(a)
Langkah-langkah
untuk memajukan industri pelancongan:
i.
mengadakan
prasarana pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah
ii. pihak berkuasa perlu menghapuskan atau
mengurangkan cukai belian barangan di negara ini
iii. mengadakan kempen-kempen dan promosi
pelancongan
iv. langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil
bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong
v. mengadakan pameran kejohanan sukan bertaraf
dunia
(b)
Kepentingan
industri pelancongan:
i.
dapat
memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia
ii. dapat meningkatkan ekonomi negara
iii. dapat memajukan industri perhotelan
dan industri desa
iv. dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada
rakyat asing
v. mengurangkan
kadar pengangguran negara
vi. mengeratkan
hubungan sesama manusia dan kekeluargaan
vii. melepaskan
tekanan
Menarik
& matang:
- Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah.
- Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak hanya dipikul oleh pihak kerajaan sahaja.
- Tahun Melawat Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1990 menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian kepada industri pelancongan
- Pada tahun 2008 pula, Malaysia telah dikunjungi oleh sebanyak 22 juta orang pelancong yang telah menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Statistik ini menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling banyak menerima kedatangan pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong.
- Industri pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain
- dapat menangkis pandangan negatif negara-negara Barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat.
- aktiviti serampang dua mata / sambil menyelam minum air
- tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
- bagai cendawan tumbuh selepas hujan
- tak kenal maka tak cinta
No comments:
Post a Comment