Monday, August 17, 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 3



(1)            CERPEN MELLISA

Petikan 1
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis…. Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu… (m.s.153)

i)         Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya? [2m]       
            - perasaannya tergugah
            - berasa malu / mukanya menjadi merah
            - berasa gugup                                                                                 

ii)       Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika     berada dalam sesuatu majlis?  [3m]      
            - memberi salam / menyapa
            - beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
            - beramah mesra / berbual / bergaul                                             

iii)   Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada Keseluruhan cerpen.                                         
            Latar masyarakat dalam petikan
            - Masyarakat yang peramah.
Cth: Syahid menghulurkan tangan kepada Mellisa  sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
           
- Masyarakat penulis.
Cth: Syahid merupakan penulis rencana dalam akhbar.
                                                                                                                       
            Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
            - Masyarakat muda yang amat cinta akan negara.
Cth: Mellisa amat cinta akan  negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

            - Masyarakat  berbilang kaum yang hidup harmoni.
Cth: Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
           
-       Masyarakat pelajar yang gigih.
 Cth: Mellisa  amat tekun menyiapkan tesisnya  dengan membuat rujukan terperinci  dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
Dia mulai suka dengan anak muda ini…. Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam….(m.s.155)

i)       Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid?  [2m]           
            - bersikap terbuka
            - suka mendengar bicaranya.
            - suka melihat mimik mukanya.
            - suka melihat senyumannya.
            - Syahid seperti Hisyam                                                                  

ii)     Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada  seseorang yang tidak kita kenali? [3m]                             
            - memerlukan masa untuk mengenalinya
            - sibuk dengan urusan yang lebih penting
            - takut difitnah / pandangan serong masyarakat
            - bimbang akan keselamatan diri                                                  

iii)    Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada  keseluruhan cerpen. [4m]
            Persoalan daripada petikan
            - Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain. 
Cth:  Mellisa berhati-hati dalam perkenalannya dengan Syahid.
                                                                                                                       
            Persoalan daripada keseluruhan
            - Persoalan pengorbanan diri untuk negara.
Cth: Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.
           
- Persoalan persengketaan antara kaum.
Cth: Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa  dalam  perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.


Petikan 3
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini…. Sebelum dia mati,…(m.s.171)

i.                    Mengapakah Mellisa sayang akan negara ini? [3m]
-          kerana Mellisa warganegaranya
-          dia dibesarkan dan bersekolah di negara ini
-          Mellisa tidak dapat hidup di negara lain walaupun negara lain lebih maju berbanding negaranya kerana cara hidup dan budaya berfikir yang berbeza

ii.                 Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera? [3m]
-          kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara
-          dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.

iii.               Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan tema yang diperoleh daripada cerpen ini. [3m]
Dalam petikan:
-          perasaan cinta akan negara.
Cth: Mellisa memilih menyertai angkatan tentera kerana mahu melihat negara dan rakyat negara ini hidup aman damai

Tema: cinta antara dua budaya.
Cth: Mellisa terpisah hubungan dengan kekasihnya Hisyam dalam tragedi 13 Mei 1969 dan peristiwa itu menyebabkan dia bersemangat kental untuk mengekalkan keamanan negara.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan-soalan KBAT

1.     Adakah anda bersetuju bahawa Syahid dalam petikan di atas ialah Hisyam? Berikan alasan anda.
Ya, saya setuju kerana:
-     Syahid mengatakan bahawa dia pernah berjumpa dengan gadis berkenaan
-     wajah Syahid mirip Hisyam yang pernah akrab dengan gadis itu
-     walaupun dahulu Hisyam agak berisi tubuhnya namun ada tanda-tanda dia akan tinggi seperti bapanya.

2.     Mengapakah Mellisa tidak dapat melupakan Hisyam?
-          cintanya yang sebenar kerana cinta pandang pertama
-          Hisyam pandai memujuk ketika dia sedang merajuk
-          Hisyam selalu memuji dia pandai memasak

3.     Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera?
-          kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara
-      dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.

4.     Farid memperkenalkan Syahid kepada Mellisa. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mellisa memilih sahabat yang baik?
-          Kita perlulah mengetahui latar belakang sahabat itu menerusi rakan-rakannya
-          sahabat yang dipilih perlulah mempunyai akhlak yang mulia
-         kita perlulah mempunyai keserasian agar mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit.

5.     Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan sistem devide et empera ataupun “pecah dan perintah” terhadap penduduk Tanah Melayu?
-            kerana Inggeris tidak mahu rakyat Tanah Melayu bersatu hati.
-          Sekiranya perpaduan wujud, sudah tentu lama-kelamaan mereka akan memberontak dan menentang penjajah Inggeris
-          Apabila pengenalan kaum dilakukan, mudahlah untuk Inggeris melaksanakan apa-apa sahaja yang hendak dilakukan kerana setiap kaum mempunyai pendirian dan pendapat masing-masing

6.     Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara. Nyatakan tiga masalah.
-          menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat
-          membantutkan usaha kerajaan untuk membagunkan negara
-          imej negara juga akan terjejas

7.     Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.
-          saya tidak akan mencari perempuan lain kerana Mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian
-          Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara
-          saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri

8.     Mellisa teringatkan jasa Hisyam terhadapnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya agar rakan kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama tidak berjumpa?
-          kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam kata-kata, mahupun tindakan
-          kita perlu berani berterus-terang, sama ada sikap rakan kita itu baik atau sebaliknya agar kelakuan yang buruk dapat diperbetulkan
-          kita jangan sekali-kali mementingkan diri sendiri, sebaliknya mementingkan kebajikan rakan lebih utama berbanding keperluan diri sendiri
-          tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap besar, menjerit atau suka menghina.

