bertegur sapa dengan jiran
AA :
- mempunyai kepentingan – langkah-langkah pragmatik perlu diambil untuk memupuk semangat kejiranan

ISI 1:
AI – menubuhkan persatuan / pertubuhan

AH:
- membentuk persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur
- melibatkan semua penduduk sebagai ahli tanpa mengira kaum
- Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya
AC:
- Pertubuhan Rukun Tetangga – bergilir-gilir mengawasi keselamatan setempat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
- mengadakan rondaan bergilir-gilir – memaparkan sikap kerjasama bagai aur dengan tebing
AKI:
- Penubuhan persatuan / pertubuhan dapat mengeratkan hubungan antara jiran

ISI 2:
AI – mengadakan aktiviti gotong-royong

AH:
- jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang untuk menjayakan aktiviti tersebut - dapat berkenal-kenalan dan dapat mengenali hati budi jiran dengan lebih dekat kerana tak kenal maka tak cinta
AC:
- membersihkan kawasan taman perumahan, mengadakan kenduri-kendara dan sebagainya
AKI:
- Aktiviti serampang dua mata – hubungan silaturahim antara jiran terjalin dan kebersihan terjamin

ISI 3:
AI – mengadakan majlis rumah terbuka

AH:
- dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
- jiran dapat bertanya khabar dan berkongsi pengalaman
- berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah
AC:
- Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya dijadikan acara tahunan
AKI:
- mampu merapatkan hubungan antara jiran

ISI 4:
AI – Mengadakan aktiviti Hari Keluarga

AH:
- semua ahli keluarga jiran turut serta
- kemesraan akan terjalin antara semua kaum dan peringkat usia
AC:
- aktiviti berkayak, sukaneka, perlawanan bola sepak, bola tampar dan sebagainya
AKI :
- Di samping dapat mengeratkan hubungan antara jiran, badan juga akan menjadi lebih sihat dan cergas

ISI 5:
AI – menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi / ziarah-menziarahi

AH:
- dapat mengetahui masalah dan kesusahan jiran
- melahirkan rasa simpati dan keprihatinan
- berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga – dapat merasai segala kesusahan dan keperitan jiran
- dapat meringankan beban penderitaan dan menggembirakan hati jiran kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
AC:
- menziarahi jiran di hospital apabila dirundung malang
AKI
- semangat kejiranan dapat dipupuk apabila keprihatinan dan keikhlasan ditunjukkan

ISI 6:
AI – Kerajaan mengadakan kempen kesedaran
AH:
- menyampaikan mesej tentang kepentingan semangat kejiranan
- menggunakan wadah media massa untuk menyampaikan mesej
- masyarakat akan mula mempersoalkan semangat kejiranan mereka dan berusaha untuk meninggalkan semangat itu
- kempen perlu berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam
AC:
- menyiarkan iklan yang menarik
AKI:
- peranan kerajaan juga penting untuk memupuk semangat kejiranan

PENUTUP
AR:

- sikap mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan sikap apati pada era ini perlu dikikis dalam setiap sanubari anggota masyarakat
ACd:
- semangat kejiranan yang menebal akan mengukuhkan perpaduan negara – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
AHrp:
- berusaha dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan semangat kejiranan terpelihara demi memastikan keamanan dan keharmonian negara terpelihara

KARANGAN FOKUS SPM 2010

TEMA : PEMBENTUKAN DISIPLIN ANAK-ANAK
SOALAN : PERANAN IBU BAPA

AT:
* Isu keruntuhan / kebejatan akhlak anak-anak semakin meruncing
* disiplin diri yang tidak mantap kerana baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang
* ibu bapa lebih dominan dalam usaha mendisiplinkan anak-anak
* berkait rapat dengan hadis Nabi yang berbunyi anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya
AA
* ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam pembentukan disiplin anak-anak

ISI 1:
AI – Memberikan didikan agama dan ajaran moral yang teguh
AH:
* perlu menitikberatkan ajaran agama kepada anak-anak sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya
* merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila
* anak-anak bijak dalam membezakan antara hak dengan batil / benar dengan salah/ batu dengan permata / intan dengan kaca
* tidak mudah terpengaruh oleh anasir-anasir negatif yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
AC:
* ibu bapa perlu menitikberatkan ajaran agama seperti tidak mengabaikan solat kerana solat itu dapat mencegah daripada kemungkaran
AKI:
Dengan didikan dan ajaran agama yang mantap, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berwibawa.

