Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik
perhatian pembaca. Jelaskan unsur
saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir
karya Abdullah Hussain. Saspens bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam
keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa berkenaan.
Penulis, iaitu Encik Abdullah Hussain telah berjaya memasukkan beberapa unsur
saspens ke dalam cerita Konserto Terakhir dan menjadikan jalan cerita lebih
menarik.
Antara
peristiwa yang mengandungi unsur saspens termasuklah rancangan Hilmi setelah
meninggalkan rumah Datuk Johari. Apabila Hilmi sudah tidak tahan dengan kerenah
Datin Salmah, maka Hilmi menaiki bas untuk pulang ke kampung. Dalam konteks
tersebut, pembaca teringin-ingin tahu apakah pekerjaan yang akan dilakukan
Hilmi apabila tiba di kampung. Sebaliknya, semasa di Tanjung Malim, Hilmi
menaiki teksi ke Kuala Lumpur. Pembaca teringin-ingin sekali lagi mengenai
liku-liku hidup yang akan dilalui oleh Hilmi apabila dia tiba di Kuala Lumpur.
Selain
itu, unsur saspens juga boleh didapati ketika Encik Bakar dipanggil oleh
Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar arahan
Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional kerana menggunakan khidmat Hilmi untuk
mengadakan persembahan di Hotel Titiwangsa. Pembaca tertanya-tanya sama ada
Encik Bakar akan dikenakan hukuman yang berat oleh tatatertib apabila dia
dipanggil oleh jawatankuasa persatuan itu kerana melanggar arahan mereka.
Di
samping itu, perjumpaan antara Hayati dengan Hilmi telah menyebabkan pembaca
ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang cerita Konserto Terakhir. Sebelum
Hayati berangkat ke London dengan Mohsin yang sudah menjadi suaminya, Mamat
telah mengatur perjumpaan Hayati dengan Hilmi di kebun bunga. Perkara utama
yang pembaca ingin tahu ialah sebab-sebab Hayati ingin menemui Hilmi dan
perkara yang hendak disampaikan oleh Hayati kepada Hilmi.
SASPENS
DALAM NOVEL PAPA
1. Pembaca
tertanya-tanya tentang keadaan Marliana yang mengandung itu. Marliana masih
meneruskan kebajikan itu walaupun menyedari bahawa risikonya amat tinggi
terutama selepas mengalami masalah ketika melahirkan Julia dulu.
2. Saspens
ketika Intan Maliana berada di dalam bilik pembedahan di HUKM untuk melahirkan
anak keduanya – pembaca tertanya-tanya tentang keselamatan Intan Maliana dan
bayi yang bakal dilahirkannya – pembaca ingin tahu sama ada Intan Maliana akan
menghadapi komplikasi yang sama ketika melahirkan Intan Julia atau sebaliknya
3. Pembaca
tertanya-tanya tentang kesudahan hubungan papa dan Aisyah. Julia menentang
hubungan itu dan melihat hubungan mereka itu sebagai tidak elok atau curang
kerana mama masih hidup.
4. Pembaca
tertanya-tanya nasib Marliana yang dalam keadaan koma itu. Sebaik sahaja
melahirkan anak kembarnya, Marliana tidak sedar diri lalu pembaca ingin tahu
sama ada Marliana akan pulih atau tidak.
Oleh: Nicholas Yee (5P)
No comments:
Post a Comment