9.     Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan masalah perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan?
-          semua kanak-kanak dihantar ke sekolah kebangsaan
-          para pemimpin jangan sekali-kali menimbulkan isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum
-          setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian kaum amat penting untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.

10. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei daripada berulang?
-          mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat
-          tidak menimbulkan apa-apa perkara yang melibatkan sensitiviti kaum
-          menghormati adat, budaya, agama, dan kepercayaan kaum-kaum lain
-          pemimpin dan pihak keselamatan sentiasa menjaga keamanan negara ini.

11. Sebagai remaja, bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan anda pada negara?
-          dengan sentiasa mematuhi undang-undang negara
-          menghormati para pemimpin negara
-          belajar dengan tekun untuk memajukan negara pada masa akan datang

12. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda ambil.
-          memohon bantuan pihak keselamatan
-          berlindung di balai polis atau di kem tentera
-          berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman

13. Tuliskan faktor-faktor wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki pada hari ini.
-          kaum wanita telah mendapat pendidikan yang sama dengan kaum lelaki
-      kaum wanita juga mencari rezeki dan memikul tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki dalam keluarga
-     pemimpin negara telah menggubal akta untuk membela nasib kaum wanita yang teraniaya.

14. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja?
-          kempen kesedaran
-          pembelajaran mata pelajaran sejarah
-          didikan ibu bapa
-          penglibatan dalam PLKN


15. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan seseorang lebih mementingkan negara daripada diri sendiri?
-       kerana memahami sejarah negara yang pernah dijajah dan khuatir jika negara dijajah sekali lagi
-          disebabkan semangat patriotik yang mendalam tertanam dalam diri mereka
-          mereka juga membuat keputusan sedemikian disebabkan latar belakang pendidikan yang diterima daripada ibu bapa yang mementingkan nusa dan bangsa

16. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.
-          melalui sistem pendidikan yang sama
-          kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan
          -     melalui sambutan perayaan secara bersama

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 2



(1)           CERPEN PEMAIN CATUR

Petikan 1
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja…. Um menuduh Uj….(m.s.151)

i.  Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap   keadaan ibu? (2m)
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin   ahmar

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian  dalam keluarga? (3m)
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi

iii.  Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. (4m)
Persoalan daripada petikan
- perpecahan dalam keluarga
Cth: Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja

- sikap mementingkan diri sendiri
Cth: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran
Cth: Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur

- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Cth: Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam

- sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga
Cth: Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj

- tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Cth:  Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka

- ketidakjujuran dalam tindakan
Cth: Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
“Kita ialah zuriat kebanggaan,….Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua… (m.s.145)

       i. Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur. [2m]
- Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur.
- Um juga mudah dibentuk / dilatih

     ii. Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur. [3m]                      
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada
masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur melalui sokongan dan galakan.                      

 iii.      Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]
Latar masyarakat dalam petikan
- masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga dalam permainan catur
Cth: Uj yang berusaha membimbing adiknya, Um untuk menguasai permainan catur bagi menyambung tradisi kegemilangan keluarga  mereka dalam permainan catur.

Latar masyarakat dalam cerpen
- masyarakat yang berpecah-belah dalam keluarga akibat perbalahan
Cth: perbalahan antara Um dan Uj dalam permainan catur sehingga keluarga mereka berpecah-belah.

- Masyarakat yang mahir dalam permainan catur
Cth: keluarga Uj.

- Masyarakat yang bangga dengan keturunan
Cth: Uj  seringkali menceritakan kehebatan keluarganya dalam permainan catur kepada Um.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
 Petikan 3
Setapak demi setapak bala tentera….. “Jangan tuduh Uj sembarangan….(m.s.150)

i.         Jelaskan helah yang dilakukan oleh Uj untuk mengalahkan Um. (2m)
-      ketika Um meneguk minuman, Uj telah mengalihkan buah catur Um
-      buah catur Um yang berada di kanan, dialih ke kiri

ii.     Sekiranya anda seorang pemain bola sepak sekolah, apakah persediaan anda untuk menghadapi sesuatu pertandingan?  [3m]
-      saya akan berlatih dengan bersungguh-sungguh
-      saya akan mempelajari pelbagai kemahiran dalam bola sepak
-      saya akan mengkaji kekuatan dan kelemahan pasukan lawan

iii.      Nyatakan satu watak Um yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]
Dalam petikan:
-         seorang yang bersemangat waja
Cth: Um bersedia berhadapan dengan Uj dalam permainan catur walaupun Uj pemain catur yang hebat

