Saturday, November 3, 2012

KARANGAN SPM 10: SEMANGAT KEJIRANAN


(a)   Usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat:
i.        melalui amalan rumah terbuka pada setiap sambutan perayaan
ii.      mengadakan aktiviti Hari Keluarga di kawasan kediaman
iii.    menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi
iv.    menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti gotong-royong dan kenduri-kendara
v.      kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kejiranan dengan lebih giat

(b)   Kepentingan semangat kejiranan:
                      i.            Memupuk hubungan baik antara jiran
                    ii.            Memupuk nilai kerjasama
                  iii.            Membantu jiran yang menghadapi kesusahan
                  iv.            Menjamin keselamatan masyarakat
                    v.            Mengenali adat budaya kaum yang lain

Menarik dan matang:
i.           Menurut kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, “Melalui amalan rumah terbuka, kita dapat berkenalan dan menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.”
ii.         Memetik kata-kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, “Kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya bersama dengan ahli keluarganya.”
iii.       Mafhum daripada sepotong hadis Nabi S.A.W yang menyatakan bahawa kehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama menjaga malam.
iv.       Tun Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan masyarakat dan negara.
v.         Dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Britain,  John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.
vi.       Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pernah menekankan bahawa kehidupan bermasyarakat dengan semangat kejiranan merupakan salah satu ciri signifikan dalam kamus hiudp rakyat Malaysia.
vii.     cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
viii.   bagai aur dengan tebing / ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
ix.      bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
            x.   tak kenal maka tak cinta

5 comments: