(a) KONSERTO
TERAKHIR
i.
Peristiwa Hayati mengambil alih tempat
Hilmi
-
Hayati berjaya memimpin orkes perdana
dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton di Dewan Tunku
Canselor, Universiti Malaya. Kemunculan Hayati dan kejayaannya menggantikan
tempat Hilmi untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai
‘Hilmi Potpouri’ telah menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi oleh Ketua
Pengarah RTM. Selepas itu, Hayati, Datuk Johari dan Datin Salmah dibawa ke
Hospital Besar Kuala Lumpur oleh Ketua Pengarah RTM untuk melawat Hilmi.
ii.
Peristiwa pembongkaran identiti sebenar
Hilmi
- Ketika menunggu Hilmi menjalani
pembedahan, Pak Long Karim menceritakan hal Himi kepada Datuk Johari. Pak Long
Karim membuka rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari dengan bekas
isterinya dahulu. Pak Long Karim merahsiakan hal itu kerana takut rumah tangga
Datuk Johari dan Datin Salmah retak kerana peristiwa itu. Apabila mendapat
berita itu, Datuk Johari berjanji untuk menghantar Hilmi belajar muzik di
mana-mana sahaja yang dikehendakinya. Datin Salmah dan Azizah turut insaf.
iii.
Peristiwa kematian Hilmi dan Datuk
Johari
-
Selepas Hilmi dibawa keluar dari bilik
pembedahan pada waktu Subuh, Datuk Johari dan Datin Salmah bercadang untuk
balik ke rumah dan datang ke hospital semula apabila hari siang nanti. Sebaik
sahaja Datuk Johari tiba di pekarangan rumahnya, dia mendapat berita bahawa
Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka meninggalkan hospital. Datuk Johari
terjatuh dan dia juga meninggal dunia.
(b) PAPA
i.
Peristiwa kematian mama
Selepas mama tersedar daripada koma selama
tiga tahun lebih, selepas solat Maghrib
suatu hari, papa pergi ke bilik
mama bersama Julia. Papa dan Julia berasa pelik apabila mama membuka mata dan menggerakkan mulut
meminta pizza secara tiba-tiba. Mak Cik Aisyah masuk ketika papa
berbual-bual dengan mama. Mama memerhatikan keadaan Mak
Cik Aisyah mengandung dan memegang bahu papa. Papa memberitahu mama bahawa
Aisyah ialah isteri baharunya. Dada
mama bergoncang dengan kuat. Akhirnya,
mama menghembuskan nafas yang terakhir.
ii.
Peristiwa papa mengalirkan air mata
Papa
atau Jeffri merupaka seorang bapa dan suami yang tabah. Dia tidak pernah
menangis ketika anak kembar siamnya meninggal dunia dan ketika mama koma selama tiga tahun lebih. Akan tetapi, air mata seorang lelaki yang tabah akhirnya
mengalir juga apabila isteri tercintanya iaitu Intan Maliana meninggal dunia.
Hal ini membuktikan bahawa papa amat mencintai dan menyayangi isteri pertamanya
itu walaupun dia telah berkahwin lain dengan Aisyah. Bagi Jeffri, Intan
Maliana seorang isteri yang terbaik kerana sanggup berkorban nyawa untuk
dirinya.
hi,,, got melunas rindu?
ReplyDeletemaaf, cikgu hanya arif dalam novel papa dan konserto terakhir.
DeleteCikgu, ni sama ke dengan peristiwa pengakhiran cerita?
ReplyDeleteCikgu, ni sama ke dengan peristiwa pengakhiran cerita?
ReplyDelete