(a) KONSERTO
TERAKHIR
Novel
yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengarang novel Konserto Terakhir ialah
Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau,
Yan, Kedah. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Melayu Sungai Limau
sehingga lulus darjah lima. Kemudian, beliau menyambung pelajaran beliau di
Sekolah Inggeris St. Michael (1932-1933). Seterusnya, beliau bersekolah di
Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.
Dari segi pekerjaan, beliau
pernah sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di
Pahang pada tahun 1939, Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah
Puspa di Medan, pernah bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai
Pegawai Penyelidik di DBP (1968).
Dalam bidang penulisan, beliau
banyak menulis cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei, kritikan, drama,
dan sebagainya. Hasil-hasil karya beliau yang lain adalah seperti Issabela
(terjemahan), Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi.
Sepanjang penglibatan beliau dalam
bidang penulisan, beliau banyak meraih kemenangan. Beliau pernah SEA Write
Award, dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telah memenangi Sasterawan
Negara ke-8.
(b) PAPA
Nama sebenar Deana Yusof ialah
Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor.
Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA
di Shah Alam, Selangor.
Kini, Deana merupakan suri rumahtangga
sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam
menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti.
No comments:
Post a Comment