Setiap
watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan dengan pelbagai dugaan
kehidupan.
Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflik yang dihadapi dalam setiap
novel.
Novel yang telah saya kaji ialah novel
Papa, karya Muhammad Yusof dalam Tingkatan Empat dan novel Konserto Terakhir,
karya Abdullah Hussain dalam Tingkatan Lima. Pengarang kedua-dua buah novel ini
telah menarik perhatian para pembaca dengan menimbulkan konflik yang terpaksa
dihadapi oleh watak utama bagi kedua buah novel ini .
Dalam novel Papa, watak utamanya ialah
Intan Julia. Intan Julia telah menangani konflik dengan bapanya, Encik Jeffri
dengan rasional, iaitu mendekatkan diri kepada Tuhan yakni dengan bersolat. Konflik
itu timbul apabila Encik Jeffri tidak membenarkan Intan Julia berkawan rapat
dengan Rasylan kerana asal keturunan Rasylan tidak diketahui. Intan Julia tidak
bersetuju dengan arahan bapanya itu, lalu Encik Jeffri menampar muka Intan
Julia. Walau bagaimanapun, Intan Julia tetap tabah menghadapi cabaran ini
dengan sering bersembahyang. Intan Julia juga cuba untuk tidak berkawan terlalu
rapat dengan Rasylan pada ketika itu.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, watak
utamanya ialah Hilmi. Hilmi menyelesaikan konfliknya dengan membuat keputusan
untuk keluar dari rumah dan berhenti bekerja sebagai tukang kebun di rumah
Datuk Johari. Sebenarnya, Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah apabila
Hilmi tinggal di rumah Datuk Johari. Datin Salmah sering mengkritiknya dan cuba
mencari kesalahan Hilmi. Datin Salmah juga bersikap agak kasar dengan Hilmi. Contohnya,
pada suatu malam yang Hilmi balik lambat ke rumah, Datin Salmah tidak memberikan
makanan kepadanya dan memarahinya. Hilmi menghadapi konflik ini dengan meminta
bantuan Mamat untuk menulis surat kepada Datuk Johari agar membenarkan Hilmi
pulang ke kampungnya dan berhenti bekerja di rumah Datuk Johari.
Oleh : Emily Wong (5W)
thank you for this answers..
ReplyDelete