ISI 2:
AI – Memberikan teguran yang membina
AH:
* merupakan insan yang berpengaruh dalam kehidupan anak-anak
* perlu lebih bijak dan berhemah ketika memberi teguran kepada anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan supaya hati mereka tidak terguris - ibarat menarik rambut dalam tepung
* anak-anak akan menjadi lembut hati dan akan lebih berdisiplin
* Hadis Nabi berbunyi bahawa tiada pemberian yang lebih baik daripada ibu bapa kepada anak-anak melainkan peribadi yang teratur.
AC:
* menegur sikap anak-anak yang tidak menyiapkan tugasan sekolah dan kurang beradab dengan penuh kasih sayang
AKI
* teguran insan yang banyak menabur bakti kepada anak-anak akan mendatangkan impak yang besar dalam proses mendisiplinkan anak-anak

ISI 3:
AI – menjadi contoh teladan
AH:
* bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan disiplin anak-anak
* menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam kancah negatif
* mempamerkan disiplin yang tinggi – ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
* anak-anak tidak akan melakukan perkara yang menyalahi peraturan atau undang-undang
AC:
* membuang sampah ke dalam tong sampah
AKI:
* menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri yang berjalan senget dapat membantu dalam membentuk disiplin anak-anak

ISI 4:
AI – melahirkan keluarga yang harmoni, aman dan bahagia
AH:
* Pakar motivasi, Dr. Hassan Ali – kesejahteraan bermula dari rumah
* menjadikan rumah seperti syurga yang dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak
* konsep “Rumahku Syurgaku” perlu dititikberatkan oleh setiap keluarga
* anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang boleh mencemarkan maruah ibu bapa mereka
AC:
* kajian – 50 peratus kes salah laku remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda
AKI:
* Keiltizaman ibu bapa yang tinggi untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia mampu membentuk disiplin anak-anak yang jitu.

ISI 5:
AI : Menghukum anak-anak
AH:
* ibu bapa pada zaman globalisasi ini berbeza dengan ibu bapa pada zaman dahulu dari segi memberikan kesedaran kepada anak-anak sejak kempen antirotan diperluas
* anak-anak dahulu kerap dipukul / dirotan untuk menyedarkan mereka
* perspektif orang tua-tua – setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberikan keinsafan kepada anak-anak yang melakukan kesalahan
* kata orang tua-tua, sayang isteri ditinggal-tinggalkan, sayang anak ditangan-tangankan kerana tiada harimau yang membahamkan anaknya
AC
* merotan anak bukan tujuan mendera tetapi adalah untuk memberikan keinsafan kepada mereka – jangan menyakiti tubuh badan mereka
AKI:
* Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan

PENUTUP
AR:
* pembentukan disiplin anak-anak memerlukan komitmen yang jitu daripada ibu bapa
* perlu menyedari hakikat bahawa masa depan anak ditentukan oleh disiplin diri yang tinggi
* dapat mencapai kejayaan akademik dan kokurikulum yang cemerlang sekali gus dapat menjadi warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
ACd:
* ibu bapa perlu memikul tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal pada kemudian hari – sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lantaran terjerumusnya anak-anak dalam kancah kebejatan sosial.
AHrp:
Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

RANGKA KARANGAN FOKUS SPM 2010

TEMA : AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
SOALAN : LANGKAH

Pendahuluan:
AT:

• Definisi: satu amalan kehidupan yg membawa impak positif kepada
kesihatan seseorang
• Kehidupan akan menjadi lebih ceria apabila menitikberatkan aspek kesihatan
kerana kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seseorang
AR:
• Dalam era moden, setiap manusia terdedah kepada pelbagai tekanan.
• memerlukan pengamalan gaya hidup yang sihat
AA:
• Banyak langkah / kaedah untuk mecapai matlamat itu.

ISI 1 :
AI
Mengambil makanan yg berkhasiat dan seimbang setiap hari
AH:
• Kata hikmah, "kesihatan ditentukan oleh pemakanan yang seimbang"
• dapat memastikan badan menerima khasiat yang sepatutnya
• mengambil makanan daripada semua jenis kelas makanan yang betul seperti yang disyorkan
oleh piramid makanan
AC:
• sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan dan hasil tenusu
yang membekalkan protein
AKI:
• Sesungguhnya, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat dapat memberikan
kehidupan yang lebih sihat dan ceria.


ISI 2:
AI – Beriadah dan melakukan senaman / bersukan
AH:

• perlu dilakukan secara berkala
• dapat menggerakkan otot badan supaya berfungsi dengan lebih baik
• dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh / toksik
• melancarkan pengaliran darah dlm tubuh ke jantung
• meningkatkan sistem imunisasi
AC:
• aktiviti berjalan, berlari
AKI:
• Tuntasnya, beriadah dan bersenam dapat melahirkan badan dan minda sihat bak kata pepatah, "badan sihat otak cergas".

