Friday, June 17, 2011

RANGKA JAWABAN KERTAS 1 (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011)

KARANGAN RANGSANGAN

KEPENTINGAN PERPADUAN

Soalan:

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia.

Pendahuluan:

AT - Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting - tulang belakang kepada kemajuan negara - tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan langkah yang diambil - semua pihak seharusnya mengorak langkah atau mencari jalan untuk mewujudkan perpaduan

AA - Perpaduan banyak kepentingannya kepada negara.

Isi-isi:

1. Mewujudkan masyarakat harmoni

AI - perpaduan dapat melahirkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

AH - terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum - kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan perpaduan

AC - masyarakat pelbagai kaum di negara kita saling membantu dalam pelbagai perkara ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni

AKI - perpaduan merupakan satu elemen yang mampu melahirkan masyarakat yang harmoni dan bekerjasama

2. Menarik kedatangan pelancong

AI - kemasukan pelancong asing yang kian bertambah

AH - perpaduan dapat mewujudkan sebuah negara yang aman, sejahtera dan bebas daripada huru – hara

AC - contohnya, pelancong datang ke negara ini kerana mereka tertarik akan keharmonian yang terjalin antara kaum di negara kita, di samping keadaan negara kita yang aman dan tenteram berbanding dengan negara yang sedang bergolak seperti Iraq , Turki, Thailand dan sebagainya.

AKI - Pelancong asing akan berasa lebih selamat makan angin di negara kita

3. Memajukan ekonomi negara

AI - perpaduan turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara

AH - negara kita telah berkembang pesat selepas merdeka - kepesatan dalam pembangunan ini disebabkan rakyat negara kita yang berbilang kaum hidup bersatu padu dan tolong-menolong bagai aur dengan tebing - telah meningkatkan ekonomi negara melalui aktiviti perniagaan dan sebagainya

AC - rakyat negara kita dapat menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi tanpa sebarang diskriminasi dari segi agama, keturunan atau kaum

AKI - pembangunan sesuatu negara tidak akan dapat dicapai tanpa perpaduan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

PENUTUP:

AK - perpaduan dapat memberikan pelbagai kebaikan atau manfaat kepada negara dan juga masyarakat

ACdgn - pihak kerajaan seharusnya mepertingkatkan pelbagai langkah yang proaktif untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di negara kita

AHrpn - semua pihak perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara

3 comments:

  1. boleh dijadikan rujukan nie ,, terima kasih yea cikgu

    ReplyDelete
  2. Saya telah melihat dan mencuba pelbagai strategi dan kaedah, sehingga saya kehilangan banyak wang ketika mencuba. Sehingga saya mengemukakan strategi baru ini yang saya jalankan semula dan berjaya mendapatkan kembali wang saya yang hilang dan masih membuat pertumbuhan yang konsisten di seluruh perdagangan saya. Carlos Ellison adalah profesional yang luar biasa, dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan mendalam mengenai perundingan pertanian, Dia membantu saya untuk mengambil penalti kewangan.

    Melabur US $ 500 dan dapatkan AS $ 6000 seminggu (7 hari),

    Melabur $ 1000 dan dapatkan $ 12000 seminggu (7 hari)
    ,
    Melabur $ 2500 dan dapatkan $ 30,000 seminggu (7 hari).

    Semua dalam keuntungan mingguan dan dijamin 100%. (Bayaran dijamin). Bebas untuk dihubungi - jika anda berminat melalui e-mel: carlose78910@gmail.com

    ReplyDelete