KESAN-KESAN BURUK
PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI KEPADA REMAJA PADA MASA INI (PERCUBAAN MELAKA 2015)
Dalam
menelusuri era globalisasi ini, alat telekomunikasi amat penting. Kewujudannya
yang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan semakin mewarnai pasaran di negara kita.
Terdapat banyak alat komunikasi yang menguasai global pada hari ini seperti
telefon bimbit, ‘facebook’, ‘instagram’,
dan sebagainya. Hampir setiap orang menggunakan alat komunikasi untuk
berhubung dengan orang yang jauh di mata. Kemajuan ini menjadikan dunia semakin
kecil kerana semuanya terletak di hujung
jari. Namun begitu, penciptaan alat telekomunikasi yang pada awalnya berniat
murni, kini semakin ternoda dengan kesan-kesan negatif yang dihadapi oleh pelbagai
lapisan masyarakat terutamanya oleh golongan remaja. Persoalannya, apakah kesan-kesan
negatif penyalahgunaan alat komunikasi
kepada remaja pada masa ini?
Salah satu
impak negatif kepada remaja ialah remaja akan hilang fokus ketika sesi
pembelajaran. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ketagih mereka dan gagal
menguruskan masa dengan baik. Sebagai contoh, ada remaja yang berbual dengan rakan-rakan melalui laman
sosial sehingga lewat malam sehinggakan mereka mengantuk di dalam kelas. Ada juga remaja terutamanya yang
masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar
tanpa segan silu. Kesannya, prestasi pelajaran mereka akan merosot kerana tidak
memberikan tumpuan ketika guru mengajar di dalam kelas. Semasa menerima
keputusan peperiksaan mereka akan menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. Jelaslah bahawa penyalahgunaan alat
telekomunikasi dapat menyebabkan remaja hilang fokus ketika sesi pembelajaran.
Selain
itu, penggunaan alat komunikasi yang keterlaluan juga akan meningkatkan kos
hidup remaja. Sikap
suka menggunakan telefon untuk berhubung tanpa mengira keperluan sebenar
menyebabkan bil telefon turut bertambah. Lebih membebankan lagi jika
penggunaannya berlaku di luar kawalan remaja sehingga peningkatan bil telefon
mencecah ratusan ringgit setiap bulan. Remaja terpaksa membelanjakan
sebahagian pendapatannya untuk membayar bil telefon. Penggunaan telefon bimbit
yang tanpa batasan menyebabkan remaja mengalami masalah kewangaan yang serius. Keadaan
ini mungkin membawa mereka terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti
mencuri. Lantaran itu, telefon bimbit
mampu menyebabkan remaja mengalami masaah kewangan yang serius sebagai akibat
sikap mereka yang beraja di mata, bersultan di hati. Tegasnya, peningkatan kos
hidup remaja turut berlaku disebabkan oleh sikap remaja yang menyalahgunakan
alat telekomunikasi mereka.
Sekiranya
ditinjau dari sudut yang lain, penggunaan alat telekomunikasi yang tidak
terkawal akan menjejaskan tahap kesihatan remaja. Hal ini berlaku kerana
gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena
pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik
terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak. Mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis
daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon
bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Sekiranya
masalah ini berlaku, kehidupan dan masa hadapan remaja akan hancur ibarat
kaca terhempas ke batu. Kehidupan remaja akan sentiasa dibayangi dengan
kematian kerana kanser merupakan pembunuh secara senyap. Izharlah bahawa
kesihatan remaja akan terjejas jika tidak menggunakan alat telekomunikasi
dengan berpada-pada.
Sebagai konklusinya, alat telekomunikasi memberikan pelbagai impak negatif kepada remaja jika disalahgunakan. Tidak
dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan yang banyak terlibat
dengan gejala yang tidak sihat kesan perkembangan teknologi komunikasi kini.
Hal ini kerana golongan belia adalah golongan yang senang terpengaruh dan
dipengaruhi. Oleh itu, ibu bapalah perlulah menyelamatkan remaja daripada
ketagih kepada alat-alat telekomunikasi yang semakin berkembang pesat di negara
kita bagaikan
lipas kudung. Memandangkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan
remaja lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu bapa
berhak mengawal penggunaan telefon bimbit. Kita sebagai manusia sepatutnya
menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah sebaliknya. Sekiranya pelbagai
langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik dilaksanakan secara
berterusan dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam maka impian untuk melahirkan
remaja yang berwawasan dapat direalisasikan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara.
UNGKAPAN
MENARIK
1. bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan
2. beraja di mata, bersultan di
hati
3. sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya
4. ibarat kaca terhempas ke batu
5. bagaikan lipas kudung
6. hangat-hangat tahi ayam
7. pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara
FAKTA
Mengikut kajian terbaru daripada 31 saintis
daripada 14 negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat, penggunaan telefon
bimbit yang berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTewima kasih cikgu. Sangat membantu 👍
ReplyDelete