ISI 3:
AI – Menjalani pemeriksaan doktor dengan kerap

AH:
• Digalakkan dua kali dalam setahun terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah
keluarga yang berisiko
• satu langkah pencegahan awal untuk mengesan sesuatu penyakit yang berisiko dan berbahaya
mencegah lebih baik daripada mengubati
• doktor akan mengesyorkan rawatan yang sewajarnya sebelum keadaan menjadi lebih serius – sebelum kudis menjadi tokak / sebelum nasi menjadi bubur
AC:
- penyakit kanser, penyakit jantung, kencing manis dsbnya
AKI:
- Jadi, pemeriksaan doktor dengan lebih kerap dapat menjamin kesejahteraan hidup seseorang apabila memiliki tubuh badan yang bebas daripada sebarang penyakit yang boleh mengancam nyawa.


ISI 4
AI – MENJAGA KEBERSIHAN DIRI & TEMPAT TINGGAL
AH:
• Banyak penyakit yang berjangkit
• Diri dan tempat tinggal perlu sentiasa bersih
Hadis Nabi mengatakan bahawa kebersihan sebahagian daripada iman.
• sentiasa membasuh tangan
• memastikan makanan bersih dan ditutup
• mengadakan aktiviti gotong-royong
AC:
- H1N1, demam denggi, taun dan sebagainya
AKI:
Oleh itu, aspek kebersihan amat penting untuk memastikan seseorang tidak diserang penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika keadaan menjadi lebih serius.


ISI 5
AI – Tidur dan rehat yang mencukupi
AH:

• Dalam kesibukan mengejar kemewahan hidup, kita perlu memastikan diri kita mendapat rehat
dan tidur yang secukupnya.
• badan sentiasa segar dan dapat mengekalkan kesihatan yang stabil
• dapat menumpukan perhatian pada kerja yang dilakukan
• dapat menjana idea yang bernas
• menghasilkan kualiti dan produktiviti yang bermutu
AC
• tidur tidak kurang daripada 6 jam sehari
AKI:
Sememangnya, tidur dan rehat yang mencukupi dapat mengelakkan seseorang itu daripada jatuh sakit.


ISI 6:
AI – memiliki mentaliti dan tingkah laku yang positif
AH:
• Mentaliti positif dapat menangani tekanan dan menyelesaikan kemelut dengan tenang tanpa
rasa tertekan
• kehidupan yang penuh cabaran di alam fatamorgana ini memerlukan persepsi yang positif
• semakin positif minda seseorang semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai
olehnya kelak
AC:
• tekanan di tempat kerja / tekanan rumah tangga
AH:
- sentiasa bermanis muka dan bersangka baik kepada orang lain - dapat mengelakkan diri
daripada bermusuhan
- Pesanan orang tua-tua, jika hendak umur yang panjang, jagalah perasaan.
AKI
Sememangnya, kita harus menjauhkan diri daripada sifat hasad dengki sentiasa bina keyakinan diri yang mantap untuk mencapai gaya hidup yang sihat.


PENUTUP
AR:
Petikan hadis berbunyi bahawa jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit
• peri pentingnya menjaga kesihatan kerana tiada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik
ACd:
• perlu sentiasa mengamal gaya hidup yang sihat demi penjagaan kesihatan yang baik
• kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan yang baik, nyawa kita akan melayang
AHp:
• Setiap rakyat perlu menjaga kesihatan diri demi kepentingan diri sendiri dan negara bak kata slogan, "rakyat sihat, negara maju".




Nota Novel SPM




PDF : http://www.mediafire.com/?ytmz4wojwzttfii

Tuesday, September 7, 2010

FAEDAH MEMBACA NOVEL

Soalan: Huraikan faedah-faedah membaca novel dengan berdasarkan novel yang telah anda pelajari. (7 markah)


Novel yang telah saya pelajari ialah novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Terdapat beberapa manfaat yang boleh didapati daripada membaca novel ini.


Antara kebaikan membaca novel ini termasuklah pembaca mendapat pengajaran daripada novel tersebut. Terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca yang dapat dijadikan iktibar. Salah satu pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Dalam novel ini, Julia seorang remaja yang tabah menjalani kehidupannya walaupun diuji dengan pelbagai cabaran seperti kematian adik kembarnya, mamanya yang koma, perkahwinan kedua papanya dan hubungannya dengan Rasylan yang tidak disetujui oleh papanya.
Selain itu, kita juga dapat mempelajari keindahan bahasa. Di samping menggunakan bahasa Melayu, penulis juga menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Contoh penggunaan bahasa asing ialah complain untuk bahasa Inggeris dan car beh liau untuk bahasa Cina. Penulis juga menyelitkan penggunaan peribahasa seperti bagai menatang minyak yang penuh.

