PENDAHULUAN
- Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.....
- Saban hari, cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang ....
- Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka...
- Pernahkah terlintas dalam gawang minda .....bahawa....
- Sebelum hal ini menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ......
PUNCA
1. Sebagai
memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini
perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
2. Kita
harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari
hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan
yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya.
3. Benarlah
kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
4. Sesuatu
yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
LANGKAH
1. Usaha
pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara
kita ini.
2. Tanpa
menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari
formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan
yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat.
3. Yang
lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang
gejala ini.
4. Usaha-usaha
yang istiqamah, proaktif, pragmatik, dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen
yang tinggi daripada semua pihak dan mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan
yang beribu-ribu batu mestilah dari langkah yang pertama.
REMAJA
1. Berpeganglah pada kata-kata Bapa Kemerdekaan,
Presiden Indonesia yang pertama iaitu Soekarno, “Pemuda mesti bercita-cita besar, meningkat
lebih tinggi dari Gunung Singgalang, lebih tinggi dari Gunung Merapi, yang
lebih tinggi dari Gunung Tandikit, bahkan harus lebih tinggi dari
bintang-bintang di langit, cubalah capai dengan segenap tenagamu.”.
2. Pujangga pernah berkata bahawa generasi
berwawasan pemangkin pembangunan negara.
3. Remaja yang baru berumur setahun jagung,
berdarah setampuk pinang / belum keras ubun-ubunnya / masih hijau masih tidak
dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca / batu kelikir.
4. Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa
anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah
yatim.
5. Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata
bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa
tersebut amat mencintai hiburan.
6. Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan
dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Soekarno, Presiden Indonesia
pertama, “Berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia.”
7. Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao
iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup
sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah
jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan
kehilangan aset yang paling berharga.
8. Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam
al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kank-kanak yang diajarkan erti
berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.
9. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
KELUARGA
1. Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu
bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap
masa hadapannya.
2. Didikan agama yang mantap – Albert Einstein
pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah
lumpuh.
3. Memetik kata-kata mantan Ketua Polis Negara,
Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang
anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya
di rumah.
4. Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee
Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah
sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
PENUTUP
1. Setiap
anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan
janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing.
2. Sinergi
daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama
menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup
bermasyarakat yang bebas daripada masalah....
3. ta
tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda,
buka hati dan kenali diri.
4. Bertindaklah
secara glokal dan berfikirlah secara global.
5. Biarlah
matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia
terus gemilang....
thank you=]
ReplyDeleteso useful tips dear....
ReplyDeleteTQ teacher for this tips..A+ for BM .. Amin.. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete3q very much...XD
ReplyDeleteBanyak ungkapan menarik.. tq
ReplyDeletethank you...hope me get A+~^^
ReplyDeleteTQ
ReplyDeletethanks you so much :)
ReplyDeletereli good...tq soo much...
ReplyDeleteawesome..thanks teacher =)
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.doakan saya skor dlam spm 😃😃
ReplyDeleteSalam ...mohon share.
ReplyDeleteBiarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang( apa maksud)
ReplyDeleteTQTQTTQTQTQTQTQTQ
ReplyDeleteThank you so much! These phrases are extremely helpful
ReplyDelete