(a)
Usaha
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat:
i.
melalui amalan rumah terbuka pada setiap
sambutan perayaan
ii. mengadakan
aktiviti Hari Keluarga di kawasan kediaman
iii. menyemarakkan
budaya kunjung-mengunjungi
iv. menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti gotong-royong dan
kenduri-kendara
v. kerajaan
mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan dengan lebih
giat
(b)
Kepentingan
semangat kejiranan:
i.
Memupuk hubungan baik antara jiran
ii.
Memupuk nilai kerjasama
iii.
Membantu jiran yang menghadapi kesusahan
iv.
Menjamin keselamatan masyarakat
v.
Mengenali adat budaya kaum yang lain
Menarik
dan matang:
i.
Menurut kata mantan Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohammad, “Melalui amalan rumah terbuka, kita dapat berkenalan dan
menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus
membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.”
ii.
Memetik kata-kata mantan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan, “Kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan
seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa
lapangnya bersama dengan ahli keluarganya.”
iii. Mafhum
daripada sepotong hadis Nabi S.A.W yang menyatakan bahawa kehidupan kita ibarat
sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh
turut merasai sakit dan bersama-sama menjaga malam.
iv. Tun
Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang
menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang
boleh membangunkan masyarakat dan negara.
v.
Dilaporkan bahawa mantan Timbalan
Perdana Menteri Britain, John Prescott
menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan
formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.
vi. Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pernah menekankan
bahawa kehidupan bermasyarakat dengan semangat kejiranan merupakan salah satu
ciri signifikan dalam kamus hiudp rakyat Malaysia.
vii. cubit
paha kanan, paha kiri terasa juga
viii. bagai
aur dengan tebing / ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
ix. bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
x. tak kenal maka tak
cinta
good example (Y)
ReplyDeleteAmat membantu dalam mengarang karangan :)
ReplyDeletelove this example
ReplyDeletemantap dijiwa
ReplyDeleteTq krna brkongsi sedikit ayat ttp beribu mkna . Doakan saya spm
ReplyDelete