DIMENSI
GLOBAL
SOALAN:
Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global
sangat membimbangkan dan meninggalkan kesan negatif kepada negara yang
terlibat.
Bincangkan.
Dimensi : Antarabangsa
Format :
Tiada
Tema : Rumah Terbuka Rakyat Malaysia:
Kemanusiaan Sejagat (Tingkatan 5)
Aras : Tinggi
Kehendak
soalan:
- Pelajar mesti menyatakan kebimbangan aktiviti pemerdagangan manusia oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan rakyat di seluruh dunia.
- Pelajar hendaklah memberikan contoh negara-negara yang sering berlaku kes pemerdagangan manusia.
- Pelajar hendaklah memahami konsep pemerdagangan manusia.
Cadangan
isi (kesan):
1.
Mencemarkan
imej negara di mata dunia
-
Kedudukan
Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu
permerdagangan manusia
mencemarkan imej negara di mata dunia - Menunjukkan negara lemah
dalam
mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang - Negara dianggap sebagai
sarang jenayah.
2.
Mengancam
keselamatan dan keamanan negara
-
Jenayah
yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak
yang
diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat
hiburan, rumah urut dan
sebagainya - Sindiket atau mereka yang terlibat juga
melakukan aktiviti jenayah lain untuk
mengumpulkan kekayaan.
3.
Menjejaskan
hubungan diplomatik antara negara terlibat
-
Penyeludupan
dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang
berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan
pembantu rumah menimbulkan rasa tidak
puas hati antara negara yang terlibat.
4.
Peningkatan
masalah sosial di negara terlibat
-
Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti
berpeleseran, pelacuran, seks bebas,
minum arak dan
sebagainya.
5.
Penularan penyakit berjangkit.
- Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi,
penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat.
Aw
ReplyDelete