KESESUAIAN TAJUK NOVEL PAPA

Soalan: Berdasarkan novel yang anda pelajari, wajarkah pengarang menjudulkan novel itu dengan judul tersebut? Berikan alasan anda. (7 markah)
Berdasarkan novel yang telah saya kaji, iaitu novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof, saya berpendapat bahawa pengarang wajar menjudulkan novel itu dengan judul tersebut.
Antara sebab saya bersetuju dengan judul tersebut adalah kerana papa Julia akhirnya menangis juga selepas mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan papa. Selama ini, papa seorang yang tabah menerima segala dugaan yang menimpa keluarganya. Dia reda menerima ketentuan Ilahi. Walaupun anak kembar Siam papa meninggal dunia, papa tidak mengeluarkan air matanya. Namun, air mata papa tewas apabila insan yang paling disayanginya, mama pergi buat selama-lamanya. Buktinya, Julia melihat kelopak mata papa berair dan jatuh ke pipinya buat kali pertamanya.
Selain itu, papa juga tewas dalam membuktikan kesetiaannya kepada mama. Papa telah berjanji akan setia kepada mama. Namun, papa telah memungkiri janjinya dengan berkahwin buat kali kedua dengan Aisyah lantaran kesunyian hidup. Hidup papa sunyi kerana mama koma selepas melahirkan anak kembar Siamnya. Tindakan papa yang tidak mengotakan janjinya kepada mama telah mengecewakan mama dan akhirnya, mama meninggal dunia selepas papa memperkenalkan isteri baharunya kepada mama.
Demikianlah alasan-alasan yang membuktikan kewajaran penulis menjudulkan novel itu dengan judul yang telah diberikan.

Saturday, August 7, 2010

PERANAN GAYA BAHASA

Setiap gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah hasil karya mempunyai fungsinya tersendiri. Begitu juga dengan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.


Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam novel ini. Antara peranan gaya bahasa dalam novel ini adalah untuk menggambarkan kehidupan keluarga di kota yang berstatus tinggi. Lazimnya, golongan ini sering menggunakan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka. Contohnya, Datin Salmah sering menggunakan perkataan I, you dan coffee morning dalam pertuturannya.


Selain itu, gaya bahasa juga berperanan penting untuk menggambarkan latar-latar masyarakat Melayu yang beragama Islam. Hampir keseluruhan cerita novel ini dipegang oleh watak-watak berbangsa Melayu dan beragama Islam justeru penggunaan bahasa Arab dapat menjelaskan suasana ini. Sebagai bukti, penggunaan perkataan solat sering digunakan oleh orang Islam termasuklah Hilmi.


Di samping itu, gaya bahasa turut berperanan untuk menimbulkan kesan yang mendalam kepada pembaca melalui gaya bahasa personifikasi. Misalnya, jari kelengkeng sebelah kiri tersasul lagi. Selanjutnya, gaya bahasa simile pula memberi gambaran yang jellas kepada pembaca. Contohnya, bunyi terdengung macam kumbang.

NILAI KESABARAN

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Terdapat banyak nilai yang ingin disampaikan oleh penulis. Salah satu daripadanya ialah nilai kesabaran.


Antara nilai kesabaran yang terdapat dalam novel ini ialah kesabaran dalam menghadapi sebarang penghinaan dan cacian yang dilemparkan kepadanya. Nilai ini telah digambarkan pada watak utama, Hilmi yang sabar dalam menerima cacian daripada Datin Salmah. Walaupun Datin Salmah ialah emak saudaranya namun Hilmi digelar sebagai tukang kebun oleh Datin Salmah. Hal ini disebabkan Hilmi berasal dari kampung dan berpendidikan setakat darjah empat sekolah Melayu.
Selain itu, nilai kesabaran dalam melakukan kerja juga terdapat dalam novel ini. Sebagai contoh, Hilmi tetap sabar membuat kerja rumah seperti membela ayam, berkebun, mengemas rumah dan memberi kucing Hayati makan semasa Datuk Johari sekeluarga pergi melancong di Switzerland. Hilmi melakukan semua kerja itu tanpa sebarang rungutan.
Seterusnya, nilai kesabaran dalam memberi tunjuk ajar kepada orang lain juga terdapat dalam novel ini. Encik Bakar sabar mengajar Hilmi bermain alat muzik walaupun dia baru balik dari kerja dan belum berehat lagi. Kesabaran Encik Bakar ini terbalas apabila Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
Seperkara lagi, nilai kesabaran dalam menghadapi masalah juga terkandung dalam novel ini. Sebagai manusia biasa, Hilmi juga tidak terkecuali daripada menghadapi dugaan hidup. Seperti pasangan hidup yang lain, Hilmi turut menghadapi masalah rumah tangga. Selepas setahun kelahiran anak pertama mereka, Hakim, rumah tangga Hilmi menghadapi masalah. Azizah telah meninggalkan Hilmi dan tinggal di rumah Encik Bakar bersama anaknya. Namun begitu, Hilmi masih menziarahi mereka di rumah Encik Bakar.

