Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di
sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara
aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan
masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi
iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah
Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan
kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid
yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang
mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap
murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi
1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras
dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat
pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi
kepentingan bersama.
Dasar 1 Murid 1
Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari
kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan
negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan
berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung
dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan
murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke
arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak
mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun
4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan
6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun
3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna
kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.
Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan
dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan
berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri
semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar
semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran
terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang
menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario
ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap
pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011,
dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam
kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu,
tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada
masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas
sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini.
Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan
berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di
peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara
lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa
rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah
negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah
melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam
menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk
menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai
kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti
sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah
terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan
dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses
kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini
lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan
dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa
mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini.
Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan
juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan
peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut
kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah
satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh
dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta
ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan
menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa.
Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk
Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan
banyak membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua
pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua
aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1
Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1
Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan
akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan
menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon
terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa.
Terima kasih Cikgu
ReplyDeleteterima kasih banyak-banyak cikgu! dapat bantu saya dalam homework yang diberi.
ReplyDeletecikgu mohon copy paste
ReplyDeletethank you teacher :) love you !
ReplyDeletemohon copy cikgu..terima kasih..:)
ReplyDeletetq cg...i like you..hehehehe..
ReplyDeleteTQ :)
ReplyDeleteterima kasih cikgu .
ReplyDeletesangat membantu :)
terima kasih cikgu.
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteTerima kasih cikgu Anelyza :) , mohon copy paste ye cikgu .
ReplyDeletewow sgt membantu . trimas
ReplyDeleteharap masuk SPM esok...Tq Cikgu..:-]
ReplyDeleteHarap masok SPM , terima kasih cikgu :)
ReplyDeletethank you :)
ReplyDeletedoakan saya spm tahun ni.........2014
ReplyDeletecikgu steady tommorow sy exam,,wish me luck..
ReplyDeletemaklumat yg ditulis dalam entry ni saya jadikan rujukan dalam assignment saya. terima kasih yea cikgu. Jemput singgah blog saya ada kelapangan nanti. lurvealoevera.blogspot.com =)
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Izinkan saya guna maklumat ini untuk kerja rumah saya
ReplyDelete