Dalam cerpen:
-         seorang yang berani.
Cth: Um berani menerima cabaran Uj untuk berlawan catur.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan-soalan KBAT

1. Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk?
- menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut
- memanggil Um untuk bersemuka
- bertanyakan hal yang sebenar kepada Um sendiri

2. Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur.
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur melalui sokongan dan galakan.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu?
- Sentiasa menunjukkan kemesraan kepada ibu
- Sentiasa taat dan patuh kepada ibu
- Sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan ibu
- Mendoakan kesejahteraan ibu

4. Nyatakan tiga faedah yang diperoleh seseorang jika menceburi permainan catur?
- dapat mengisi masa lapang.
- dapat mengharumkan nama keluarga
- dapat mengharumkan nama negara
- membantu mengasah daya pemikiran
- menjadi punca pendapatan
- mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial

5. Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak bergaduh di hadapan ibu bapa? (3m)
 Tidak wajar kerana ibu bapa wajib dihormati dan anak-anak harus menjaga perasaan ibu bapa agar tidak tersinggung dengan pelakuan anak-anak. Selain itu, anak-anak harus menjaga kebajikan dan hati ibu bapa agar ibu bapa tidak bersedih yang boleh menyebabkan kesihatan ibu bapa mereka terganggu.

6. Pada pendapat anda, wajarkah Uj dan Um berusaha untuk “melakar kembali nama al-Hakam di papan catur”? Mengapa? (3m)
Wajar kerana mereka merupakan keturunan al-Hakam yang masih hidup dan tahu sejarah kegemilangan nenek moyang mereka dalam permainan catur sebelum abad ke-17 lagi. Jika tidak, sudah pasti ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga mereka akan terkubur begitu sahaja serta tidak dapat diwarisi untuk anak cucu mereka sampai bila-bila.

7. Kemukakan tiga langkah untuk menggalakkan orang ramai meminati catur. (3m)
- Permainan ini hendaklah dijadikan sebagai permainan pilihan dalam kegiatan kokurikulum di sekolah
- Badan sukan pula hendaklah menganjurkan pertandingan catur dalam kalangan belia
- Tunjuk cara permainan ini juga dapat menarik orang ramai agar meminati catur.

8. Nyatakan tiga nasihat yang dapat anda berikan kepada pemain yang kalah dalam pertandingan itu. (3m)
- Agar menerima hakikat bahawa kalah atau menang merupakan adat pertandingan
- meminta pemain tersebut mengkaji punca kekalahannya dan meningkatkan latihan
- menyertai pertandingan yang akan datang.

9.  Pada pendapat anda, siapakah yang telah mengalihkan buah catur Um dari sebelah kanan ke sebelah kiri? Berikan tiga alasan anda.
- Uj  kerana strategi Um akan gagal jika dia menukarkan tempat buah catur Um
- Uj terpaksa menukar kedudukan buah catur Um, jika tidak dia akan kalah
- Uj ingin membatalkan permainan kerana dia hampir kalah.


10.  Tuliskan amalan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam keluarga.
- menjalinkan perasaan kasih sayang dan bergaul mesra dengan ahli keluarga
- bersopan santun, berbudi bahasa dan saling menghormati
- tidak menaruh dendam dan sedia memaafkan

11.  Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga nama baik dan imej keluarga?
- keluarga melambangkan diri kita sendiri. Jika nama baik dan imej keluarga tercalar, nama baik kita juga akan tercalar
- Kita berasal daripada keluarga tersebut.
 - Penjagaan nama baik dan imej keluarga menyebabkan kita terdorong untuk melakukan perkara yang baik dalam kehidupan.

12.  Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan keluarga?
- bersemuka dan berbincang untuk menyelesaikan masalah
- mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling memaafkan
- meminta nasihat daripada ahli keluarga yang lebih dewasa

13.  Permainan catur banyak memberi kelebihan kepada kita. Nyatakan tiga kelebihan permainan tersebut.
- dapat mengasah minda sekali gus menajamkan akal agar lebih mahir dalam matematik
- Kita akan memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah
- Kita boleh mengetahui sejarah negara-negara luar yang ada kaitan dengan catur.

14.  Berikan dua cara seseorang dapat mengekalkan kejuaraannya dalam sesuatu pertandingan.
- sentiasa berlatih dengan bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik permainan
- sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh agar tidak leka dan bongkak.

15.  Dalam sesuatu permainan, selain pengalaman dan strategi yang betul, pada pendapat anda, apakah yang amat diperlukan untuk kita memenangi permainan tersebut?
- kita perlu mempunyai sifat sabar daripada asakan pihak lawan
- kita perlu percaya akan kemampuan diri kita untuk mengalahkan pihak lawan
- kita perlu memiliki semangat dan keyakinan yang kuat untuk memenangi pertandingan yang dijalankan.

16.  Pada pendapat anda, siapakah yang melakukan penipuan? Berikan alasan anda.
Uj membuat penipuan kerana
-  dia sangat egoistik
- bimbang akan kalah dengan adiknya, Um
- tidak dapat menerima kekalahan kerana dia lebih berpengalaman dan banyak mempunyai ilmu pengetahuan dalam permainan catur