Saturday, September 8, 2012

SOALAN 8 – PELERAIAN PLOT


Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan peleraian plot novel-novel tersebut.
             
         Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Papa, karya Deana Yusof dan  novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain iaitu novel tingkatan 5.. Kedua-dua buah novel ini mengandungi peleraian dalam plot masing-masing.

Dalam peleraian novel Papa, Intan Julia mendapat tahu bahawa papanya, iaitu Encik Jeffri berhasrat berkahwin lagi. Pada peringkat awal, Intan Julia tidak dapat menerima kehadiran Mak Cik Aisyah, iaitu bekas pelajar papanya semasa di universiti. Sikap penyayang, baik hati dan bertolak ansur Mak Cik Aisyah meruntuhkan semua prasangka Intan Julia. Sebaik-baik sahaja Intan Julia dapat menyesuaikan diri dengan ibu tirinya, tanpa diduga pada suatu hari mamanya tersedar daripada koma tetapi hanya seketika. Semasa mamanya sedar, papa terus bercakap dengannya dan memberitahu bahawa wanita yang ada di sisinya ialah isteri mudanya. Mama Intan Julia seolah-olah tidak merestui. Namun begitu, umur mama Intan Julia tidak panjang, saat itu juga dia menghembuskan nafas terakhirnya. Jeffri yang selama ini keras hati akhirnya menangis atas pemergian isteri tersayangnya.

Dalam peleraian novel Konserto Terakhir, Hayati telah mengambil alih tempat Hilmi untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai ‘Hilmi Potpuri’. Hal ini disebabkan Hilmi terjatuh ketika hendak keluar dari rumahnya dan dimasukkan ke hospital. Persembahan Hayati berjaya mendapat sambutan yang hangat daripada penonton di dewan. Ketua pengarah RTM kemudian membawa Hayati ke hospital untuk melawati Hilmi. Di hospital, Pak Long Karim, iaitu abang sepupu Datuk Johari menerangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi terhutang budi kepada mereka berdua kerana membiayai perbelanjaan Hilmi belajar muzik dan menguruskan perkahwinannya dengan Azizah. Dia juga membuka rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah menjadi sebak apabila mendengar berita itu. Selepas itu, Datuk Johari sekeluarga mendapat berita bahawa Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka meninggalkan hospital. Datuk Johari terjatuh dan dia juga meninggal dunia di pekarangan rumahnya.

Oleh: Kok Jia Ern (5W)

1 comment:

  1. I want jawapan for2 peristiwa pada perinkat peleraian berdasarkan sebuah novel

    ReplyDelete