Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda pelajari , jelaskan dua kritikan sosial
yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
Novel yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karyaan
Abdullah Hussain.Terdapat beberapa kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh
pengarang dalam novel tersebut.
Antara kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat yang memandang rendah atas keupayaan orang lain atas
sebab-sebab tertentu. Sikap ini dapat ditunjukkan melalui watak Datuk
Johari. Contohnya, Datuk Johari tidak mahu menghargai kebolehan Hilmi yang
sudah berjaya menjadi seniman agung. Walaupun dia diberi tiket untuk menonton
Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia memulangkan tiket itu kepada orang yang
memberinya kerana dia menganggap kebolehan dan bakat Hilmi tidak ke mana-mana.
Hal ini disebabkan oleh Hilmi hanya lulus setakat darjah empat sekolah Melayu.
Malah, dia tidak mahu menyebut nama Hilmi apabila Datin Salmah mengajaknya
untuk menonton pertunjukan itu.
Kritikan sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan oleh
Abdullah Hussain ialah sikap masyarakat
yang mementingkan status dan kedudukan sosial. Sikap ini telah jelas
dipaparkan oleh watak Datin Salmah.
Datin Salmah yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat
bangga, sombong, dan mementingkan kedudukan. Misalnya, Datin Salmah mahu orang
menghormatinya, malah dia suka orang menyebutnya ‘Datin’ ketika menyapa dan
berbual dengannya. Oleh itu, apabila Hilmi memanggilnya dengan panggilan Mak
Cik Salmah, dia rasa tersinggung. Di samping itu, apabila Mak Cik Minah
melayani Hilmi dengan baik dan menyapanya dengan menggunakan perkataan ‘Encik’,
Datin Salmah memarahi Mak Minah sehingga Mak Minah melongo apabila mendengar
kata-kata Datin Salmah. Oleh itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu
melayani Hilmi dengan baik, malah juga melarang pembantu rumahnya memberi
layanan yang baik dan berencik-encik kepada Hilmi. Datin Salmah melayani orang
yang berdarjat dan berpangkat dengan baik dan memandang hina terhadap orang
biasa dan orang miskin. Buktinya , dia memarahi Hayati kerana rapat dengan
Hilmi walaupun Hilmi juga sepupu Hayati sama seperti Mohsin. Dia memberi
layanan yang istimewa kepada Mohsin
kerana Mohsin berpangkat dan kaya.
KRITIKAN SOSIAL NOVEL PAPA
1. Mengingkari
perintah Tuhan dan melakukan dosa – Encik Muaz al-Khalibi telah menodai
pengemas biliknya sehingga mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai
akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu meninggalkan Rasylan yang baru
dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.
2. Iri hati dan
mempengaruhi orang untuk membenci seseorang – Murni menghasut rakan sekelas yang
lain agar memusuhi Intan Julia.
3. Dendam yang berpanjangan - Datuk Mustakim melanggar ibu bapa
Jeffri ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala
ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas
kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya
meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa Julia, Jeffri bertemu dengan
Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.
Oleh: Kimberly Ling (5W)
can i know why Murni is jealous of JULIA?
ReplyDeletebcoz murni is one jealous girl u know what im sayin
ReplyDelete