Soalan:
Terdapat pelbagai nilai murni dalam aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan di sekolah. Jelaskan faedah- faedah yang diperoleh daripada
aktiviti yang telah anda sertai.
Karangan contoh:
Kegiatan kokurikulum dapat
didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan
ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan
kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai
sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum
ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan
pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah
dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak
mengecewakan. Mereka menyertai aktiviti kokurikulum dengan sambalewa bagaikan
melepaskan batok di tangga. Hal ini amat membimbangkan kerana usaha untuk
melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang tidak dapat dicapai melalui
bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai
nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti saya melalui aktiviti
kokurikulum. Falsafah Pendidikan Negara menegaskan sebanyak 16 nilai murni
masyarakat Malaysia terdapat dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya, apakah
faedah-faedah yang saya peroleh daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya
sertai?
Salah satu faedah
aktiviti kokurikulum ialah nilai kepemimpinan dapat ditanam dalam diri saya
walaupun saya belum cukup keras ubun-ubunnya. Hal ini penting suaya negara kita
tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana generasi
muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara. Melalui
kegiatan kokurikulum, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk
pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau
bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan
yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi
dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam memimpin
ini dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak.
Di sekolah, saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan Bahasa
Melayu. Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya dapat mempeelajari
cara untuk menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang untuk merancang
pelbagai aktiviti yang menarik bersama dengan pasukan saya dan guru-guru
penasihat saya untuk menjayakan persatuan ini. Bukan itu sahaja, saya turut
dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam persatuan saya. Dengan memperoleh
pengalaman-pengalaman ini, saya akan menjadi lebih bijak dalam menguruskan
sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka. Tegasnya, nilai kepemimpinan
dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang saya ceburi.
Selain itu, kegiatan
kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara kaum dalam jiwa saya.
Perpaduan amat penting
dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur terutamanya dalam negara yang
berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap persatuan
dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk apabila saya
bersatu dengan rakan yang berbangsa lain
dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang berbangsa
Cina dan India mewakili pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang
diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola jaring. Dalam perlawanan bola jaring, kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak langsung, hubungan saya
dengan rakan seperjuangan yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh
ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan
kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kami akan saling menghormati walaupun
warna kulit, agama dan bangsa kami berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan
faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan
agama atau kaum. Ringkasnya, penglibatan saya dalam kegiatan
kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam
diri saya.
Menyingkap dari
perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai berdikari dalam
diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri,
berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap
berdikari atau kendiri kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan
sering dimanjakan oleh ibu bapa mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti
mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh
pembantu rumah mereka. Dalam aktiviti kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam
melalui penyertaan dalam pasukan beruniform. Saya telah menyertai pasukan
beruniform Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan beruniform ini akan
menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah,
seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam
kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa
bantuan ahli keluarga. Sebagai contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan
mendirikan khemah sendiri. Lantaran daripada itu, saya eperti burung dalam sangkar
yang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Izharlah
bahawa Lebih-lebih lagi, anggota pasukan beruniform lebih
berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa nilai berdikari
dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang
saya sertai.
Di samping itu,
dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk disiplin
diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak
berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap
tanggungjawab seseorang pelajar. Sikap melepaskan batok di tangga
dapat dihapuskan apabila seseorang pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk
menyandang sesuatu jawatan yang penting dalam unit beruniform, kelab dan
permainan. Peraturan
yang ditetapkan dalam unit beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri
dan melatih mereka supaya berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi
peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Contoh yang
lain, apabila
hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati masa. Jika
terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat dalam
masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme kerana
memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin diri
yang tinggi dapat saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.
Berdasarkan
cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek
pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa
generasi muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka
merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan
kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para
pelajar perlulah memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti
kokurikulum. Namun begitu, kita seharusnya mengharapkan usaha generasi yang
baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang semata-mata. Jadi, semua
pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia
perlulah menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi
kenyataan dan bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika
ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari
ini.”
Terima kasih, Sgt bermanfaat
ReplyDeleteNaise naise lit lit jawapan thanks
ReplyDeleteTerima kasih karangan ini amat membantu dan bermanfaat untuk para pelajar.
ReplyDeleteBagus.....dpt buat rujukan sebelum periksa
ReplyDeletedoakan yang terbaik esok saya trial.......harap dapat A+ dalam BM
ReplyDeleteI will pray
Deleteessay ini sgt bgus dn brmanfaat kpd sye
DeleteSaya seperti orang mengantuk disorongkan bantal bila dpt baca karangan ni . Terima kasih ye :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKrgn ini dpt membantu pelajat dalam peperiksaan sama ada spm mahupun pt3 ..terima kasihhh ..doakan kami dpt membuat krgnn yg kreatif
ReplyDeletethanks you
ReplyDeletesaya ialah calon spm 2018.Terima Kasih soalan ni yang keluar spm ahgagagaggagahah
ReplyDeletesamalah sya pun tiru yg ni
DeleteTerima kasih, kerana karangan membantu saya
Deleteni yg kluar
ReplyDeleteTerima kasih sya sngt memanfaat kan semua isi ini
ReplyDeleteterima ksih dpat sya amik skit ayat dri krangan ni bila buad krja skolah
ReplyDeleteSaya copy
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletesgt berguna, terima kasih
ReplyDeletethank you
ReplyDeleteTq pt3 soalan bocor keluar yg nin
ReplyDeleteTengkiusomuchಠᴥಠ
ReplyDelete