Pernyataan ‘keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara’ jelas menunjukkan bahawa
keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian
mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang
telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti
dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah
tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon
pokok tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin. Pembentukan
keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. Sesebuah
keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing.
Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri daripada kerjaya.
Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga
menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka
agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental.
Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi
muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung mendampakkan kesan
negatif terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan
peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.
Selain itu, ibu bapa
haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat
mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan
seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah
hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian, mereka
mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan
sesekali menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri
berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri
anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.
Di samping
itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana bapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi
hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Lantaran itu, ibu
bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni
ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering
melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat
merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah
tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah
satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Dalam nada
yang berbeza, keluarga yang marem dan sakinah turut merupakan
tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam
kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak
masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian
mulia mereka. Anak-anak yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang
ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi
tunggak negara.
Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran
negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak
melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk
keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang
berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah untuk
membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat
dimakbulkan, sekali gusmenjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.
2. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial
Remaja,
Ingatlah masa
depanmu,
Kenanglah,
Jasa ibu dan ayahmu,
Susah payah mereka
membesarkan kita.
Lirik lagu di atas
cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa
menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini
terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam
delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang
mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama
malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam
kalangan remaja.
Pertama, ibu bapa
perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak.
Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan
perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan
menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng
keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang
ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja
ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk
melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula
berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam
kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat sebanyak 5.7 peratus
dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa
perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.
Selain itu, ibu bapa
juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup bertepatan dengan
langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah
mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan.
Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan
ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah,
anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa
berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara
berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih
cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah
kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam
gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama
dalam usaha membendung kemelut ini.
Di samping itu, ibu
bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan
ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan
kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat
pendidikan di sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu,
ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya,
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga
perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran
ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari
ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak.
Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh
filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak
sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan
cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti
dapat menangani masalah ini.
Seterusnya, ibu bapa
perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,” kalau
tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh
anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak
remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim
dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat
suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau
perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan
Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus
anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas
menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung,
mereka akan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa
perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam
kalangan anak-anak remaja.
Akhir sekali, ibu bapa
perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah, sekali pantai
berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah
kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak
remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud.
Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi
menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian
serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat
penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak
terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada
golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal
ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja
dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
Intihanya, ibu bapa
perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak.
Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya
berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang
bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan
remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu
bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan
“ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan
anak-anak tercinta.
Berkorban apa
sahaja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
Ingatlah, ibu bapa
cemerlang, anak-anak gemilang!
yang perkataan yang dihitamkan,tolong terangkan satu persatu =)
ReplyDeletesemua perkataan hitam
DeleteHitam yg mna ?????????
semua perkataan hitam
DeleteHitam yg mna ?????????
thanks :)
ReplyDeleteawat panjang sangat???!!!!
ReplyDeleteboleh menanag lawan perbahasan
ReplyDeleteApa maksud obligasi
ReplyDeleteApa maksud obligasi
ReplyDeleteTanggungjawab
DeleteTanggungjawab
DeleteTanggungjawab
Deletenoob
Deletegood
Deletelol
ReplyDeletegg esay
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteCikgu apakah maksud mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau.tolong terangkan.
ReplyDeletesangat membantu..tq
ReplyDeleteGood language
ReplyDeletehareyyyy
ReplyDeleteOuhh
Delete