IKTIBAR DARIPADA NOVEL

Setiap novel mengandungi pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca. Begitu juga dengan novel yang saya kaji iaitu novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.
Dalam novel ini, penulis menyeru kita agar saling menyayangi antara satu sama lain demi membina keluarga dan masyarakat yang bahagia. Hal ini dapat dilihat apabila Pak Long Karim tetap memelihara Hilmi dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri walaupun dia mengetahui bahawa Hilmi bukanlah anak kandungnya. Sebenarnya, Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari yang sempat menjalinkan hubungan dengan isteri pertamanya, ibu Hilmi pada malam pertama perkahwinan mereka sebelum meninggalkannya. Jadi, peristiwa ini memberi iktibar kapada kita supaya saling menyayangi sesama manusia.

Selain itu, kita juga hendaklah ikhlas dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Tamsilnya, Encik Bakar, Dr. Nathan dan Mamat ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Encik Bakar ikhlas mengajar muzik kepada Hilmi tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hal ini menjadi iktibar kepada pembaca supaya sentiasa ikhlas dalam menghulurkan pertolongan kepada orang lain supaya segala yang dilakukan akan diberkati dan diredai Allah.
Di samping itu, setiap orang perlu bersimpati kepada orang lain. Hayati berasa simpati kepada Hilmi apabila Datin Salmah tidak membenarkan Hilmi makan malam kerana Hilmi pulang lewat dari rumah Encik Bakar. Sebagai tanda simpatinya, Hayati telah memujuk Himi agar makan malam kerana bimbang Hilmi akan kelaparan. Iktibarnya, sebagai manusia yang prihatin, kita harus bersimpati terhadap orang yang bernasib malang dan memerlukan bantuan.
Seterusnya, setiap orang perlu memberi layanan yang baik kepada tetamu tanpa mengira status. Hal ini memang menjadi amalan masyarakat Timur. Oleh itu, Hayati mempelawa Hilmi masuk ke dalam rumah setelah dia mengetahui Hilmi itu tetamunya. Dia juga mempelawa Hilmi duduk dan meminta Mak Minah menyediakan minuman untuk Hilmi. Sikap Hayati ketika melayan tetamu yang datang ke rumahnya wajar dijadikan ikutan oleh setiap anggota masyarakat.

CIRI-CIRI SEBUAH NOVEL YANG BAIK

Sesebuah novel yang menarik mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik minat pembaca untuk menghayati ceritanya. Novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain juga mempunyai ciri-ciri yang menarik.
Antara ciri yang penting ialah temanya. Novel ini memaparkan tema ketabahan dan kegigihan seorang pemuda kampung untuk mencapai kejayaan. Hilmi yang tidak mempunyai pendidikan tinggi akhirnya telah menjadi seorang penggubah lagu yang terkenal berkat ketabahan dan kegigihannya. Untuk membuktikan kejayaannya, dia diberi penghargaan untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, novel yang menarik juga mengetengahkan gaya bahasa yang menarik. Novel Konserto Terakhir telah memaparkan gaya bahasa yang baik dan dipenuhi dengan diksi moden seperti penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris untuk menyokong latar masyarakat dalam cerita. Contohnya, penggunaan I, you dan coffee morning oleh Datin Salmah menggambarkan dia seorang yang berpendidikan dan berstatus tinggi serta hidup mewah.
Ciri menarik yang seterusnya ialah watak antagonis yang berjaya menghidupkan jalan cerita. Penulis berjaya menghidupkan watak antagonis dengan berkesan. Watak antagonis dalam novel ini ialah Datin Salmah. Kekejaman yang dilakukan oleh Datin Salmah dan kebenciannya terhadap Himi telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Contohnya, Hilmi dilarang makan malam adalah antara bentuk hukuman yang keras dijatuhkan oleh Datin Salmah. Datin Salmah sanggup menjatuhkan hukuman itu tanpa perikemanusiaan. Tindakan Datin Salmah ini berjaya menimbulkan rasa benci pembaca terhadapnya.

