Soalan
1
Dimensi : Diri
Format :
Tiada
Tema : Dunia Semakin Canggih (Tingkatan
4)
Aras : Rendah
Penggunaan
telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan pelajar di sekolah
walaupun mendatangkan pelbagai implikasi.
Jelaskan
implikasi penggunaan alat komunikasi tersebut kepada pelajar.
Kehendak
soalan:
a. Pelajar
perlu menghuraikan kesan / implikasi penggunaan telefon bimbit kepada
pelajar sama ada pelajar sekolah atau IPT.
b. Jawapan
pelajar mestilah mempunyai kebaikan dan keburukan penggunaan
telefon
bimbit
c. Pelajar
mestilah menghuraikan dua kebaikan dan tiga keburukan atau tiga
kebaikan
dan dua keburukan atau dua kebaikan dan dua keburukan.
d. Jika
pelajar menghuraikan satu kebaikan dan empat keburukan atau satu
keburukan
dan empat kebaikan, markah maksimum : Baik atas
Cadangan
isi
kesan
positif:
Isi
1 : memudahkah para pelajar menghubungi ahli keluarga
Isi
2 : memudahkan pembelajaran pelajar
Kesan
negatif :
Isi
1 : menjejaskan pelajaran pelajar
Isi
2 : membazirkan masa para pelajar
Isi
3 : memudaratkan kesihatan para pelajar
Kesimpulan
:
Ibu bapa perlu memantau
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak – pelajar perlu bijak
menggunakan teknologi moden.
KARANGAN CONTOH:
Alaxander Graham Bell merupakan insan yang
bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon. Ciptaan
beliau ini telah dimajukan dan dimodenkan melaui penciptaan telefon bimbit atau
dikenali juga sebagai telefor selular. Dalam era yang serba canggih dengan kemajuan sains dan
teknologi, telefon bimbit adalah satu kemestian untuk dimiliki oleh semua orang
terutamanya pelajar zaman sekarang. Telefon bimbit merupakan satu alat
komunikasi yang sangat popular dan semakin meluas dengan kecanggihannya tanpa
mengira harganya. Hal ini kerana pelajar zaman sekarang mampu untuk mendapatkan
atau memiliki telefon bimbit yang canggih dengan teknologi sekarang. Terdapat
pelbagai jenama telefon bimbit di pasaran di negara kita seperti telefon bimbit
jenama nokia, samsung, iphone, blackberry dan lain-lain. Jika
diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan
implikasi yang pelbagai kepada para pelajar. Persoalannya, apakah-apakah
implikasi yang akan diterima oleh para pelajar jika mereka menggunakan telefon
bimbit dengan bijak atau sebaliknya?
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit banyak memberikan faedah
kepada para pelajar. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit
boleh digunakan untuk menghubungi insan tersayang yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati.
Dewasa ini, terdapat para pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekolah yang
berjauhan dari tempat tinggal mereka dan mereka akan tinggal di asrama. Mereka
terpaksa berenggang dengan ahli keluarga tersayang mereka demi melunaskan
tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan merealisasikan impian keluarga untuk
mencapai kejayaan. Jadi, hanya sebuah telefon bimbit yang dapat menjadi medium
untuk mereka melepaskan kerinduan. Mendengar suara ibu dan bapa pastinya
membuatkan jiwa pelajar lebih tenang lebih-lebih lagi mereka merupakan insan
yang paling mengenali diri anaknya. Apabila para pelajar bakal menduduki
peperiksaan, mereka akan menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon bimbit
untuk mendapatkan kata-kata motivasi. Oleh hal yang demikian, penggunaan
telefon bimbit oleh para pelajar pastinya dapat mengukuhkan ikatan silaturahim
antara ahli keluarga bagai isi dengan
kuku walaupun tinggal berjauhan. Tegaslah bahawa telefon bimbit merupakan
medium yang berkesan sebagai alat perhubungan antara pelajar dengan ahli
keluarganya.
Lain daripada itu, penggunaan telefon bimbit dapat
membantu para pelajar untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan persekolahan. Sebagai
seorang pelajar, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru merupakan satu
kewajipan penting bagi seseorang pelajar yang ingin berjaya. Dalam masa yang
sama juga, ada pelajar yang perlu berada di luar kawasan sekolah untuk
mengharumkan nama sekolahnya dengan menyertai pelbagai pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak Jabatan atau Kementerikan Pendidikan. Hal ini menyebabkan
pelajar tersebut tidak dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Oleh itu, pelajar itu akan menghubungi rakan-rakannya melalui telefon
bimbit untuk bertanyakan tugasan yang perlu disiapkan waima tidak berada di
sekolah. Secara tidak langsung, segala perkara penting yang disampaikan oleh
guru ketika pelajar tidak boleh hadir ke sekolah dapat diketahui dengan segera
melalui penggunaan telefon bimbit. Budaya tolong-menolong ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing antara pelajar
sekolah juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Ringkasnya, penggunaan
telefon bimbit dalam kalangan pelajar dapat memudahkan urusan pembelajaran
mereka.
Malangnya, di sebalik kebaikan telefon
bimbit, ada udang di sebalik batu di sebalik penggunaannya.
