Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa,
Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang
menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai
sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin
bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara
ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang
berbilang kaum menjadi aset penting
dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus
menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja.
Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan
bagi memastikan lebih banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di
negara ini.
Antara
faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan
perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin
keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap
kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan
pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah
untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah
kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di
sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan
alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya
kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan
perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Kemudahan
penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi
faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan
penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu
akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu
tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih
banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti
cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara
membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke
negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar
sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.
Kerajaan
melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan
maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,
khususnya di tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya
tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media
cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik
seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan
dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing. Usaha LPPM
mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di
kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam
nenarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap
sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara
kita pada suatu hari kelak.
Kepelbagaian
kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik banyak pelancong
datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis
kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta
Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar
kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan
masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan
pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa
menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus
menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama
dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang
sedia ada.
Mengadakan
promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM
dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai
aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh
dunia dan acara pertukaran delegasi
kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan
memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah
negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam menarik
pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata
berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi
keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu
dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan
wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.
mengadakan kempen boleh dijadikan sebagai isi x??? tolong beri huraian untuk isi mngadakan kempen
ReplyDeleteMestilah blh ...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmazing! http://clashofclanshelper.com/ - I got free Clash of Clans gems here! Get yous too in less than two minutes!! Couldnt believe at first but it really works!(xLjx3yGF08)
ReplyDeleteLie
Delete**** you
Delete**** yourself—we all know no one else will do it for you
Deleteterime kaseh :)
ReplyDeleteIf you wanna Clash of Clans advantage for your clan go to http://maxclashgems.com - you get free Clash of Clans gems instantly! Best clans use this!! (2whN8t7odc)
ReplyDeleteNani . you baka
Deletequite helpfull........ tq so much.....
ReplyDeletethnks
ReplyDeleteŘeally amazing essay......thank u so much(・´з`・)(・´з`・)(・´з`・)(・´з`・)
ReplyDeleteTf
DeleteŘeally amazing essay......thank u so much(・´з`・)(・´з`・)(・´з`・)(・´з`・)
ReplyDeleteFake
ReplyDeleteBishaa
ReplyDeleteBishaa
ReplyDeleteHope get A in bm
ReplyDeleteHope get A in bm
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteterima kasih!
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteThnks
ReplyDeleteReally helpful for me
ReplyDeleteSangat baik
ReplyDeletedasarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
ReplyDeleteWht happen
Deleteamat membantu bagi pelajaran saya
ReplyDelete.....................
ReplyDeleteamat membantu
ReplyDeletekenapa x ada karangan tentang cara menggalakkan masyarakat melancong dalam negara
ReplyDeletebrpa patah perkataan ni
ReplyDelete