Saturday, July 3, 2010

SOALAN-SOALAN PLOT (SPM)

SPM 2001(N)
(4a) Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajari? (7 markah)

SPM 2003 (J)
(4a) Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita. (7 markah)

SPM 2004 & 2007 (N)
(4b) Konflik merupakan perkara menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. (8 markah)

SPM 2008 (N)
(4a) Bahagian permulaan sesebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. (7 markah)

PERHATIAN KELAS 5KL SET 2

Tugasan novel minggu ini:


1. Salin nota PLOT KONSERTO TERAKHIR dan SEBAB-SEBAB KONFLIK DITIMBULKAN (KONSERTO TERAKHIR)


2. Buat latihan berikut:

(a) Huraikan sebab-sebab konflik ditimbulkan oleh pengarang dalam sesebuah karya dengan berdasarkan novel yang anda kaji. (7 markah)

(b) Berdasarkan novel tingkatan 5 yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada klimaks cerita. (8 markah)

3. Tugasan ini hendaklah dihantar pada hari Selasa (6 Julai 2010)

SELAMAT MENJAWAB

SEBAB-SEBAB KONFLIK DITIMBULKAN (KONSERTO TERAKHIR)

1. Menjadikan jalan cerita lebih menarik

Cth: konflik antara Datin Salmah dengan Hilmi tentang hubungan Hilmi dengan Hayati

2. Memanjangkan cerita

Cth: konflik Hilmi dengan Datin Salmah dan Datuk Johari berakhir apabila mengetahui bahawa Hilmi anak kandung Datuk Johari. Persoalan ini terjawab pada akhir cerita.

3. Menyebabkan plot berjalan lancar

Cth: konflik Hilmi dengan Datin Salmah dan konflik Hilmi dengan Azizah

4. Menguji perwatakan watak utama

Cth: Hilmi berjaya menghadapi konflik hidupnya dengan tabah dan akhirnya menjadi seorang pemuzik terkenal

PLOT KONSERTO TERAKHIR

  • tidak mengikut kronogi kerana terdapat imbas kembali

1. Permulaan

  • Memperkenalkan watak-watak
  • Kedatangan Hilmi dari kampung untuk mencari pekerjaan di kota dengan meminta bantuan daripada Daatuk Johari

2. Perkembangan

  • Kehidupan Himi di rumah Datuk Johari sebagai tukang kebun
  • Minat Hilmi terhadap muzik
  • Hilmi belajar muzik secara percuma daripada Encik Bakar

3. Perumitan / konflik

  • Layanan buruk Datin Salmah
  • Ancaman Mohsin di Shell
  • Hukuman terhadap Encik Bakar oleh Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional
  • Masalah cetak rompak
  • Masalah rumah tangga

4. Klimaks / puncak

  • Pertunjukan Orkes Perdana RTM
  • Hilmi dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur
  • Kemunculan Hayati

5.Peleraian

  • Pembongkaran identiti Hilmi sebagai anak kandung Datuk Johari
  • Keinsafan
  • Kematian Hilmi dan Datuk Johari

Sunday, April 11, 2010

TEMA NOVEL PAPA & BUKTINYA

TUGASAN 4WP SET 1 - Salin nota ini di dalam buku latihan


Tema:

Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni.


Buktinya:

1. Papa

Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.

2. Mama


Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.


3. Julia


Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.

SINOPSIS PAPA...(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA!)

Tugasan 4WP Set 1
Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah.
Novel ini mengisahkan ______________ (1) yang hidup bahagia dengan bapanya, ___________(2) dan mamanya, _______________ (3) serta pembantu rumahnya, ___________ (4) di ­­____________ (5). Intan Julia yang berumur ___________ (6) bersekolah di ____________ (7). Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru ____________ (8). Bapanya juga pernah menjadi guru ____________ (9) di sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi pensyarah ekonomi di ____________ (10).


Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. ____________ (11) dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan ketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu enggan minum susu tepung. Intan Julia dilahirkan tidak cukup bulan, hanya ____________ (12) sahaja.


Makcik Noraini ialah ____________ (13) Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam perjalanan dari __________ (14) ke__________ (15). Mereka hendak pulang berhari raya. Makcik Noraini tidak setuju dengan tindakan Jeffri membeli dua buah katil bayi sebagai persiapan menyambut bayi anak kembar. Intan Maliana telah melahirkan anak kembar Siam bernama ____________ (16) dan ____________ (17) di _______________________________________ (18) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini mati di dalam perut dan Intan Maliana koma selama ___________ (19). Jeffri membawa pulang isterinya dan dirawat di rumah sahaja .


Selepas SPM, Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, ___________________________ (20), Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama dan papa keseorangan di rumah. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga ibunya yang koma . Dia telah berkenalan dengan pelajar baharu bernama __________ (21) semasa di bangku sekolah lagi. Mereka selalu bersama ke perpustakaan, minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera . Dia terserempak dua kali dengan bapa dan ___________ (22) minum bersama.


Aisyah merupakah gadis cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Di selalu bermain _________ (23) dengan Jeffri dan Intan Julia di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya berkahwin dengan Aisyah. Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan ialah ____________ (24) antara pensyarah UIA, ___________ (25) dengan pembantu rumahnya warga ___________ (26). Pembantu rumah itu balik ke ___________ (27) dan meletakkan bayi itu di tepi jalan kerana malu tidak berbapa. Muaz al Khalibi telah pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat
menyerahkan bayi itu kepada _______________ (28) yang tinggal di Taman Sri Andalas , Kelang.


