Friday, February 8, 2013

INFO KESIHATAN

Frasa / Ungkapan Menarik
•   Kesihatan melambangkan kekayaan
•   Rakyat Sihat, Negara Maju (slogan)
•   Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang
• Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang 
•   (Hadis Nabi) Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit 
•   Moliere ada berkata, “Aku hidup daripada makanan yang baik, bukan daripada kata-kata yang indah.” / “Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.”
 
  KEMATANGAN
 
•   Lebih 60% daripada rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% daripada jumlah itu berada dalam kategori obes.
•  Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda 
•   Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu” menurut Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).  Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus. 
•   Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit jantung. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. 
* Kajian awal Institut Kanser Kebangsaan AS sendiri menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47peratus bagi mereka yang mendapat kurang tujuh jam tidur setiap hari.

No comments:

Post a Comment