Sunday, November 4, 2012

NOVEL 3 : PELERAIAN CERITA


(a)    KONSERTO TERAKHIR

i.                    Peristiwa Hayati mengambil alih tempat Hilmi
-          Hayati berjaya memimpin orkes perdana dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Kemunculan Hayati dan kejayaannya menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai ‘Hilmi Potpouri’ telah menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi oleh Ketua Pengarah RTM. Selepas itu, Hayati, Datuk Johari dan Datin Salmah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh Ketua Pengarah RTM untuk melawat Hilmi.

ii.                  Peristiwa pembongkaran identiti sebenar Hilmi
-                      Ketika menunggu Hilmi menjalani pembedahan, Pak Long Karim menceritakan hal Himi kepada Datuk Johari. Pak Long Karim membuka rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari dengan bekas isterinya dahulu. Pak Long Karim merahsiakan hal itu kerana takut rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah retak kerana peristiwa itu. Apabila mendapat berita itu, Datuk Johari berjanji untuk menghantar Hilmi belajar muzik di mana-mana sahaja yang dikehendakinya. Datin Salmah dan Azizah turut insaf.

iii.                Peristiwa kematian Hilmi dan Datuk Johari
-                      Selepas Hilmi dibawa keluar dari bilik pembedahan pada waktu Subuh, Datuk Johari dan Datin Salmah bercadang untuk balik ke rumah dan datang ke hospital semula apabila hari siang nanti. Sebaik sahaja Datuk Johari tiba di pekarangan rumahnya, dia mendapat berita bahawa Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka meninggalkan hospital. Datuk Johari terjatuh dan dia juga meninggal dunia.

(b)   PAPA

                                            i.            Peristiwa kematian mama
       Selepas mama tersedar daripada koma selama tiga tahun lebih, selepas solat Maghrib suatu hari, papa pergi ke bilik mama bersama Julia. Papa dan Julia berasa pelik apabila mama membuka mata dan menggerakkan mulut meminta pizza secara tiba-tiba. Mak Cik Aisyah masuk ketika papa berbual-bual dengan mama. Mama memerhatikan keadaan Mak Cik Aisyah mengandung dan memegang bahu papa. Papa memberitahu mama bahawa Aisyah ialah isteri baharunya. Dada mama bergoncang dengan kuat. Akhirnya, mama menghembuskan nafas yang terakhir.

                                          ii.            Peristiwa papa mengalirkan air mata
          Papa atau Jeffri merupaka seorang bapa dan suami yang tabah. Dia tidak pernah menangis ketika anak kembar siamnya meninggal dunia dan ketika mama koma selama tiga tahun lebih. Akan tetapi, air mata seorang lelaki yang tabah akhirnya mengalir juga apabila isteri tercintanya iaitu Intan Maliana meninggal dunia. Hal ini membuktikan bahawa papa amat mencintai dan menyayangi isteri pertamanya itu walaupun dia telah berkahwin lain dengan Aisyah. Bagi Jeffri, Intan Maliana seorang isteri yang terbaik kerana sanggup berkorban nyawa untuk dirinya.

4 comments:

  1. Replies
    1. maaf, cikgu hanya arif dalam novel papa dan konserto terakhir.

      Delete
  2. Cikgu, ni sama ke dengan peristiwa pengakhiran cerita?

    ReplyDelete
  3. Cikgu, ni sama ke dengan peristiwa pengakhiran cerita?

    ReplyDelete