Friday, November 2, 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG SPM 2012

Akhirnya, masa yang dinanti bakal tiba jua. Kini, calon-calon SPM sedang menghitung detik yang dinantikan iaitu 5 November ini. Sedar tak sedar tinggal DUA hari sahaja lagi. Begitu pantasnya masa berlalu. Namun begitu, kita perlu akur akan perjalanan masa. Pelajar perlu membuat persediaan akhir agar tidak menyesal kelak. Jangan risau kerana masih ada masa. Biar berputih tulang, jangan berputih mata kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Ikutilah tips persediaan akhir untuk kertas Bahasa Melayu SPM 2012.

Kepada semua calon SPM di SEKOLAH METHODIST WESLEY KUALA LUMPUR, selamat maju jaya saya ucapkan. Saya berharap agar keputusan A+ meningkat apabila keputusan diumumkan. Saya yakin anda BOLEH! Ingatlah,

1. Baca setiap soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan dengan jelas.

2. Jawab mengikut teknik menjawab yang telah diajarkan oleh guru.

3. Jangan melakukan kecuaian yang tidak sepatutnya anda lakukan.

4. Rancanglah masa dengan bijak agar anda dapat menjawab setiap soalan. Manfaatkan 100 peratus masa di dalam dewan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jangan tidur di dalam dewan.

5. Pastikan tulisan anda jelas dengan dakwat 'ball pen' yang terang.

6. Kerap membaca kata kunci dan tema soalan agar jawapan tidak terpesong.

7. Jangan lupa minta restu ibu bapa sebelum pergi ke sekolah.

8. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya.

9. Pastikan anda telah membuat persiapan alatan tulis, slip peperiksaan dan mykad pada waktu malam dan dimasukkan ke dalam beg sebelum tidur.

10. JANGAN PANIK. Jika panik, ingat TUHAN.


SELAMAT MAJU JAYA kepada calon-calon SPM 2012 sama ada kepada calon-calon di Malaysia terutamanya pelajar-pelajar WMSKL.



2 comments:

  1. Terima Kasih MADAM! :) Saya amat menghargai segala-gala yang cikgu buat untuk kami! :)

    ReplyDelete