Jefri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak ketahuan keturunannya. Rasylan menjadi ________________ (29) Datuk Mustakim. Dia tidak mendapat kasih sayang dan ditinggalkan di rumah sahaja. Rasylan ditinggalkan di rumah ketika keluarga Datuk Mustakim pulang ke kampung di Kuala Kangsar. Jeffri 'bermusuh' dengan Datuk Mustakim kerana ibu bapanya mati dilanggar oleh Datuk Mustakim. Atas rasa bersalah, Datuk mustakim memberi bantu kewangan kepada keluarga Jeffri.


Jefri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana ___________ (30). Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah yang sedang mengandung di sebelah suaminya. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima kenyataan itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran Julia, papa tidak pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.

Friday, April 2, 2010

PUNCA TANAH RUNTUH

Pendahuluan:
  • Alam sekitar – mekanisme ciptaan Tuhan yang paling berharga
  • Kini – khazanah alam diterokai dan dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya
  • Berjuta-juta hektar hutan hujan tropika menjadi padang jarak padang tekukur akibat kepupusan flora dan fauna
  • Menatijahkan pelbagai bencana alam berlaku – fenomena tanah runtuh
  • Kenal pasti punca sebelum mengambil jalan penyelesaian – kalau tiada angin masakan pokok bergoyang

Punca:

  1. Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit
  2. Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal dan tidak selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak dijadikan iktibar oleh pihak
    pemaju
  3. Aktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan-Senario ini berlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

Penutup:

  • harus bermuhasabah diri terhadap kejadian tanah runtuh yang mampu meragut nyawa manusia yang tidak berdosa dalam sekelip mata
  • alam perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan bukan dieksploitasi dengan sesuka hati – menimbulkan kemurkaan Tuhan – menatijahkan pelbagai bencana alam
  • bersinergi – melestari dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersama

KEBAIKAN PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004. Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.


(APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. (MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. (KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara.

(APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. (MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka. (BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. (BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas. (KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.

(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga dapat memperkukuh integrasi nasional. (MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum. (BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran. (KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.

SINOPSIS NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Latihan : Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah.

Novel ini mengisahkan ___________ (1) seorang pemuda yang berasal dari __________ (2) datang ke kota untuk memperbaik kehidupannya. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya, ________ (3). Hilmi bekerja sebagai __________ (4) di rumah orang kaya itu. Isteri Datuk Johari, iaitu ___________ (5) tidak suka akan kedatangan Hilmi kerana Hilmi orang kampung yang dianggap akan mencemarkan status keluarganya.
Semasa tinggal di rumah Datuk Johari, Hilmi melakukan berbagai-bagai kerja. Dia _____________ (6) dan menjaga ____________ (7) rumah dengan baik. Hilmi mempunyai minat dan bakat yang besar terhadap bidang ____________ (8). Dia tertarik dengan kebolehan ___________ (9) bermain piano.
Hilmi juga tertarik dengan penampilan Hayati walaupun Hayati telah ditunangkan dengan ___________ (9). Hal ini mendatangkan _______________ (10) Datin Salmah. Hilmi meninggalkan rumah itu dengan alasan untuk ____________________ (11). Namun, Hilmi sebenarnya terus berada di kota untuk _________________ (12) secara lebih serius. _______________ (13) telah sudi mengajarnya muzik tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Hilmi mula mencipta nama dalam bidang muzik. Dia akhirnya berjaya mengepalai sebuah ___________ (14). Dalam persembahan konsert perdana di ___________________ (15), Hilmi tidak muncul-muncul walaupun persembahan itu hampir dimulakan. Akhirnya muncul seorang wanita yang menggantikan tempat Hilmi. Beliau ialah Hayati yang baru pulang dari ___________ (16).
Hilmi sebenarnya telah terlantar di wad ____________________ (17) dalam keadaan tenat setelah jatuh pengsan. Ketika itulah Datuk Johari diberitahu oleh abang sepupunya, ______________ (18) bahawa Hilmi ialah anak kandungnya. Datin Salmah dan ___________ (19) insaf akan perbuatan mereka dan ingin menebus kesilapan. Ketika Datuk Johari sampai di rumah, dia mendapat panggilan telefon mengatakan Hilmi telah __________________ (20). Datuk Johari turut meninggal dunia kerana terkejut dengan berita itu.

TAHNIAH PELAJAR WESLEY METHODIST KUALA LUMPUR SPM 2009!

