Friday, February 8, 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013



  • Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year 2013 diucapkan kepada semua murid WMSKL dan kepada  semua pengunjung blog ini.
  • Semoga kalian dapat meraikan perayaan ini bersama keluarga dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
  • Teruskan amalan ziarah menziarahi antara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
  • Berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


INFO KESIHATAN

Frasa / Ungkapan Menarik
   Kesihatan melambangkan kekayaan
   Rakyat Sihat, Negara Maju (slogan)
   Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang
Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang 
   (Hadis Nabi) Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit 
•   Moliere ada berkata, “Aku hidup daripada makanan yang baik, bukan daripada kata-kata yang indah.” / “Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.”
 
  KEMATANGAN
 
   Lebih 60% daripada rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% daripada jumlah itu berada dalam kategori obes.
•  Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda 
   Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggumenurut Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).  Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus. 
   Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit jantung. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal
* Kajian awal Institut Kanser Kebangsaan AS sendiri menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47peratus bagi mereka yang mendapat kurang tujuh jam tidur setiap hari.

Tuesday, January 8, 2013

KELAS 4KL SET 1

LATIHAN MENGANALISIS SOALAN KARANGAN TERBUKA (UMUM)


1.     Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.
Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula. (SPM J2008, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

2. Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya. (SPM N2008, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

3.   Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu, anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa itu.
Jelaskan perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut. (SPM J2009, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

4.     Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai. (SPM N2009, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

5.   Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam.
Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas tersebut. (SPM J2010, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

6. Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas sekolah, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin. (SPM N2010, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

7.     Setiap individu digalakkan supaya mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang.
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu hobi. (SPM Jun 2011, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

8.  Setiap individu perlu mempunyai wawasan untuk mencapai cita-citanya. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita anda. (SPM Nov 2011, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

9.  Kejayaan seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
Bincangkan. (SPM Jun 2012, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
F: _________________________________________

10. Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi. (SPM Nov 2012, B1)
T: _________________________________________
K: ________________________________________
       F: _________________________________________

Hantar selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini (11 Januari 2003)
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PARA PELAJAR PMR 2012 ATAS KEJAYAAN ANDA DALAM KERTAS BAHASA MELAYU YAKNI SEBANYAK 86.91% TELAH MEMPEROLEH 'A' BERBANDING DENGAN 72.68% (2011). PENCAPAIAN INI AMAT MEMBANGGAKAN DAN DIHARAPKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG INI AKAN BERULANG SEMASA SPM 2014. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU BM WMSKL ATAS USAHA KALIAN YANG TIDAK MENGENAL ERTI JEMU.

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI. SEMOGA IMPIAN DAN HARAPAN ANDA PADA TAHUN INI DAPAT DIREALISASIKAN.

SELAMAT BERKENALAN KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU SAYA, IAITU 4KL SET 1, 4WP SET 3 DAN 5KL SET 3. SEMOGA ANDA DAPAT MENGIKUTI PENGAJARAN SAYA DENGAN BAIK.