Sesebuah novel dapat
dijadikan bahan bacaan yang memberikan panduan hidup kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel telah anda kaji,
jelaskan sebab-sebab novel itu dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca.
Novel yang saya kaji ialah novel
Konserto Terakhir yang dikarya oleh Abdullah Hussain. Terdapat beberapa sebab
novel ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca termasuklah novel ini
mempunyai nilai dan pengajaran dapat dipelajari dan dicontohi oleh pembaca.
Antara
sebab novel ini dapat memberikan panduan hidup kepada pembaca ialah novel ini mendidik
pembaca supaya mempunyai sikap tanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan.
Sebagai contoh, Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga
taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Kawan- kawan ‘morning coffee’
Datin Salmah dan Dr. Nathan, jiran Datuk Johari telah memuji tanaman bunga dan
kesegaran sayur-sayuran Hilmi.
Selain
itu, novel ini mengingatkan pembaca supaya kembali kepada ajaran agama untuk
mendapat ketenangan hidup. Sebagai contoh, Hayati ialah seorang gadis yang hidup
dengan penuh kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula
mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalami buku-buku agama seperti
Hidup Sesudah Mati.
Di
samping itu, pembaca juga dapat mencontohi kesabaran seorang pemuda kampung.
Hal ini dapat dilihat apabila Hilmi sanggup tinggal di rumah Datuk Johari
walaupun dia selalu dihina dan dipandang rendah oleh Datin Salmah kerana Hilmi
datang dari kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Semua ini diharungi oleh
hilmi semata-mata untuk mencapai cita-citanya sebagai ahli muzik.
Panduan
hidup dalam novel Papa
- Pembaca dapat mencontohi kesetiaan dan tanggungjawab kepada keluarga – Jeffri setia terhadap isterinya, Intan Maliana yang koma selepas mengalami komplikasi melahirkan anak kedua dan Jeffri bertanggungjawab membesarkan Intan Julia
- Pembaca dapat mencontohi kepatuhan anak kepada bapa – Intan Julia patuh kepada bapanya yang tidak membenarkannya ke rumah Rasylan kerana Julia masih muda dan belum matang.
Oleh:
Yong Hui Anne (5W)
No comments:
Post a Comment