Sekalung ucapan tahniah kepada semua pelajar WESLEY METHODIST yang berjaya mendapat A bagi subjek Bahasa Malaysia dalam SPM 2009. Sebanyak 99 orang pelajar telah mendapat 'A' daripada 181 orang pelajar. Pelajar-pelajar berikut ialah:
  1. Ezreena (A+)
  2. Lee Ee Ling (A+)
  3. Quay Xiao Yun (A+)
  4. Eugene Yu Tze Ping (A+)
  5. Jonathan Yeoh Chong Yoong (A+)
  6. Lee Zheng Ern (A+)
  7. Ooi Mee Lian (A+)
  8. Tan Li Li (A+)
  9. Yap Carl Mann (A+)
  10. Yong Joy Lene (A+)
  11. Fionna Tan Sze Fong (A+)
  12. Ko Chia Chea (A+)
  13. Tammy Lim Mei Ern (A+)
  14. Yau Ga Joon (A+)
  15. Chow Hui Ee (A+)
  16. Lee Jia Sheng (A+)
  17. Amanda Ooi Meijiun (A+)
  18. Choong Sheue Li (A+)
  19. Kok Li Vern, Catherine (A+)
  20. Lee Jay Juen (A+)
  21. Alyssa Rachel Kong I-Ling (A+)
  22. Loh Kar Ling (A)
  23. Wong Jia Yee (A)
  24. Choo Jin Wai (A)
  25. Josephine Lim Yilin (A)
  26. Loh Kai Syuen (A)
  27. Azelia Shalini a/p Pehrinba Renganathan (A)
  28. Lim Khai Shing (A)
  29. Lim Sein Yein (A)
  30. Tan Jun Chuen (A)
  31. Yong Shen Wei (A)
  32. Goh Siau Wei (A)
  33. Leong Sek Hoong (A)
  34. Liew Pik Thing (A)
  35. Lo Chia Wei (A)
  36. Loong Joo Lee (A)
  37. Russel Pang Yan Wei (A)
  38. Tan Yee Wen (A)
  39. Yeaw Li Gin (A)
  40. Chan Jamin (A)
  41. Chong Jia Huei (A)
  42. Jonathan Tam Jun Kit (A)
  43. Leong Jian Wei (A)
  44. Valerie Thu Pui Mann (A)
  45. Alastair Lim Zhen-Zjie (A)
  46. Ong Kok Kuan (A)
  47. Wong Yen Li (A)
  48. Cheong Hui Ni (A-)
  49. Ryan Wong Nai Yang (A-)
  50. Samantha Chen Hen-Chi (A-)
  51. Clarence Ang Wai Loon (A-)
  52. Samantha Ooi Suii Liin (A-)
  53. Joey Khoo Hwai Joo (A-)
  54. Kenneth Wong Chen Fei (A-)
  55. Lee Ki Yip (A-)
  56. Lee Qin Xian (A-)
  57. Liyana Razman (A-)
  58. Soo Wye Kit (A-)
  59. Tan Wai Hwa (A-)
  60. Timothy Tai Ming Zheng (A-)
  61. Chong Zhi Kang (A-)
  62. Khor Xe-Haw (A-)
  63. Lee Ming Ling, Emelia (A-)
  64. Leong Wei Ian (A-)
  65. Loh Kai Tyng (A-)
  66. Ng Chun Hean (A-)
  67. Tan Weiken (A-)
  68. Wong Khye Mun (A-)
  69. Gan Kok Jin (A-)
  70. Goh Sue Ann (A-)
  71. Lee Huey Jiun (A-)
  72. Melvin Seow Liang Chou (A-)
  73. Nicholas Tan Ee Yyang (A-)
  74. Sanggetha a/p Ramachandran (A-)
  75. Stephanie Heng Shean Fei (A-)
  76. Yen Jing Xuan (A-)
  77. Aaron Anand Lee (A-)
  78. David Ho Tian Tysh (A-)
  79. Elizabeth Tan Shih Hwei (A-)
  80. Hooi Sin Yee (A-)
  81. Jacky Yap Lee Loong (A-)
  82. Jenani a/p R Segarajah (A-)
  83. Lim Kok Wee (A-)
  84. Ooi Yi Sheng (A-)
  85. Tan Shukim (A-)
  86. Chua Xin Ying (A-)
  87. Edric Yap Shi Yuan (A-)
  88. Felix Chew Wee Shen (A-)
  89. Lau Yan Nan (A-)
  90. Lee Cheng Yee (A-)
  91. Loh Ming Hui (A-)
  92. Mark Koh U-Ming (A-)
  93. Oh Keng Yee (A-)
  94. Ooi Qi Wei (A-)
  95. Phang Wei Jian (A-)
  96. Samantha Seah Cheok Wei (A-)
  97. Teh Hwee Phen (A-)
  98. Yap Xin Ying (A-)
  99. Yau Mei Shin (A-)
SYABAS!!!!!!!!