Hal ini dikatakan demikian kerana telefon bimbit dapat memberikan impak negatif
terhadap penggunanya terutama kepada para pelajar. Salah satu kesan negatifnya
ialah penyalahgunaan telefon bimbit dapat menatijahkan prestasi akademik dalam
kalangan pelajar semakin merosot. Hal ini memanglah serius kerana pendidikan
merupakan teras kekuatan masyarakat supaya mampu berdaya saing dengan pasaran
global pada era globalisasi yang pantas berubah. Misalnya, pelajar telah
mengabaikan pelajaran mereka kerana fokus pelajar semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran telah berkurang. Menurut kajian, rata-rata generasi muda
menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk melayari laman sembang dan
aplikasi permainan maya sehingga ketagihan. Secara implisit, prestasi akademik
pelajar akan merosot kerana kekurangan
inisiatif dan semangat yang membara bagai hilang kapak berganti beliung selepas
ketagihan dalam perisian telefon bimbit yang semakin canggih. Jelaslah bahawa ketagihan
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menjejaskan prestasi
akademik mereka.
Jika ditinjau dari pandangan perancangan masa, pelajar yang
menggunakan telefon bimbit tanpa batasan telah mensia-siakan masa hadapan
mereka. Pengurusan masa memanglah penting untuk membentuk sahsiah diri yang
berdisiplin dan mempunyai sikap yang menghargai setiap detik yang dikurniai
oleh Tuhan. Masa bagai mata pedang yang akan memancung kita jika tidak
dimanfaatkan dengan bijak. Jadi, usia remaja perlulah diisi dengan
sebaik-baiknya dalam aktiviti yang berfaedah dan bukannya menghabiskan masa
berkualiti mereka dengan menatap skrin telefon bimbit. Menurut tinjauan
terkini, generasi muda telah menghabiskan sekurang-kurangnya 19 jam seminggu
dalam penggunaan peranti mewah seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Ironinya,
pelajar kini lebih cenderung membazirkan masa untuk menghantar khidmat pesanan
ringkas(SMS), bersembang dalam talian dan bermain permainan maya yang tidak
membawa manfaat dari segi perkembangan jiwa dan minda. Jadi, pengurusan masa
penting kerana semakin lama kita melayani perkara yang membazir, semakin
jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Izharnya, penyalahgunaan
telefon bimbit akan membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda
kapar tetap tidak berlalu.
Akhir sekali dan tidak kurang
pentingnya, penggunaan telefon bimbit dapat memudaratkan kesihatan pelajar. Akibat
perkembangan arus perdana tanpa batasan, pelajar kini semakin pasif dalam
pergerakan fizikal dan mental. Kebanyakan masa telah dihabiskan di depan
telefon bimbit atau tablet kerana tidak ingin ketinggalan dalam arus
globalisasi yang pantas bergolek. Natijahnya, kadar metabolisme yang rendah
akan menggangu sistem peredaran darah dan proses perkumuhan. Pada era atom ini,
kadar radioaktif atau ultraungu telah menjejaskan penglihatan pelajar. Mengikut
kajian, masalah penyakit dalam kalangan pelajar seperti penyakit lelah, asma,
penyakit mata dan telinga semakin kronik dan seakan-akan tiada penghujung. Mengikut
kajian terbaru daripada 31 saintis daripada 14 negara-negara maju termasuk
Amerika Syarikat, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan
penyakit barah otak. Hal ini kerana gelombang elektromagnet yang terhasil
daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang
berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan
seterusnya menyebabkan kanser otak. Jika hal ini berlaku sudah pasti pelajaran
dan masa hadapan pelajar akan terjejas kerana tidak dapat hadir ke sekolah
seperti pelajar yang tiada masalah kesihatan. Pendek kata, penggunaan
telefon bimbit yang terlampau oleh para pelajar akan menjejaskan tahap
kesihatan mereka.
Karangan yang hebat...
ReplyDeleteEasy to score dalam spm....
Lol
ReplyDeleteSuper...................................................
ReplyDeleteNie karangan esei ke
ReplyDeletekarangan terhebat
ReplyDeletegood essay and help 2 get more ideas
ReplyDeleteThat right
ReplyDeletethank for your essays
ReplyDeletebrapa patah perkataan ni
ReplyDelete1000000000
Deleteterima kasih utk karangan yg sungguh mantap ini . karangan ini sangat membantu saya dalam menjawab karangan bahagian b utk percubaan spm .
ReplyDeletehoho esok exam
ReplyDeletehoho esok exam
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih cikgu.. sangat membantu.. tips utk spm 2016.
ReplyDeleteterima kasih cikgu.. sangat membantu.. tips utk spm 2016.
ReplyDeleteX terfikir nk guna ayat ni
ReplyDeleteterbaik la ;)
ReplyDeleteEsok SPM. Karangan ni fuh unbelieveable. Niceee :D
ReplyDeleteada kemungkinan karangan tentang telefon bimbit akan keluarke? sebab cikgu skolah suruh focus karangan yg berkaitan dengn telefon bimbit
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteharap2 keluar la krngn mcm ni esk..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI want kepentingan pengguna telefon bimbit bagi pelajar sekolah
ReplyDeleteI want kepentingan pengguna telefon bimbit bagi pelajar sekolah
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi ilmu
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi ilmu
ReplyDeletesangat membantu..nicee
ReplyDeleteTerima kasih kerana membantu saya...
ReplyDeleteThorbaikkk....
ReplyDeleteTerima kasih ianya amat membantu !
ReplyDeletetrimas
ReplyDeleteWow thanks 😢
ReplyDeleteTq teacher
ReplyDelete